Tuesday, July 28, 2009

ZAMAN2 BELAJAR DULU

Gambar nie sebenarnya aku copy paste daripada friendster azwa....nie satu2nya gambar aku ramai2 dengan geng MT3....gambar nie mengingatkan aku dengan keng kawan yang dah lama tak jumpa. Cuma azwa & apit je, ada aku jumpa...as ada lah jugak aku call. Dulu masa dia tinggal kat Skudai boleh lah singgah time turun sana. Sekarang dah jadi orang Kluang payah le aku nak sampai ke sana. Aya & nab langsung aku tak jumpa lepas habis belajar.... masing2 dah bawak diri entah ke mana...tak dapat di kesan. Sorang lagi tu....ami, my best friend...itu ceta beberapa tahun yang lalu....sekarang mcm anjing dgn kucing. Pantang jumpa mesti ada yg tak kena, tak puas hati...mesti bertekak nak mempertahankan pendapat masing2. Kesimpulannya, lebih baik tak yah jumpa...

Gambar nie kami ambil di Hotel Allson Kelana...masa tu kami jadi penyambut tetamu sempena hari lahir menteri besar N9....artis jemputan masa tu, Siti Nurhaliza (tak glamor pun) sekarang sebut je semua org kenal. Kami and the geng sempat jugak tu bergambar dengang dia...boleh lah buat kenangan bergambar dengan artis tanah air....Entah macam mana, MT2...aku dgn ami je terjoin...masa tu bodoh2 je....(aku lah) orang lain dah biasa pakai baju kebaya... aku mmg tak pernah pakai baju kebaya....tut tut time tu...kena pakai baju kebaya..ha sudah kali nie.... mahu langkah ku tak ketahuan....ha ha...hendak tak hendak aku pakai je lah...rupanya ok je...maklum le masa belajar aku tak ada baju kebaya pun....brutal punya org mana nak pakai baju mcm tu....cita2 pun nak jadi askar...Pernah sekali kwn aku nie...teringin sgt nak tengok aku pakai baju kebaya....sampai hbs belajar aku tak ada baju kebaya....

Itu lah kali pertama aku masuk hotel....makan kat hotel....kali pertama pakai baju kebaya...segala-galanya kali pertama. Bayangkan tak pernah makan kat hotel...org kampung lah kata kan....makan pakai sudu pun tak pernah.... sebenarnya hotel tu sediakan satu table untuk kami....last2 minute ada pulak tetamu from kl tersesat and than sampai lambat join group kami yang kat belakang...penjuru pintu....udah malu lah pulak kami nak makan....masa tu makanan memang mewah giler.....tetamunya terdiri drpd vip je....tengok pun takut...dah habis majlis kami di hantar ke maktab dan diberi sedikit saguhati sekeping not RM50... seronoknya. Time tu, RM50 tu besar....pengalaman tu aku ingat sampai bila2....

REFORMASI PENDIDIKAN

Monday, July 27, 2009

PENGAKAP TETAP DI HATI

Nie gambar ari Isnin time nak jemput budak2 nie. Hajjah nie bagus, sanggup belajar itu ini....maklumlah tahun nie baru join pengakap. Terima kasih hajjah kerana banyak membantu kami dalam pengakap.

Kami bergambar bersama dgn GB dan cikgu2 pengakap sksb selepas penyampaian sijil pengakap.

Barisan murid-murid yang menyertai kempori pengakap minggu lepas.... bertempat di Hutan Templer, Rawang. Seramai 24 orang telah menyertainya. Budak2 nie kalau bab berkhemah cepat je penuh....kalau ikut kan ramai lagi yang nak pegi...aku bangga jugak dengan keng kawan...sanggup gunakan keta sendiri buat pe hantar anak murid....jadi cikgu nie segala2nya kena berkorban....

berkorban apa saja..
masa dan juga tenaga....

Mcm Cikgu sulia, sepatutnya ari jumaat tu...nak kena balik kedah...jenguk anak yg masih kecil...tapi korban masa.... pe hantar anak murid dulu...baru balik kampung. Pendek kata, bertuah sek aku nie dapat cikgu2 yang jenis tak berkira... keta jahnam kerana bawak murid pun tak pe....kalau cikgu2 jenis berkira payah jugak kan....

MUG BARU LAGI

Mug nie, ari Sabtu dapat. Ada kawan aku tolong belikan. Dah banyak kali aku ge KLCC tapi tak terbeli mug nie....hargenya separuh RM50 tu....tak lalu jugak aku. Bila kawan aku nie beriya2 nak bayar, aku ambil je le....mmg dah lama minat. Kawan aku nie turun KL dari Kuantan, saja nak suruh aku bawak dia jalan2 sekitar KL. Lepas pusing2 KL aku hantar dia check in kat hotel Dinasty...tak sangka dapat no bilik 2112 tingkat 21. No nie memang lekat je kat kepala nie...sebab kete kawan aku JGW 2112....no keta sapo tu????? Aku pun minat gak dgn no 1 dan 2 nie....

PETIKAN GITAR MENGASYIKKAN

MY NEW MUG

Bertambah lagi koleksi mug aku. Mug nie aku beli semasa ge cuti2 ganu ari tu. Aku seronok... bila time nak buang habuk tu....sambil lap2 ingat tempat2 yang pernah aku ge. Tu sebenarnya aku pilih hobi nie....Ada kenangan, selain gambar. Setakat nie aku belum jumpa lagi orang yang mempunyai hobi sama dengan aku. Bukan apa kalau jumpa mungkin aku boleh tukar2 mug dengan dia ke???

Sunday, July 26, 2009

HAPPY BESDAY

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat ulang tahun kepada kawan baik aku yang selama ini banyak memberikan sokongan dan sentiasa dekat di hati walaupun jauh nun di Damak.

Kepada Suriani Mat Yasin selamat menyambut ulang tahun yang ke 31 pada 24 Julai ( Jumaat ) semoga pengalaman semalam menjadi pengajaran untuk hari ini. Semoga tabah menghadapi hari2 mendatang, dimurahkan rezeki dan di panjangkan umur.

Sebagai kawan, aku sentiasa mendoakan agar kawan2 sentiasa beroleh kebahagian.