Tepat pukul 1.00 p.m kami pulangkan keta sewa di jeti Pangkor. Letak je kunci dalam keta, tak jadi masalah di sini.... tak ada siapa nak curi. Lagi pun kalau curi sekali pun, nak ke mana je. Alih-alih boleh pusing dalam pulau nie gak.
Minggu nie, nak ikutkan pengunjung tak lah terlalu ramai. So keadaan di jeti agak terkawal dan selesa untuk berjalan. Mungkin di jeti nie mengamalkan feri open so, tak ada masalah untuk mengejar feri. Jika penuh, tunggu je lah feri seterusnya.
Nasib baik aku pernah ke pulau nie, so pergerakkan dan aktiviti berjalan seperti yang dirancang. Cuma aku sedikit terkilan kerana Deqna teringin nak makan ikan bakar, tapi tak kesampaian dan dia beriya nak mandi pantai. Tapi kami bertiga tak bawak pulak pakaian mandi.... dan sebenarnya, kami nie kurang berminat untuk mandi pantai.
Pantai di sini memang bersih dan cantik sangat.
Ada sebab, kenapa aku suka setting sendiri untuk ambil gambar. Selalunya jika minta tolong orang, mereka tak faham perangai kamera kita. Sehingga kadang-kadang gambar yang dihasilkan kurang memuaskan (ala2 gegar.... he he he.) biar susah janji puas hati kan.
Mungkin tak ada rezeki kami nak jumpa agaknya. Aku ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Maklum lah perjalanan kami masih jauh. Drivenya sorang je... kan dah lewat malam payah pulak.
Aku terkilan jugak lah, dia tak angkat phone sebab sibuk di dapur untuk menyediakan mee goreng. Rupanya dia tak perasaan telefon di dalam bilik. Izan sanggup angkut anaknya yang keempat yang berusia 1 tahun setengah sedang tidur.... semata-mata nak jumpa aku. Tiba-tiba aku rasa sebak. Dia angkut 3 orang anaknya....seorang lagi ikut abahnya.
Kalau dah rezeki kan.... macam mana susah sekali pun.... dengan kehendakNYA kami pertemukan setelah hampir 11 tahun tak jumpa. Selepas je tamat pengajian di IPRM kami tak pernah berjumpa. Sehingga lah kami di pertemukan di tepi ladang kelapa sawit... sebelum persimpangan ke LUmut.
Percutian yang memberi seribu kenangan....
Kenangan yang bisa membuatkan aku tersenyum...


0 ulasan:
Post a Comment