Thursday, October 7, 2010

AIR SANGAT PENTING

Selalunya, air untuk minum memang aku beli air mineral je. Habis sekotak, aku beli sekotak. Senang tak payah susah-susah nak masak air. Standard lah orang bujang kan. Selalunya aku beli air Mineral Sprtizer tak pun Mesra. Kalau drinking water aku beli plus je.

Sebenarnya aku tak pernah beli air mineral cactus... hari tu aku terpaksa beli sebab ari jumaat kedai yang selalu aku beli tutup. Pasar raya nie pulak ada air nie je.. So aku beli jugak le. Lagi pun aku tak tahu pun apa masalahnya.

Sampai suatu malam tu, ustaz datang umah nak berubat aku. So dia tanya tak ada air lain ke??? aku cakap lah nie je air yang ada. Lagi pun baru beli sekotak. Dia kata air lain tak pe. Air nie tak boleh buat penawar. Last sekali guna air paip je. Mesti ada sebab kan.... mengapa ustaz tak nak guna. Kita orang Islam fikir lah sendiri.

Hampa nak tau tak....last sekali air sekotak tu aku buat apa.... buat isi radiator keta je... he he he he. Nak buang sayang beli mahal-mahal. So ada gak gunanya.

Kat Malaysia pun kita kena berhati-hati gak dengan benda makan nie... takut nanti jadi darah daging dengan benda yang tak elok. Aku dengan ceta ada satu lagi keluaran air mineral yang tak elok untuk diminum. Kalau boleh tak usah beli jenama berkenaan.

2 ulasan:

lupie said...

Er, air mineral boleh isi radiator ke? Tak ke nanti "mineral" jadi sendiment?

Anyway,

Feel better soon ya!

eeeda said...

Tak tahu... knp tak boleh ke. Sebenarnya tak pernah pakai mineral water selama nie. Pakai drinking water je.