Wednesday, September 19, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU

Pada 14 September hingga 16 September 2012 sekolah den buat rombongan ke  Kuala Terengganu yang melibatkan murid-murid tahun 6. Ini merupakan program khas selepas UPSR untuk murid-murid melepaskan tension setelah bertungkus-umus membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan. Rombongan kali disertai oleh 70 orang murid dan 10 orang guru.

Programnya, pukul 8.00 malam murid mula berkumpul di sekolah dan solat Isyak di surau. Pukul 9.30 malam bas yang akan membawa kami ke Terengganu tiba dan terus bertolak. Kami singgah di R&R Temerloh... murid-murid sibuk mengadu lapar... sebenarnya aku pun lapar jugak. Ingat sebelum keluar nak singgah makan dulu... tapi takut gak kena tinggal... so terus je lah ke sekolah.

Kak Wan dan Kak Shu pun join sama...

Sebenarnya aku seronok sangat, bila dapat tahu Kak Wan pun join sama dalam rombongan kami nie... bukan apa, sejak akhir-akhir nie bukan senang nak jumpa dia... apatah lagi nak bersembang... dulu sama sekolah lain lah... hari-hari dapat jumpa kat kantin. Terima kasih Kak Wan kerana sudi join bersama kami.

Perjalanan kami diteruskan. Kali nie pemandu bas lebih selesa menggunakan jalan dalam... selalu kalau aku ke Kuala Terengganu... aku lebih suka guna jalan tepi pantai... seronok boleh tengok pemandangan pantai sepanjang perjalanan. Kali nie, aku terjaga je... hutan dan gelap gelita. Lagi satu jalan nie banyak lori. Aku difahamkan jalan dalam nie lebih dekat dan lebih lenggang. So malam tu perjalanan agak lancar.

Tandas yang cukup selesa di Masjid Tengku Tengah Zaharah / Masjid Terapung Terengganu
Kami tiba di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu lebih kurang pukul 6.30 pagi. Masa tu berderet bas parking di kawasan yang disediakan. Ingat kami je nak ambil peluang solat Subuh dan mandi di situ. Rupanya orang lain pun sama macam kami. Tandas yang disediakan cukup selesa dan bilangannya banyak. Aku tak kisahlah walaupun dikenakan bayaran RM1.50 untuk mandi dan RM0.50 untuk buang air. Apa yang penting bagi aku keselesaan. Tandas nie berada di kawasan luar masjid, berdekatan dengan parking bas.

Murid-murid tidak melepaskan peluang bergambar di kawasan masjid.
Bergambar kenangan di masjid terapung, Kuala Terengganu

Aku yang dah banyak kali ke sini pun, tak mahu melepaskan peluang bergambar. Masa nie lebih kurang pukul 7.30 pagi. Tengok tempat parking dah kosong. Semua bas sudah bergerak ke destinasi masing-masing. Lepas nie kami akan bergerak ke Taman Tamadun Islam. Kami akan bersarapan di sana. Mujurlah ada kawan aku nie kenal orang di sana. So, urusan makanan diuruskan olehnya. Sarapan kami pagi tu dihantar ke Masjid Kristal. Kami bersarapan di situ. Senang kan.. tak perlu fikir nak sarapan di mana... semuanya diuruskan dan dihantar ke tempat kami berhenti.

1 ulasan:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.