Budak-budak memang tak tahu penat. Aku berjalan sikit je dah penat. Tapi mereka terpaksa mengikuti aktiviti sepanjang perkhemahan yang begitu padat. Keseronokkan mengatasi kepenatan.
Lepas nie, group hang pulak kot dapat makan orang belanja.
Stesen Pengakap telah dikelolakan oleh Kak Alawiyah, Kak Gee dan Aku sendiri. Kami memberi pendedahan menganai ikatan simpul manuk. Satu jenis ikatan pun jenuh nak mengajar. Dalam banyak-banyak kumpulan tu, ada jugak kumpulan yang memang cepat dapat. Boleh dikatakan semua ahli kumpulan tersebut berjaya membuat ikatan manuk dengan betul.
Semua aktiviti dalam kumpulan pada Hari Rabu berjalan dengan lancar. Tahniah kepada rakan-rakan guru.

0 ulasan:
Post a Comment