Kebiasaannya sambutan untuk aktiviti perkhemahan amat menggalakkan, sehingga memaksa kami hadkan setiap unit penyertaannya hanya 20 orang sahaja.
- Keselamatan murid terjamin
- Kemudahan bilik air
- Kemudahan tempat memasak
- Kemudahan tapak untuk mendirikan khemah
- Kemudahan chalet untuk guru
- Kemudahan dewan serba guna
Kerjasama daripada semua guru, bukti perkehmahan ini dapat berjalan dengan lancar. Hanya
beberapa orang guru sahaja yang terlibat secara full time. Selebihnya guru bertugas on-off, mengikut kelapangan mereka. Guru yang mengajar di sesi petang akan bertugas sebelah pagi dan begitu lah sebaliknya. Boleh dikatakan semua guru terlibat.
AKu antara salah sorang guru yang bertugas secara on-off. Hari Selasa aku datang pukul 11.00 malam dan berkesempatan mengikuti aktiviti night walk. Aktiviti selama 1 jam setengah, betul-betul menguji ketahanan fizikal aku yang dah semakin kurang melakukan aktiviti bersenam.
Hari Rabu pagi aku mengajar seperti biasa. Sebelah petang aku bertugas untuk aktiviti stesen Pengakap sehingga jam 6.00 petang. Sebelah malam aku datang lagi lebih kurang pukul 10.00 malam dan balik umah pukul 12.30 pagi. Esok keja seperti biasa.
Penatnya hanya tuhan yang tahu. Tapi sebab aku minat. Ada aku kisah penat.

0 ulasan:
Post a Comment