Tuesday, October 6, 2009

BERAYA DI RUMAH GENG BLOGGER

Lebih kurang pukul 10.00 kami bertolak ke Raub.... aku sendiri pun kali pertama ke Felda Sg. Koyan.... Jalannya boleh tahan jugak..... kalau sorang2 drive takut jugak... kiri kanan jalan di penuhi dengan ladang kelapa sawit.....lebih kurang pukul 12.45 kami sampai di umah blogger Putra745....

Poyo je kan.... bergambar depan umah.... sebelum bertolak ke Raub... keta baru basuh berkilat lah sikit... kalau tak nak tengok pun segan.... barang yang paling aku sayang, sebab paling banyak berjasa pada aku.... kalau tak ada, susah jugak aku.... mahu patah kaki....

Bergambar di umah blogger Putra745 sebelum balik.... siapa sangka kan.... nak datang beraya umah geng blogger.... rupanya kat sana kami jumpa ramai lagi geng blogger yang lain....ini merupakan kali pertama kami buat kejo giler pe beraya umah kawan yang dikira boleh tahan jugak jauhnya.....idea sapo nie????

Alang2 dah sampai Raub ingat nak singgah umah Azizah.... call punya call tak berangkat lah pulak.... Tak lama lepas tu dia call aku..... bagi tahu ada kat Jeram Besu... bawak budak2 sekolahnya camping.....tu lah cikgu.... camping tak kira masa dan tempat... semuanya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.... siapa kata cikgu keja 5 hari seminggu.... memang dia tak tahu keja guru mcm mana????dok gitu cikgu2 kan....

Kalau dah jenis yang suka bergambar nie... ada2 je aksi yang diambil untuk kenang-kenangan.... semua aksi nie dirakam oleh puteri..... seronok jugak kan dapat tengok balik gambar yang lain daripada lain nie..... termasuk gambar dia pun dia rakam sendiri... tu lah riaksi seorang pemandu yang begitu serius bila memandu..... kena beri tumpuan.... semua dalam keta nie belum ada pewaris lagi.....

Lepas je bayar tol di Tol Bentong.... wah meriahnya dengan keta.... dah lah kali nie pakai keta den yang menual nie..... kalau naik keta myvi kan seronok.... jem pun den tak kisah.... penat jugak.... pegi dan balik aku kena drive.... kalau keta depa boleh gilir2... kalau keta aku... alamaknya aku lah kena drive..... bukan tak bagi orang drive... maklumlah keta antik banyak perangai.....

Jalan2 cari pengalaman...
Untuk dijadikan kenangan sepanjang zaman....

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

Ari nie merupakan kuliah hari pertama untuk semester kedua akhir..... diam tak diam dah nak habis rupanya aku belajar..... kali nie tak ramai jumpa keng kawan yang lain.... nasib baik aku dapat sama dengan K. Fatin. Kawan aku yang paling rajin.... Semester nie 2 paper Matematik..... dan tesis.... Tak sangka sem nie dapat pensyarah yang baik.... Pn. Khaliza... best lah dia mengajar..... tesis je tak tahu lagi kena dengan sapo nie.... harap2 dapat pensyarah area KL je senang nak jumpa.....

Nie merupakan tahun kedua dapat kuih bakul daripada kawan aku..... mula2 aku tak nak jugak terima.... tapi bila kuar kat tv memang halal kuih bakul keluaran syarikat nie.... barulah aku yakin.... bekas pun dah cantik kan... itu untungnya kawan dengan pelbagai kaum nie... dah dekat nak raya dapat buah limau pulak.... dulu masa kat Segambut jiran kami Cina siap buat open house lagi... makan KFC je lah dengan kacang2.... dan paling seronok dapat ampau......

Balik dari kelas OUM aku terus memandu ke umah akak aku di Cheras.... kalau tak ada program aku rajin ke sana.... nie dah beraya yang ke berapa kali dah.... sebenarnya aku nak ambil baju yang akak aku baru jahit.... nak pakai beraya ari Ahad..... ke mana lagi aku nie nak beraya.... lepas je solat Zohor aku beraya ke umah kawan aku.... semalamnya aku dah buat 2 janji temu.... bukan apa jauh2 drive nanti depa tak ada kat umah....

Aku memandu ke umah Roza kawan aku yg keja TUDM tu.... dah lama aku tak jumpa dia.... minta aku call je.... dia suruh datang umah... masa je tak mengizinkan... kali nie aku kena datang... last sekali jumpa dia anak sorang.... sekarang dah 3 orang anaknya... lama juga aku tak jumpa dia.... so ambil masa nak sembang2.... jenuh jugak aku nak mencari umah dia kat Bandar Tasik Selatan tu....maklumlah umah flet nie semua sama je.... tapi kat area tu sewa boleh tahan jugak.....

Lepas tu aku gerak ke umah kawan aku kat Setiawangsa..... dari Sg. Besi sampai ke Melawati jem nya.... selalu 15 minit dah sampai..... ini dah makan masa sejam lebih. Aku beraya umah kwn sama maktab (ilot)... last aku ge umah dia, raya tahun lepas..... nama je duduk dekat. Jumpanya setahun sekali jugak.....lepas maghrib aku baru balik.... sepatutnya dalam program nak singgah 1 umah lagi di Taman Permata.... tapi dah lewat... esok nak jalan jauh lagi...

Monday, September 28, 2009

MENITI HARI2 MENDATANG.....

View waktu malam dr umah den menghala ke H/way

Kita selalu dengar nak jadi artis kena pekak kan telinga.... dan buat bodoh je apa orang nak cakap.... rupanya situasi mcm nie bukan berlaku kepada artis je.... orang yang tak glamor... tak dikenali... pun terpaksa melakukan perkara yang sama, pekak kan telinga.... dan buat dono je... pedulilah apa orang nak kata..... selagi kita tak menyusahkan orang....

Semalam aku call mak kawan aku... nak ucapkan selamat hari raya.... sebelum dia call aku, lebih baik aku call dia... kalau tak bising orang tua tu.... walau pun aku dengan anaknya dah perang dingin bertahun lamanya.... tepi dengan maknya masih berhubung.... kalau dia turun ke KL memang tak sah kalau tak jumpa dengan aku....

Aku ingat mak dia tak tahu kot aku perang dingin dengan anaknya.... maklumlah dia nie pandai berlakon depan mak dia... mcm kami nie tak ada masalah apa pun.... aku boleh tak contact mak dia... kalau dia sendiri sanggup beritahu situasi yang sebenar.... masalahnya dia tak sanggup nak bagi tahu.....bukan apa mak dia dah anggap aku mcm anak dia.... mana dia pergi pun ingat kat aku....tu sebab anak dia tak sampai hati....

Semalam aku call.... tak sempat aku bercakap.... dia dulu dok marah kat aku, katanya dia dapat tahu aku dah nikah.... tak bagi tahu kat dia.... tak terkata aku dibuetnya... mana pulak mak cik dengar ceta ini..... kalau ya pun saya nikah sekurang2nya saya akan bagi tahu kat orang2 yang rapat... ini kan pulak mak cik... kan saya janji akan jemput mak cik.....walau pun kenduri secara kecil2an.... aku rasa mcm aku tahu je kat mana dia dapat ceta nie.....

Dia (jejaka dot..dot...) yang nak nikah tak sabar2.... nikah je lah, tak ada sapo nak larang.....ini kaitkan org lain pulak... Ok lah... nasib baik mak kawan aku nie akhirnya percaya jugak cakap aku.... buwet apo den nak tipu bondo yang baik...... tak elok....dok gitu keng kawan....

Ari nie al kisah kat tompet kejo den... ado ko patut kawan samo2 dok minum kata muka den mcm orang mengandung .... hish tak masuk akal betul depa nie.... den nikah dok lagi tibo2 mengandung... masalah bosar nie.... depa nie suspek den nikah soyap2.... minta jauhkan lah keja tak berapa elok tu... kita perkara yang elok nak bagi tahu kepada semua... supaya tidak menimbulkan fitnah....

Mano tidaknya.... muka den nampak berisi... almaklumlah beraya sakan... makan je kejonya.... tadi sompat lagi den timbang.... rupa2nya den naik 2 kg... dalam masa 10 hari..... ari tu puasa sebulan.... turun 2 kg..... nampak gaya den nie.... senang nak naik, dari turun.....

Den sonyap.... bukan bererti den suko.....
Ekoi tu... nak cakap pun berpado-pado....

MINAT PUNYA PASAL

Gambar aku rakam ceta Wadi Unung

Masa ada ceta lakonan pelakon yang aku minat boleh aku berkejar2 balik umah.... apa keja pun aku tak buat... sampai habis ceta tu... Tut tut.... boleh episod akhir pulak aku tak perasan.... tahu2 je dah ceta lain.... frust betul tak tahu ending mcm mana....

Tapi tak pe, aku tunggu lah lain kali kot2 ada ceta lakonannya.... memang dah jenis aku... kalau sesuatu yg aku minat.... datang lah lah apa pun aku tak berganjak.... contoh tengok tv.... tak de daa... nak menyambil keja lain nanti tak dpt beri tumpuan....

Kalau belajar mcm nie... dapat beri tumpuan, bkn setakat ijazah je boleh buat.... master pun boleh tamat kan dengan cemerlang kot.... tapi tu ah dok gitu... time belajar boleh tido dalam kelas....

Aku tengok ceta pilih pelakon.....
Aku kalau makan pilih yang tak pedas....
Aku kalau berjalan tak kira masa....
Aku kalau tido tak kira tempat....
Itulah aku....

Sunday, September 27, 2009

MELUAHKAN YANG TERBUKU

Depa nie bab sembang tak pernah habis..... tak kira tempat menyembangnya.... kepalanya K.nida... yang lain tu....K.ana, wani, sue, sulia tukang ikut je.... yang aku peliknya Aishah pun boleh join sekali tu.... ada isu yang menarik lah tu...

Sory le... sebab dah mengutuk aku... tu aku snap gambar nie.... tapi tak pe... kutuk depan2 aku tak berapa nak hangat sangat.... tapi kalau main mengutuk kat belakang hampa tau lah....

Gambar ari last nak cuti raya ari tu... sebab seronok esok nak cuti ...tu yang sembang tak ingat dunia....Insaf2 le keng kawan.... borak sikit2 je....su tu nak lepas gian... selalu dia duduk sorang2 kat atas nun.... ari nie dapat jumpa dengan keng kawan... boleh tahan jugak minah nie....

Su hang temberang apa tu.... sampai depa semua dok telopong dengar hang cakap.... wani dengan k.ana bukan main lagi beri perhatian..... aku rasa time gb beri taklimat pun depa tu tak tekun macam tu.... hebat tu hang su.... lain kali maklumat drpd unit hang tak yah bagi gb cakap... hang cakap sendiri je.... confirm cikgu2 nie boleh dengar.... tengok gambar nie.. hang memang ada bakat bercakap.... hang je tak tahu potensi diri.... nie aku dah bagi tahu....boleh lah lepas nie... teruskan usaha..... hidup su.....

SMS TANDA INGATAN DI AIDILFITRI

View keindahan ke kg Liza sn/kh di Rembau N9

Perlu untuk aku abadikan kiriman keng kawan, mungkin boleh dibaca walapun bukan di musim perayaan. Maklumlah phone murah tak boleh simpan mesej banyak... Walaupun terpaksa menaip semula... tapi aku hargai sms keng kawan kerana masih ingat untuk mengucapkan selamat hari Lebaran. Terima kasih kepada semua...


Indah langit kerana awan,

Indah laut kerana kebiruan,

Indah Ramadhan kerana keinsafan,

Indah Aidilfitri kerana kemaafan,

Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

~ Asma Ambak ~


Biar kulit segelap almond London,

Asalkan hati sesuci Kuih Bangkit,

Biar Iman sekental Dodol,

Jangan Senipis Tempeyek,

Biar jiwa selembut Bahlu,

Asalkan akhlak secantik Biskut Dahlia,

Senyumlah semanis madu agar lebaran yang disambut lebih bermakna.

Salam Aidilfitri maaf zahir dan Batin.

~ Khairul Niza, Ijan, Kak Im, Zam sksb ~


Pelita diletak di atas para….

Hendak dinyalakan ditepi perigi….

Sms dihantar penganti kad raya…

Tanda ingatan di Aidilfitri..

Maaf Zahir & Batin.

~ Ilot ~


Ketulusan untuk saling memaafkan,

Membuat Aidilfitri semakin bermakna,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf Zahir & Batin…

~ Sauki Indonesia ~


Pejam celik, pejam celik dah nak sebulan puasa,

Pejam celik, pejam celik dah nak raya,

Sebelum pejam tak celik-celik,

Eloklah ucap Selamat Hari Raya,

Serta Maaf Zahir & Batin.

~ Kak Shuriza, Wawa P.Piol ~


Hello my friend, I wish u Selamat Hari Raya Aidilfitri.

