Tuesday, April 19, 2011

TAK SEDAR DIRI

Orang lain punya masalah, aku pulak yang pening kepala. Mana tak peningnya, datang nak meminjam... tapi macam aku yang berhutang dengan dia. Bunyi macam pelik, tapi tu lah realiti dalam kehidupan hari ini. Aku ingat lagi cakap GB... duit nie berhantu, so kalau kutip yuran tu... serah terus... jangan simpan... bukan apa takut terguna. Bila time nak bayar nanti mula lah liat macam tahi beruk.

Aku ingatkan, dalam kursus perkahwinan kena adakan satu modul pengurusan kewangan keluarga. Sekarang masalah perceraian berpunca daripada masalah kewangan. Gaji masuk 25 hb, belum sampai seminggu dah nak meminjam... kalau sekali sekala tu kira ok lah... mungkin kita kata bulan tu dia ada kecemasan. Tapi kalau dah setiap bulan meminjam... tu dah kira parah.

Boleh dikatakan setiap bulan tak cukup... tapi bila dapat duit selonggok... beli barang bukan keperluan. Payah orang tak fikir panjang nie. Apa salahnya dapat duit tunggakan tu simpan untuk kecemasan. So, tak payah lah nak ketuk pintu umah orang nak pinjam duit... nak call sana sini nak pinjam duit. Orang tak angkat, tahu marah. Ko memang tak tahu malu betul.

Aku tak kisah, ko beli lah apa ko nak beli sekali pun... itu duit ko. Tapi barang tu tak penting... beli yang murah pun tak apa... aku sendiri pun pakai jam seratus lebih je... itu pun orang hadiahkan. Ko dengan bangganya bercerita sana sini yang ko beli jam hampir beribu lebih sepasang laki bini... ko ingat orang suka ke... orang lagi menyampah sebenarnya.

Sebab tak sampai beberapa hari lepas tu... ko dengan muka seposen nak pinjam duit... pandai pulak ko fikir alasan nak meminjam... anak tak ada susu lah... beras tak ada kat umah lah... apa salahnya ko guna akal fikiran tu untuk fikir bagaimana nak kurangkan perbelanjaan yang tak perlu supaya bebas daripada hutang.

Aku dah penat... letih cakap dengan ko... seperti mencurah air ke daun keladi. AKu menasihatkan orang yang lebih tua daripada aku. Aku ingat, kalau ko pandai uruskan kewangan... rasanya dah berlebih duit gaji ko tu.. dua orang hampir RM5k tu.... ke mana duit tu pergi sebenarnya.

Ko kena ingat anak-anak sedang membesar... banyak nak pakai duit. Nak buka sekolah pakai duit... sakit pakai duit... pendek kata semua duit. Aku rasa sampai satu tahap... semua kekawan ko dah tak larat nak melayan kerenah ko... yang suka meminjam tu. Pinjam duit untuk memenuhi kehendak... bukan keperluan.

Sepatutnya, ko dah ada simpanan... bulan lepas kenaikan gaji bukan sikit tu.... beratus. Sepatutnya dah tak berhutang dengan kekawan. Tapi sama jugak perangai ko.

Sekarang pulak ko belajar... memang lah yuran tak perlu bayar... sebab disponser sepenuhnya. Tapi ko kena ingat... bahan-bahan tu ko kena tanggung sendiri. Kemudahan belajar tu kena lah beli sendiri... jangan nak harap gunakan yang orang je. Aku dah penat... tegur dah banyak kali.

Pernah aku terfikir... andai kata, ko sakit... dah tak boleh meminjam sana sini dan dah tak mampu nak memenuhi kehendak yang membuak-buak tu... nak lagi ke orang jaga kita... ambil berat pasal kita. Kita nie, sayang seseorang biarlah berpada-pada. Jangan sampai menyiksa diri. Hari nie orang sayang sebab kita sihat. Esok lusa kita belum tahu... so persediaan untuk hari akan datang perlu ada.

Penat dah membebel... sampai member aku dok marah... sebab depa dah tak bagi pinjam... sekarang aku je yang beri pinjam.... aku ingat lepas nie malas lah beri pinjam... sebab dia bukan tak ada duit. Cuma belanja ikut kemahuan... Dah tersungkur nanti baru dia nak beringat kot.

Jangan jadi hamba duit...
Tapi urus duit supaya jangan sampai tak berduit...

4 ulasan:

belz da bella said...

Setuju sangat dgn pndapat ko kak, sbbnya aku juga mangsa yang dipinjam oleh nya... Wahai insan... sedar2 lah...

onnie said...

biar papa asal bergaya....

su said...

su buat macam2 keje nak tampung keperluan dan kehendak..hehe...biarlah orang kata berniaga macam2 tapi tak kaya kaya jugak janji aku tak menyusahkan orang lain dan aku pun tak rasa susah menjaja barang jualan aku...seronok lagi ada...alhamdulillah...bukan apa...anak sekolah, sambung belajar tanggung sendiri..satu semester dekat 3000k jugak belanja...nasib baik aku n suami tak kisah sama2 cari duit tambahan...yang penting rajin..harapkan duit gaji jer mmg tak cukup kalau sewa umah 600 sebulan, 2 biji kete nak tanggung minyak..jalan2 hujung minggu..

eeeda said...

Akak pernah susah su... pernah dua kad kredit maksima penggunaan... sekarang baru dah settlekan mana yang patut... kita belajar daripada kepayah...

Semalam mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam berbelanja.