Friday, October 22, 2010

TIME BASED DGA29 - DGA32 KUP

Kepada kekawan yang sepatutnya layak menerima pergerakan gaji secara time based DGA29 kepada DGA32 diharap jelas dengan penjelasan yang aku copy paste dari Web PPD Hulu Langat. Sebenarnya aku pun tertanya-tanya, kenapa Selangor belum dapat sedangkan ada kekawan di negeri lain dah dapat.

Aku sebenarnya tak kisah dapat surat lambat... janji dapat. Makin lambat, lebat sikit durian runtuh.... mak cik kayo he he he. Aku risau takut tersangkut kat mana-mana je surat permohonan tu. Kalau dah semak memang ada dalam senarai baru lega.

Aku pernah kena... so sekarang memang beringat. Buat apa pun kena follow up. Bukan tak caya kepada kerani, tetapi perlu juga berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali. Pernah aku mohon kelulusan belajar... dah nak habis belajar belum dapat kelulusan. Rupanya borang permohanan aku tersangkut di atas meja kerani kat sekolah je. Tunggu lah aku nie... dah lama sangat menunggu, aku pe JPS... rupanya nama pun tiada dalam rekod.

Kesimpulannya, dah on the way tu bahagian kita.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “PEMERHATI77:BHA32787” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 11 Ogos 2010.

KPM merujuk kepada SMS – KPM jangan pilih kasih. Kenapa Guru di Selangor belum dapat DGA32 KUP (Time Based) sedangkan negeri lain sudah dapat?

Untuk makluman, keputusan kenaikan pangkat ke Gred DGA32 (KUP) bagi Negeri Selangor tidak dapat dikeluarkan selagi tidak mendapat keputusan daripada Lembaga Kenaikan Pangkat KPM.


3 ulasan:

Anonymous said...

Kiranye..result belum kuar lagikan?

Pentadbir SK Menumpang said...
This comment has been removed by the author.
Pentadbir SK Menumpang said...

apasal ada yang lambat ada yang cepat dapat