
Bila masing-masing sudah bekerja, agar sukar untuk mendapatkan tarikh yang sesuai dan membolehkan semua rakan menyertai. Last minute ada saja rakan yang tidak dapat sertai. Apa pun, trip ke Pangkor akan di teruskan pada 16 Okt dan 17 Okt 2010. Setakat hari ini aku mendapat maklum balas hanya 6 orang yang mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut.
Aku ditugaskan untuk menguruskan penginapan di sana. Tempahan penginapan telah dibuat dan akan membuat pengesahan seminggu sebelum bertolak. Kemungkinan kami akan ke sana dengan menggunakan 2 buah kereta.
Aktiviti di sana, lebih kepada aktiviti santai. Percutian ini mungkin merupakan percutian pertama dan mungkin jugak yang terakhir. Di harap, apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

0 ulasan:
Post a Comment