Thursday, October 21, 2010

BERMAIN GALAH PANJANG

UPSR dah habis.... pelbagai program disusun untuk aktiviti selepas exam. Kadang-kadang aku kesian tengok anak murid aku nie.... banyak permainan tradisional yang mereka tak tahu main. Rasanya tak salah... jika kita selitkan permainan tradisional dalam program UPSR supaya permainan ini tidak dipinggirkan terus oleh generasi akan datang.

Berbaju kuning tu PK HEM sekolah aku.... releks je tengok kami main galah panjang. Bukan nak cakap lah semua pentadbir sini memang cepat je ngam dengan guru-gurunya. Masuk sebulan dua dah boleh ngam.... lepas tu mula lah sayang nak tinggalkan sekolah nie.

Group cikgu lawan group anak murid.... siapa lagi cikgu yang gila-gila remaja dan tak sedar diri nie.. he he he Kak Gee, Kak As, Izan dan aku yang pakai baju coklat tu.. siap kami main angkat kain lagi... group murid lelaki kat padang main bola sepak.

Seronok jugak main... sampai berpeluh. Biasa lah murid, kalau cikgu dia turut serta main... punya lah mereka seronok.... sampai... "cikgu main lah lagi"... depa tu tak tahu cikgu dia nie dah kepenatan. Maklum lah dah lama tak bersukan.

Bila main galah panjang nie..... teringat aku semasa sekolah rendah. Sanggup datang awal ke sekolah time kelas tambahan, semata-mata nak ambil tempat main galah panjang. Kalau lambatkan... sampai je group yang naik bas mesti dah tak dapat main.

Bukan apa, sambil main boleh ajar anak murid aku nie... main cara yang betul. Biasanya sebelum rehat pengisiannya lebih kepada permainan dan selepas rehat aktiviti indoor.

Tiada yang lama.... tak kan ada yang baru...
Benda yang lama jangan dilupa...

0 ulasan: