Wednesday, February 9, 2011

BERINGAT SEBELUM KENA

Aku pernah ke luar negara tanpa mengisi borang permohonan, dah tu keadaan cuaca buruk... aku dan penumpang berada dalam situasi yang mencemaskan... so kali nie aku lebih beringat. Sekiranya hendak ke luar negara... mesti lah melalui prosedur yang betul. Serik beb. Kita nie kakitangan awam. Terikat dengan peraturan.

So hari nie, segala urusan ke luar negara dah selesai. Hanya tunggu kelulusan je. Borang permohonan keluar negara dah diisi berserta borang cuti rehat. Ini kali pertama aku mohon cuti rehat yang diperuntukkan untuk guru sebanyak 7 hari setahun tu.. untuk bercuti ke luar negara. Aku mohon sehari je. Pernah selama 4 tahun berturut-turut aku tak pernah mc dan mohon cuti... dia orang tak percaya lah pulak... sebab return balik... suruh kerani semak.

Sebenarnya dah ada borang kat pejabat... tapi nak memudahkan keja aku... pada masa akan datang. So aku taip semula... mungkin juga kekawan yang lain boleh guna kan...


Percutian perlu untuk merehatkan minda...
Sesekali teringin jugak bercuti time hari bekerja...

Monday, February 7, 2011

TIBA MASANYA, SESAAT TAK KAN TERLEWAT

Hari nie aku mendapat berita seorang rakan skot 22, (AWIE AIRFRAME) telah kembali ke rahmatullah kerana menderita sakit barah hati. Sebelum ini aku telah dimaklumkan bahawa arwah mendapat rawatan di HUKM.


Pada 16 Januari yang lepas aku kehilangan seorang rakan semasa bekerja part time di Pizza Hut Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh. Arwah Natrah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan di Ampang dan mendapat rawatan di unit ICU Hospital Selayang.

Al-fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

PERKONGSIAN PENGALAMAN

Terima kasih kepada Nor Ailin kerana singgah sejenak nun jauh di damak untuk mencari info percutian ke Labuan. Rasanya tak perlu pakai pakej jika bercadang untuk ke sana. Apa yang perlu Ailin lakukan
  • Cari sedikit info yang berkaitan dengan tempat yang ingin dilawati dan senaraikan.
  • Cari tempat penginapan yang strategik untuk memudahkan pergerakkan dan untuk keselamatan.
  • Lebih baik cari kereta sewa untuk memudahkan pergerakkan di sana.
Di sana jangan risau, tak akan sesat sebab pulau. Sehari je... dah boleh pusing satu pulau tu... Percutian tersebut lebih menjimatkan, jika ke sana berempat. Jimatnya dari segi kos sewa kereta lah. Kat sana pukul 10 malam dah sunyi sepi. Kepada Ailin selamat bercuti ke Pulau Labuan.

Saturday, February 5, 2011

AKU NAK JADI PEMENANG


Jom kekawan kita join contest nie... mana tau dapat salah satu hadiah tu... bertambah koleksi tupperware he he he he... Hadiahnya menarik gak nie. Sesiapa yang berminat .... sudi lah ke blog
Me-Inside Out
untuk mengetahui syarat terperinci....

.:. 7 hadiah utama .:.

Set 1
Tupperware Valentine Special Tumbler
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 2
Tupperware Eco Bottle
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 3
Tupperware Fruity Smoothie Collection
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 4
Tupperware Fruity Smoothie Collection
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 5
Tupperware Mug with Cover
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Set 6
Beauti Control from Tupperware Moisturizing Body Wash
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja


Set 7
Bathing gloves
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

7 Hadiah saguhati
Koleksi gelang tangan atau rantai dari penaja

Kali pertama nie sertai contest di kalangan blogger... harap today very lucky lo...

AKU BELUM BERKEMAMPUAN

Tahun nie, di awal persekolahan.... aku memang bersemangat. Almaklumlah tahun nie dapat mengajar Matematik Tahun 6. Dalam kepala nie... macam-macam nak buat. Pemilihan bahan untuk kelas pagi le... kelas malam lah.. dan aktiviti di dalam kelas...

Siap pilih lagi ari apa nak ajar kelas malam... so aku pilih lah Jumaat malam. Sebab aku nie memang jarang balik kampung pun. Tapi last sekali aku dapat tahu kena mengajar Bahasa Melayu lah pulak untuk kelas malam... terus menjunam semangat aku. Paling aku tak suka, ajar kelas orang... ya lah aku nie bukan sehebat mana pun... takut nanti tak sama pulak dengan guru kelas tu ajar.

Sampai hari nie masih lagi dok fikir nak terima atau pun tak... mengajar kelas malam tu... Nak buat bahan sendiri aku memang belum berkemampuan lagi. Masih lagi dalam belajar, mencari cara yang terbaik untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah SK.

Cuti sempena Tahun Baru Cina sempat lah juga menaip semula soalan karangan upsr tahun-tahun lepas dan peperiksaan percubaan negeri-negeri tahun lepas. Ingat kalau mood dah kembali stabil nanti... aku nak ajar penulisan bahagian B je. Kelas malam 1 jam 30 minit. So, 3o minit boleh gunakan untuk bincang isi dan 1 jam lagi murid mengarang. Isi untuk semua tajuk tu, belum berkesempatan lagi nak buat. Dalam perancangan memang nak buat. So next time mengajar kelas peperiksaan senang banyak le.


Setiap orang punya cara tersendiri...
Tapi objektif yang ingin dicapai tetap sama...

GATHERING AT PIZZA HUT JERANTUT

Hari nie aku bergegas ke Pizza Hut Jerantut... member dah tunggu sejak pukul 2 lagi. Masalahnya aku tak boleh speed sebab jalan Damak - Jerantut... teruknya.......... berlubang sana sini... kesian keta aku... asyik terjun lubang je. Kalau jalan ok... 20 minit je aku buat... ini lebih setengah jam tu.... mungkin sebab musim hujan dan ditambah dengan kenderaan berat.

Kesian pulak kat Baha, Hairul dan Nazirah kena menunggu lama. Janji pukul 2... atas sebab tertentu.... aku terlewat sikit. Kami kekawan SMJ 96 terutamanya kelas Wira nak jadikan acara tahunan setiap kali Cuti Tahun Baru Cina. Alhamdulillah, ini merupakan kali kedua perjumpaan seumpamanya diadakan. Azwan hadir dengan keluarganya... tahun lepas datang bertiga... tahun nie dah berempat.... tahniah Azwan... Napisah, Fauziana dan Asma tidak dapat hadir... kerana masing-masing ada urusan keluarga.

Dengar macam best je... buat makan-makan kat Pizza Hut... hakikat sebenarnya hanya kami yang melalui je yang tahu.. Oder pizza 40 minit baru sampai... ok lah aku faham baru buka.. staff baru... tak cekap lagi... tambah pula orang ramai... memang bahagian atas penuh.... walaupun sepatutnya kena sampai kepada customer dalam masa 15 minit je... service memang out... dah le kawan aku kena ambil plate sendiri... aku faham mungkin tak cukup staff. Kami sabar lagi... walaupun nanti kena bayar service tax.

Isteri kawan aku, memang begang betul dia... oder yang lain,,, sampai yang lain... buat dah le tak sama dengan yang dalam menu... dia panggil manager... nasib baik dia tukar. Aku biasa lah beri jawapan mudah... kat kampung kot... mana nak sama kat KL...

Kami lepak sambil berbual dari pukul 2.00 petang sampai pukul 5.00 petang.. daripada bahagian atas tu penuh dengan customer.... sampai lah tinggal meja kami je... masa tu semua meja penuh dengan plate yang tak berkemas... mungkin staff yang masuk pagi dah balik.

Sekali datang sorang manager nie nak clear table... sambil tu dia menelefon staffnya yang tak masuk kerja... dengan nada yang marah-marah... kami yang tengah sembang terus senyap... sebab ganguan dramanya... kalau setakat suara je marah-marah boleh terima lagi... nie siap hempas-hempas lagi sudu garfu... kawan aku dah bengang... aku risau je... kot dia pe sound manager tu...

Sepatutnya sorang manager perlu bersikap profesional... customer ada... tak boleh lah nak marah-marah dan buat kerja hempas-hempas... tu dah kira menganggu... kalau ko tak boleh tahan dengan tekanan... jangan kerja pizza.... aku kerja pizza 4 tahun... macam-macam jenis manager aku jumpa... tapi tak ada pun yang berperangai macam nie... nak ikutkan di KL lagi sibuk... terutamanya time-time tertentu... setakat macam tadi tu... biasa je. Belum boleh di kategorikan sebagai busy......

Aku selalu dengar kekawan dok complaint service out... aku malas nak ambil kisah.... Sekali time aku pe... terkena kat aku sendiri... memang ya lah tu.... lain kali nak datang lagi ke??? kena fikir dulu lah... Kawan aku sorang nie.... siap isi complaint form tu... bengang punya pasal.

Hari nie... Hairul dan Baha belanja.... terima kasih. Lain kali, kena turn aku lah pulak nie... buat kat KL lah pulak kot.

Makan berbayar, service berbayar...
Bila dah keluar duit tu... biarlah berbaloi....

SELAMAT PENGANTIN BARU SURIYANI MAT YASIN

Kuning di raja... untuk raja sehari

Hari nie aku masih diberi kesempatan... dan kesihatan yang baik untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan baik ku di Kg. Anak Gajah. Seronoknya tengok kawan ceria di hari yang bersejarah dalam hidupnya.

Selamat pengantin baru Surie dan Safar semoga perkahwinan kalian akan berkekalan hingga ke akhir hayat.