Friday, January 27, 2012

ISU SPBA - TUNTUTAN CUEPACS

Hari nie terpandang lah pulak BH online di fb... tertarik jugak untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Isu SPBA... dah kome terlibat... kena lah ambil tahu... jangan langsung tak tahu.

Hari ini, CUEPACS membuat 5 tuntutan:
  • Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
  • Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
  • Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
  • Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
  • Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam
Tuntutan yang cuba dibuat oleh CUEPACS agar semua kaki tangan awam mendapat pembelaan yang sewajarnya... tidak hanya memberi kebaikan kepada sebahagian penjawat awam ataupun untuk gred tertentu sahaja.

Pagi tadi member aku ada link kan di fb... Siaran Media Pembayaran Gaji Januari yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
___________________________________________________
PEMBAYARAN GAJI JANUARI 2012 DI BAWAH SARAAN BARU
PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

1. Berikutan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Januari 2012 supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) disemak semula, Kerajaan telah memutuskan pembayaran gaji di bawah SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula ini dimuktamadkan.

2. Bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA, pembayaran baki perbezaan gaji bagi bulan Januari 2012 di bawah SBPA tidak dapat dilaksanakan pada 31 Januari 2012 sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan media pada 9 Januari 2012. Pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA mulai Februari 2012 juga tidak dapat dilaksanakan dan akan dibayar mengikut gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). Keputusan ini juga berdasarkan permintaan CUEPACS.

3. Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan, dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012.

Kementerian Kewangan Malaysia
27 Januari 2012

Diharap tempoh masa yang diminta untuk membuat semakan ini dapat memberi kebaikan secara menyeluruh kepada semua penjawat awam.

Bulan Januari tak masuk... bulan Februari tak masuk... bulan Mac masuk... tak ke banyak nanti... nak kumpul sendiri tak terkumpul jugak. Duit nie berhantu... ada banyak habis banyak... ada sikit pun cukup.

Kepada member den yang tentera tu... tak pe, hang pa belanja lah dulu... time aku ada nanti tu.

Jika belanja hendaklah berpada-pada...
Jangan sampai habis terus tiada...

0 ulasan: