Paling mencabar apabila terpaksa memandu dengan menggunakan stering manual dan melalui jalan yang cukup mencabar. Aku rasa macam nak tercabut tangan aku nie. Sebenarnya nak cakap dah lama dok guna power stering. Dah manja tu lah jadinya.
Punya lah seronok bergambar, sampai lupa nak catat. Lagi satu sebenarnya aku teruja dapat outing dengan kekawan lama nie. Nama je duduk KL semua nie, tapi bukan selalu pun dapat jumpa. Aku kerja 7 hari seminggu. Dua orang lagi tak ada traspot. Sorang lagi sibuk dengan family.
Aku sebenar tertarik dengan sebuah gerai yang menjual pelbagai ubat tradisional. Aku berminat dengan sejenis ubat khas untuk wanita, terutamnya yang baru lepas bersalin. Bila tengok ubat tu, aku teringat kepada sorang kawan aku nie.... yang beriya-iya mencari ubat untuk penyakit yang dialami. Harganya terlalu mahal.... sampai aku tak mampu untuk dahulukan duit aku.
Misi kami ke Pantai Bogak untuk melihat matahari terbenam. Sambil tu sempat lagi bergambar di kawasan yang berbatu di situ. Memang cantik tempat nie. Bila kawan ambil mesti tak seronok sebab dah tinggal bertiga dalam gambar.
Nie aksi tak sempat nak ambil tempat yang sepatutnya. Semua gambar berempat nie aku yang tukang setting. Aku akan pastikan di mana bahagian yang perlu aku masu. Gambar di atas nie aku tak sempat nak duduk di tempat yang sepatutnya, kamera dah snap. Bergambar kat sini, ada 2-3 tempat di tapak kaki aku terkena siput tajam.
0 ulasan:
Post a Comment