Saturday, September 22, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU - PART4

Kami sepakat memilih penginapan di Dara Inn. Pertamanya di sini ada disediakan asrama... so senang lah kita nak muatkan murid-murid yang ramai tu. Keduanya kedudukannya yang sangat strategik berdekatan dengan pantai... dan gerai-gerai ICT ( Ikan Celup Tepung ) dan KLCC (Kepok Lekor Cicah Cili )... nak makan pun senang... keluar je pagar Dara Inn berderetan kedai makan... senang kan... So pendek kata memang senang lah.

Penginapan pun cukup selesa. Kalau aku berpeluang ke sana lagi... sama ada naik flight atau pun kereta... tentunya Dara Inn jadi pilihan... lagi satu duit deposit aku terlupa nak ambil ari tu... dah sampai umah pihak pengurusan call maklumkan yang aku tak ambil duit deposit. Macam ada cita-cita je nak ke sana lagi... he he he.

Bergambar beramai-ramai di hadapan tempat kami menginap...

Anak murid aku teruja nak bergambar di replika nie..

Terengganu kaya dengan hasil seni batik...
Tengok kain batik cantik-cantik, teringin gak nak beli untuk dipakai  setiap hari Khamis... tapi apa kan daya kuasa membeli agak terbatas... almaklumlah baru je lepas raya... duit raya yang dapat pun dah habis... yang tinggal saki baki untuk sampai hujung bulan... so tengok je lah... cuci mata. Lain kali kot...

Kalau ke Terengganu, tak pergi ke Pasar Payang rugi... kat sana nak cari apa semua ada... member aku yang sorang nie sibuk nak cari kacip pinang... nasib baik jumpa... rupanya kedai barangan tembaga yang kat bahagian atas ada jual kacip tu. Dah lebih suku abad, kawan aku nie... rupanya tak pernah tengok macam mana rupa kacip pinang tu.... kesian pulak aku tengok.Nasib baik, aku anak orang kampung... nenek aku dulu memang guna buat kacip pinang... makan dengan sirih.

Ingat kat bank je ambil nombor... nak beli keropok pun kena ambil nombor...

Banyaknya borong keropok... kira jangan tak kira.
Punya lah banyaknya kawan aku nie beli keropok Bukit Tok Beng... siap kena ambil nombor tu... dulu kita ingat kat bank je kena ambil nombor... rupanya kat tempat beli keropok pun kena ambil nombor juga... tak kisah lah... ambil nombor... ambil nombor lah... janji dapat keropok yang sedap tu. Memang betul sedap... terasa ikannya. Kami dah cuba bandingkan kat tempat lain yang kami beli.

Sebenarnya yang jadi banyak nie... ramai kekawan kirim... kalau sendiri tak habis nak makan. Habis sudah ceta di Terengganu 2012.

Jalan-jalan tengok orang...
Ada yang lebih, ada yang kurang...

0 ulasan: