Wednesday, January 25, 2012

DAH ADA MESIN BASUH KE????

Sekolah aku, cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina... bestnya dapat tidur sepuas hati... hari nie buah hati kejutkan solat subuh... lepas solat aku sambung tidur... siap semua phone aku off... he he he jangan marah ye... siapa yang call banyak kali tu. Hari nie je nak layan mata dengan tenang tanpa gangguan phone.

Pukul 10.30 a.m aku bangun, terus on phone... sekali aku aku tengok banyaknya nombor ....208 miss call aku... nie mesti penting kalau call banyak kali. Aku tak ada lah nak call balik... aku just sms... bukan kedekut ok... orang macam dia sentiasa sibuk... sebab tu aku tak call balik... nanti dia free... dia akan call.

Kejap tu dia call... rupanya hari nie dia cuti. Tak ada lah penting sangat pun... just nak sembang pasal gaji baru... rupanya member aku nie dah masuk gaji baru... nak bagi tahu lah bulan nie dia banyak baki... cikgu gak belum masuk lagi... ada rezeki tu, cepat dengan lambat je.

Dalam pada tu sempat lagi dia tanya khabar.... nak tanya khabar pasal anak... aku tak ada anak...

"Da, apa khabar keta ko??? abang aku tanya mesin basuh ko dah beli ke??? abang aku nak hantar mesin basuh umah ko"

"Keta aku.. ok sangat, bertambah sayang aku pada wira tu... mesin basuh belum beli... ko jangan buat perangai..."

Depa suami isteri nie... kejanya dok perli aku je. Aku sebenarnya bukan tak mampu pun nak beli mesin basuh tu... cuma tak nak beli je lagi... alah kain baju pun bukan banyak sangat yang nak dibasuh... agak-agak tak sempat... aku hantar je dobi. Tuala, selimut dan yang godang-godang aku hantar dobi.

Member aku nie nak sedekahkan untuk aku... sebenarnya aku tak layak terima sedekah tu... elok lah kiranya diberi kepada yang lebih memerlukan... supaya orang berkenaan mendapat manfaat daripada apa yang diberi.

Memang ko kawan aku...
aku tahu ko nak tolong aku...
tapi aku nak ko tahu...
aku bukan tak mampu nak beli mesin basuh tu...
cuma tak nak beli je lagi.

Terima kasih my friend kerana prihatin dengan aku.

0 ulasan: