Monday, October 18, 2010

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR

Buat pertama kalinya aku berpeluang bercuti bersama dengan rakan-rakan semasa di Tingkatan 6 Sek. Men. Jerantut 96/97. Walaupun aku berada di tingkatan 6 hanya seminggu, tetapi kami masih berhubung sehingga kini. Sebenarnya aku dah kenal dengan mereka nie semasa di tingkatan 5 lagi kerana sama-sama terpilih untuk mewakili sekolah masing-masing bagi menjayakan Projek Gemilang Daerah.

Kemesraan kami dah lama terjalin cuma terpisah sementara waktu kerana melanjutkan pelajaran. Masa tu Asma menuntut di UPM Serdang, Deqna menuntut di Universiti Sabah, Fozy menuntut di Universiti di Sarawak dan aku di Seremban. Tapi jodoh kami kuat, bertemu kembali di Kuala Lumpur.

Perancang percutian ini telah dibuat lebih awal, iaitu sebelum hari raya lagi. Aku telah diamanahkan untuk menguruskan percutian nie. First time belajar buat bajet, buat jadual untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. Sebelum ini, kalau aku pe bercuti ke mana pun... main redah je.

Bagi memastikan semua kawan happy dan berpuas hati, aku cuba buat yang terbaik. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dengan izinNYA. Kekawan sibuk suruh buat trip ke Langkawi pulak lepas nie. Insya Allah.

Hari Jumaat malam aku jemput Fozy di KTM Batu 3, dan bergerak ke Subang Jaya untuk menjemput Deqna. Depa nie tak ada transpot. Nasib baik lah Asma, hubby dia sanggup hantar sampai umah aku. Kalau tak bengkok aku... nak jemput kat keramat... berpusing tu... So malam tu semua tido umah aku. Sebab ikut perancangan kami akan bergerak seawal pukul 7.00 am.

Kereta aku, merupakan transpot yang penting untuk membawa kami hingga ke Jeti Lumut. Kawan aku punya lah kecut perut aku drive. Aku rasa, dah ok pemanduan aku pada hari tu. Mungkin dia tak biasa. Aku pulak kalau orang drive... aku tak yakin. Sanggup aku drive pergi dan balik tu. Bukan sayang keta... tapi tu lah tak yakin orang drive... padahal orang pun tak yakin aku drive...laju katanya.
  • Minyak keta dari Sg Buloh - Lumut - Sg Buloh = RM100 (tak habis pun aku boleh buat pe sek 2 hari)
  • Parking = RM 10 (berbumbung dan keselamatan terjamin, 24 jam = RM10)
Tiket feri beli di Lumut untuk pergi dan balik serta open. Feri mana-mana boleh naik. So tak perlu risau tentang pengangkutan feri ke sana.
  • RM 10 ( perjalanan pergi dan balik)
Feri yang membawa kami ke destinasi Pulau Pangkor. Perjalanan bukan lama pun. So tak perlu risau. Tapi kalau pergi Indonesia naik feri, aku serik.

Kalau nak sewa kereta atau motor.... sampai di jeti pangkor baru berurusan terus dengan owner.
  • Sewa kereta Iswara = RM80 sehari
  • Minyak = RM 10 ( memang habis satu pulau kami pusing.)

Penginapan di sana memang aku telah tempah awal, iaitu sebelum hari raya lagi. Kebetulan aku pernah menginap di sini. So memang dah tahu kemudahan yang disediakan dan amat berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Flora Beach Resort nie terletak di Teluk Nipah.

Di sini seronoknya, senang nak makan. Pada waktu pagi terdapat gerai yang menjual sarapan dan sebelah malam terdapat gerai yang menjual makanan laut di sepanjang pantai. Sebaiknya jika ingin ke sana, buat tempahan awal. Jangan sewa dengan ulat yang terdapat di Lumut. Selalunya harga berbeza.

  • Room Rates untuk weekend = RM95 (standard room)
  • Lengkap dengan penghawa dingin, tv, air panas, almari isi pakaian. Memang selesa lah.

Jika kekawan masih tercari-cari tempat penginapan di Pangkor... pilih lah tempat nie. Boleh berhubung terus dengan pengusahanya untuk membuat tempahan. Hubungi di talian 05-685 3878 atau 019-5674350. (Suri bt Hj. Ahmad Sapawi). Kak Yong, saya siap promote kat blog lagi. Lain kali pe mana tau dapat diskaun he he he. Kak Yong nie very friendly orangnya.

Kami berempat, sewa dua bilik supaya lebih selesai. Tu yang lena sampai ke pagi.... tak sedar diri. Kalau kawan tak call mahu tak jaga lagi kot. Kawan aku nie pulak call nak ajak aku pe Genting Highland. Taska Honey Tasmin buat trip ke sana secara percuma. Aku yang tak ada anak pun dapat free ke... memenuhi kuota. Untung gak sekolah aku ada taska.

Jadi lah pengguna yang bijak... dan Rancanglah perjalanan anda..

MAKAN-MAKAN SEMASA TRIP KE PANGKOR

Perancangan ke Pangkor telah dibuat sebelum sambutan Hari Raya. Lama tu... maklumlah, pada asalnya ramai yang berminat. Tapi akhirnya hanya 4 orang je yang mempunyai kelapangan pada 16 Okt dan 17 Okt 2010.

Makan tengah hari di Lumut, sebelum bertolak pulang ke KL. Menu nasi campur, semua gengs orang kampung.... so memang pandai makan ulam-ulaman. Harga RM 25.

Sarapan pagi Sabtu di Tempat Rehat Persimpangan ke Setiawan. My friends bergambar dgn buah hati ke sayanganku. Makan ikut selera masing-masing. Harga RM 12.

Makan Tengah Hari di Pulau Pangkor. Makan nasi campur di Restoran Hassan. Ikut selera tekak masing-masing. Harga RM 21.

Makan malam ari Ahad di Subang Jaya. Harga RM25.

Sarapan pagi di Pangkor. Harga RM RM 18.


Malam sempat lagi kami makan Jangung. Harga RM 8.



Minum petang di tepi pantai. Seronok betul menghirup udara yang segar. Harga RM 6.

Makan malam di Restoran Purnama. Hidangan siakap 3 rasa, tomyam ayam, khailan ikan masin dan telur dada. Harga RM 62.00


Minum petang ke -2 di Pantai Bogak. Sebelum sesi bergambar dan melihat matahari terbenam. Harga RM 4.

Jumlah keseluruhan makan sepanjang trip ke Pangkor untuk 4 orang berjumlah RM 183.



PERKHEMAHAN PERDANA DI FRIM PART 2

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti yang paling mendapat sambutan. Penyertaan selalunya diluar jangkaan. Kali ini cikgu terpaksa hadkan penyertaan setiap unit hanya 20 orang sahaja.

Budak-budak memang tak tahu penat. Aku berjalan sikit je dah penat. Tapi mereka terpaksa mengikuti aktiviti sepanjang perkhemahan yang begitu padat. Keseronokkan mengatasi kepenatan.

Terima kasih kepada sponser baju t.shirt iaitu MILO kerana memberi baju yang akan digunakan semasa perkhemahan. Guru juga dapat t.shirt percuma he he h e. Apis tahniah di atas pengurusan yang memang mantap. Akak memang tak sangka hang boleh buat yang terbaik. Apa yang penting kerjasama.

Lepas nie, group hang pulak kot dapat makan orang belanja.

Stesen Pengakap telah dikelolakan oleh Kak Alawiyah, Kak Gee dan Aku sendiri. Kami memberi pendedahan menganai ikatan simpul manuk. Satu jenis ikatan pun jenuh nak mengajar. Dalam banyak-banyak kumpulan tu, ada jugak kumpulan yang memang cepat dapat. Boleh dikatakan semua ahli kumpulan tersebut berjaya membuat ikatan manuk dengan betul.

Stesen Puteri Islam yang paling mendapat sambutan. Masing-masing sibuk nak mencuba masak ikan sardin untuk sandwich. Setiap kumpulan diberi peluang untuk membuatnya dan hasil tangan mereka nie akan dimakan semsa minum petang.

Stesen PBSM yang dikelolakan oleh Izan, Zaharah dan Kak Ana. Pendedahan tentang cara melakukan pertolongan cemas nie perlu dan sangat berguna dalam kehidupan seharian. Aku tak tahu, rupanya ada sorang cikgu nie pernah keja klinik sebelum jadi cikgu. Patut lah sangat berpengalaman bab-bab nie.

Semua aktiviti dalam kumpulan pada Hari Rabu berjalan dengan lancar. Tahniah kepada rakan-rakan guru.

Sunday, October 17, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA DI FRIM

Pada hari Selasa (12/10) hingga Khamis (14/10) sekolah aku telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Perdana yang melibatkan semua unit beruniform dan penyertaan terbuka kepada semua murid tahap 2. Peserta perkhemahan kali ini lebih kurang seramai 120 orang.
Kebiasaannya sambutan untuk aktiviti perkhemahan amat menggalakkan, sehingga memaksa kami hadkan setiap unit penyertaannya hanya 20 orang sahaja.

Menariknya tapak perkhemahan yang julung kali diadakan ini, dilengkapi dengan kemudahan seperti:
  • Keselamatan murid terjamin
  • Kemudahan bilik air
  • Kemudahan tempat memasak
  • Kemudahan tapak untuk mendirikan khemah
  • Kemudahan chalet untuk guru
  • Kemudahan dewan serba guna
Kawasan pesekitaran yang sungguh mendamaikan amat sesuai diadakan perkhemahan. Di samping dapat memberi pendedahan tentang hutan yang perlu dihargai oleh generasi akan datang.

Kem Perah Frim merupakan salah satu kem perkhemahan yang menjadi tarikan kepada sekolah-sekolah sekitar Daerah Gombak. Selain terdapat banyak kemudahan, kem ini juga terletak dalam kawasan yang boleh guru bertugas mengikut kelapangan.

Kerjasama daripada semua guru, bukti perkehmahan ini dapat berjalan dengan lancar. Hanya
beberapa orang guru sahaja yang terlibat secara full time. Selebihnya guru bertugas on-off, mengikut kelapangan mereka. Guru yang mengajar di sesi petang akan bertugas sebelah pagi dan begitu lah sebaliknya. Boleh dikatakan semua guru terlibat.

Gambar nie semua guru sesi petang, datang bertugas pada waktu pagi bagi menyediakan makan tengah hari kepada peserta. Petang mereka akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
AKu antara salah sorang guru yang bertugas secara on-off. Hari Selasa aku datang pukul 11.00 malam dan berkesempatan mengikuti aktiviti night walk. Aktiviti selama 1 jam setengah, betul-betul menguji ketahanan fizikal aku yang dah semakin kurang melakukan aktiviti bersenam.
Hari Rabu pagi aku mengajar seperti biasa. Sebelah petang aku bertugas untuk aktiviti stesen Pengakap sehingga jam 6.00 petang. Sebelah malam aku datang lagi lebih kurang pukul 10.00 malam dan balik umah pukul 12.30 pagi. Esok keja seperti biasa.
Penatnya hanya tuhan yang tahu. Tapi sebab aku minat. Ada aku kisah penat.

Thursday, October 14, 2010

KERETA BERMASALAH

Nasib baik lah ada kawan pomen, malam pun sanggup datang repair keta aku. Bukan tak boleh repair kat bengkel dia. Tapi cajnya lain. Maklum lah dia keja dengan orang. Kalau bengkel sendiri boleh lebih kurang dengan kekawan. So dia beli barang, malam lepas keja dia datang pasang.

Minggu lepas keta aku tetiba je mati kat traffic light. Aku sebenarnya dah tahu masalahnya. So tak adalah panik sangat. AKu start balik and than beri signal ke bahu jalan. Tunggu 5 minit start dah boleh jalan semula. Esok hantar bengkel, rupanya dah tak dapat berfungsi dengan baik alat tu. Nak tak nak kena tukar yang baru.

Thorttle Body Wira yang baru harganya RM520. Upah pasang, kawan aku ambil duit teh je. Terima kasih Apis, sebab sudi tolong.

Barangnya bukan besar sangat pun. Tapi harga boleh tahan. Kopak bulan nie. Dah le baru lepas raya. Tak kisah lah kan. Janji keta aku sentiasa dalam keadaan baik. Duit boleh cari. Tu kira beruntung, selalunya ada ia bagi tanda-tanda awal nak rosak. Jadi boleh lah repair awal. Kalau rosak tengah jalan dan tak boleh gerak terus... tak ke lagi susah.


Monday, October 11, 2010

N3 PENUTUP SYAWAL

Cikgu-cikgu bersama anak-anak bergambar sebelum majlis bermula.

Juadah jamuan hari raya yang disediakan oleh Pra Sekolah untuk semua warga sksb.

Susun Wahida, jangan tak susun nanti tak muat tempat.

Kek nie ada anak murid bawa... aku suka sangat...

Saban tahun, beginilah suasana di sksb. Selepas hari raya penuh dengan jamuan hari raya. Termasuk lah pihak kantin tidak pernah melepaskan peluang mengadakan jamuan hari raya untuk semua warga sksb.

Penutup jamuan untuk tahun nie di rumah Kak Nida dan Guru Besar di Desa Moccis. Deme nie berjiran. Aktiviti aku pada 10.10.10 menghadiri jamuan raya yang dah masuk bulan lain dan sesat barat di KL sebab nak cari tempat besday anak kawan aku tak jumpa-jumpa. Paling istemewa dapat melawat kawan sama maktab yang baru mendapat cahaya mata kedua selepas hari raya ari tu.

Aktiviti kunjung mengunjungi merapatkan lagi setia kawan...
Sedetik yang diluangkan memberi seribu makna...
Seribu makna dalam persahabatan...

PEMANTAUAN LINUS



Kalau fikir tanggungjawab, kita akan takut tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Kesibukkan memulun murid-murid yang akan menduduki UPSR, sehingga aku hampir terlupa dengan Program Linus. Beberapa hari yang lepas sempat juga lah aku memantau kekawan membuat ujian saringan linus untuk kali yang ketiga.

Alhamdullilah program ini berjalan dengan lancar, dan memperlihatkan kesan positif dengan pengurangan bilangan murid yang linus tegar setiap kali ujian. Tahniah kepada rakan yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan ujian ini di sekolah.

Kalau nak melentur buloh, biarlah dari rebungnya...
Kalau nak membentuk anak-anak biarlah diperingkat awal...