Friday, February 11, 2011

SEND GAMBAR GUNA FIREFTP

Kecanggihan teknologi banyak memudahkan urusan kita... baru nie aku hantar cuci gambar di Bangi... so sempat lagi tauke kedai nie... Ida bersama suaminya Azlan mengajar aku cara untuk menghantar file gambar menggunakan fireFTP. First time aku dengar. Tapi dengan arahan yang diberikan... sangat mudah untuk menggunakannya.

So, untuk akan datang aku tak perlu lagi ke kedainya di Bangi... hantar file yang hendak dicuci menggunakan fireFTP, buat pembayaran secara online dan dia akan pos gambar yang telah siap dicuci... wah mudah kan.... semuanya dihujung jari.

Belajar sesuatu yang baru...
Bukan berniat nak menunjuk yang kita nie tahu...

Thursday, February 10, 2011

MASTANA RESIDENCE

Malam nie sempat jugak aku menjengah di laman sosial fb Seri Pristana Mastana, mana tahu ada berita-berita terkini ke. Maklum lah aku nie... kuar awal pagi... balik dah malam. Apa yang berlaku, kalau kita tak ambil tahu... memang tak tahu lah.

Aku nak duduk lama kat taman nie... kalau boleh sampai pencen kat sini. Kalau tak bercampur dengan masyarakat... payah jugak kan. Insya Allah aku akan menyokong apa sahaja keputusan yang ajk buat... asalkan memberi kebaikan kepada penduduk.

Antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat nie.... setiap kenderaan perlu menampal stiker. Designnya memang cantik. Tambah menarik dengan warna orange. Tahniah kepada Ajk yang bekerja keras bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang lebih penting keselamatan penduduk di taman ini lebih terjamin.

Aku copy from fb:
Persatuan telah sebulat suara bersetuju untuk mewujudkan kawalan sekuriti mulai bulan Mac. Oleh yang demikian, penyertaan semua penduduk Seri Pristana 2 (Mastana) adalah 'WAJIB'. Bayaran yg dipersetujui adalah sebanyak RM30 sebulan. Persatuan telah bersetuju untuk membuka kaunter bayaran pada 19 dan 20 hb Feb ini di laluan masuk Jalan SP 2/3. Pada hari tersebut, penduduk dikehendaki membayar sejumlah RM100: pecahannya adalah seperti berikut : RM30-Yuran Tahunan, RM30-Yuran Sekuriti bulan Mac, RM30-Deposit Sekuriti dan RM10-Yuran pendaftaran.

Diharap semua penduduk dapat memberi kerjasama. Tanpa kerjasama agak mustahil apa yang dirancang dapat dilaksanakan.

Kita selalu bertanya apa yang kita dapat...
Tapi kita jarang bertanya apa yang kita beri...

Wednesday, February 9, 2011

BERINGAT SEBELUM KENA

Aku pernah ke luar negara tanpa mengisi borang permohonan, dah tu keadaan cuaca buruk... aku dan penumpang berada dalam situasi yang mencemaskan... so kali nie aku lebih beringat. Sekiranya hendak ke luar negara... mesti lah melalui prosedur yang betul. Serik beb. Kita nie kakitangan awam. Terikat dengan peraturan.

So hari nie, segala urusan ke luar negara dah selesai. Hanya tunggu kelulusan je. Borang permohonan keluar negara dah diisi berserta borang cuti rehat. Ini kali pertama aku mohon cuti rehat yang diperuntukkan untuk guru sebanyak 7 hari setahun tu.. untuk bercuti ke luar negara. Aku mohon sehari je. Pernah selama 4 tahun berturut-turut aku tak pernah mc dan mohon cuti... dia orang tak percaya lah pulak... sebab return balik... suruh kerani semak.

Sebenarnya dah ada borang kat pejabat... tapi nak memudahkan keja aku... pada masa akan datang. So aku taip semula... mungkin juga kekawan yang lain boleh guna kan...


Percutian perlu untuk merehatkan minda...
Sesekali teringin jugak bercuti time hari bekerja...