~ Cheong KDP ~


Takbir & Tahmid memuji Ilahi,

Menandakan syukur dan kemenangan di Aidilfitri,

Walaupun jarang berhubungan dan berkomunikasi,

Ingatan sentiasa terpahat di hati…

Selamat Hari Raya.

~ Ayu Pizza ~


Pelita dipasang penaik seri,

Ramadhan diganti si Aidilfitri,

Mesej pendek penganti diri,

Tanda teman sentiasa diingati,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

~ Sulia , Azwan smj ~


Masak lemang sambil berdiri,

Hendak makan di Aidilfitri,

Nak hantar kad raya posmen dah pakat2 cuti,

Sms sahaja dapat diberi,

Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi terkini

Yang ada di hujung jari.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

~ 016……445, Iza Kecik ~


Salam Lebaran 1430,

Semoga Aidilfitri ini memberi keberkatan

dan kerahmatan yang berpanjangan dariNya,

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Sepanjang kita mengenali 1 sama lain.

~ As Pi/Kh ~


Lisan kadang2 tak terjaga,

Janji kadang2 terabai,

Hati kadang2 berprasangka,

Sikap kadang2 mneyakitkan.

Hidup ini akan menjadi indah jika masih ada rasa maaf,

Menjelang Syawal yang mulia mohon maaf

atas segalanya zahir batin 0-0 ya….

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

~ Nazrul Pizza ~


Kain berlabuh tirai Ramadhan,

Lembaian Syawal kian dinanti,

Luhur Ikhlas mohon kemaafan,

Andai kata asa salah dan silap,

~ Pak Da & Mak Da, 019….835 ~


Lembu tua hilang di sawah,

Orang kg sibuk mencari,

Jika anda tekan ke bawah, dah sah…

Andalah lembu yang kami cari!!!

Kalau ada jarum yang patah,

Tak payahlah disimpan lagi,

Kalau ada hati yang marah,

Kena ingat saya pun terkena tadi,

Jarum yg patah tu pegi la buang,

Jangan dibuang bersama kain,

Kalau tak nak kena sorang2,

Hantarkan mesej ini kat orang lain,

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

~ Hadi Pizza ~


Ramadhan berlalu sudah,

Syawal menati ria,

Rindu terhapus sudah,

Tiba masa bersuka ria,

Dari kejauhan ku menyusun jari,

Memohon ampun kesilapan diri,

Biar pun mesej dapat ku beri,

Ikhlas ku katakana ini je la buat masa ini,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

~ Ina KDP I4P ~


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,

Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,

Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa…

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.

~ Kak Mala ~


Setitik embun dipohon rimbun,

Di atap nipah air bergenang,

Dosa tertimbun mohon diampun,

Silap dan salah jangan dikenagn,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

~ Jumie Kota Masai ~


Walau pun langkah tak bertemu,

Tangan tak berjabat,

Ucap tak terdengar,

Mata tak tertatap,

Tapi izinkan hati mohon maaf zahir & batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

~ Kak Sidah ~


Friday, September 25, 2009

BERAYA DI N9

Tahun lepas aku beraya ke Johor.... tahun nie aku beraya ke N9..... Tahun depan, panjang umur ke Kedah pulak kot.... Ari nie, seawal 9.00 pagi kami bertolak ke Tampin..... Rumah pertama yang akan kami beraya.... umah siapo lagi kalau bukan syamsul.... Dari KL aku, ani dan puteri.... Liza dah memang orang N9... so tak ada masalah nak cari umah syamsul...

Dah makan kenyang makan kat umah syamsul..... sementara tunggu dia balik dari solat Jumaat.... sempat lagi kami berborak dengan maknya.... Lepas tu destinasi kami seterusnya ke umah Liza... Macam tak caya je nak jumpa kawan masa maktab dulu... Dah tu, kami nie sebenarnya bukan rapat sangat pun masa maktab... kenal mcm gitu2 je..

Mereka bertiga nie, sama kelas masa kat maktab..... liza, suraya dan syamsul.... memang rasa mcm tak percaya dapat jumpa su..... tetap comel mcm dulu..... Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada su dan pasangan.... Semoga perkahwinan kali ini berkekalan hingga keakhir hayat. Aura pengatin baru tu ada lagi.... inai masih merah dijari... kira masih dalam mood honey moon lagi nie...

Keceriaan keng kawan.... kebahagiaan kami semua.....