Monday, February 7, 2011

TIBA MASANYA, SESAAT TAK KAN TERLEWAT

Hari nie aku mendapat berita seorang rakan skot 22, (AWIE AIRFRAME) telah kembali ke rahmatullah kerana menderita sakit barah hati. Sebelum ini aku telah dimaklumkan bahawa arwah mendapat rawatan di HUKM.


Pada 16 Januari yang lepas aku kehilangan seorang rakan semasa bekerja part time di Pizza Hut Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh. Arwah Natrah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan di Ampang dan mendapat rawatan di unit ICU Hospital Selayang.

Al-fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

PERKONGSIAN PENGALAMAN

Terima kasih kepada Nor Ailin kerana singgah sejenak nun jauh di damak untuk mencari info percutian ke Labuan. Rasanya tak perlu pakai pakej jika bercadang untuk ke sana. Apa yang perlu Ailin lakukan
  • Cari sedikit info yang berkaitan dengan tempat yang ingin dilawati dan senaraikan.
  • Cari tempat penginapan yang strategik untuk memudahkan pergerakkan dan untuk keselamatan.
  • Lebih baik cari kereta sewa untuk memudahkan pergerakkan di sana.
Di sana jangan risau, tak akan sesat sebab pulau. Sehari je... dah boleh pusing satu pulau tu... Percutian tersebut lebih menjimatkan, jika ke sana berempat. Jimatnya dari segi kos sewa kereta lah. Kat sana pukul 10 malam dah sunyi sepi. Kepada Ailin selamat bercuti ke Pulau Labuan.

Saturday, February 5, 2011

AKU NAK JADI PEMENANG


Jom kekawan kita join contest nie... mana tau dapat salah satu hadiah tu... bertambah koleksi tupperware he he he he... Hadiahnya menarik gak nie. Sesiapa yang berminat .... sudi lah ke blog
Me-Inside Out
untuk mengetahui syarat terperinci....

.:. 7 hadiah utama .:.

Set 1
Tupperware Valentine Special Tumbler
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 2
Tupperware Eco Bottle
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 3
Tupperware Fruity Smoothie Collection
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 4
Tupperware Fruity Smoothie Collection
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 5
Tupperware Mug with Cover
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 6
Beauti Control from Tupperware Moisturizing Body Wash
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja


Set 7
Bathing gloves
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

7 Hadiah saguhati
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Kali pertama nie sertai contest di kalangan blogger... harap today very lucky lo...

AKU BELUM BERKEMAMPUAN

Tahun nie, di awal persekolahan.... aku memang bersemangat. Almaklumlah tahun nie dapat mengajar Matematik Tahun 6. Dalam kepala nie... macam-macam nak buat. Pemilihan bahan untuk kelas pagi le... kelas malam lah.. dan aktiviti di dalam kelas...

Siap pilih lagi ari apa nak ajar kelas malam... so aku pilih lah Jumaat malam. Sebab aku nie memang jarang balik kampung pun. Tapi last sekali aku dapat tahu kena mengajar Bahasa Melayu lah pulak untuk kelas malam... terus menjunam semangat aku. Paling aku tak suka, ajar kelas orang... ya lah aku nie bukan sehebat mana pun... takut nanti tak sama pulak dengan guru kelas tu ajar.

Sampai hari nie masih lagi dok fikir nak terima atau pun tak... mengajar kelas malam tu... Nak buat bahan sendiri aku memang belum berkemampuan lagi. Masih lagi dalam belajar, mencari cara yang terbaik untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah SK.

Cuti sempena Tahun Baru Cina sempat lah juga menaip semula soalan karangan upsr tahun-tahun lepas dan peperiksaan percubaan negeri-negeri tahun lepas. Ingat kalau mood dah kembali stabil nanti... aku nak ajar penulisan bahagian B je. Kelas malam 1 jam 30 minit. So, 3o minit boleh gunakan untuk bincang isi dan 1 jam lagi murid mengarang. Isi untuk semua tajuk tu, belum berkesempatan lagi nak buat. Dalam perancangan memang nak buat. So next time mengajar kelas peperiksaan senang banyak le.


Setiap orang punya cara tersendiri...
Tapi objektif yang ingin dicapai tetap sama...