Wednesday, February 29, 2012

HADIAH SPECIAL UNTUK MY DAD

Hari nie, adik aku nak buat kejutan untuk my dad... belikan motor baru. Dah lama sangat ayah aku pakai motor kriss... kalau tak silap aku beli motor tu tahun 2004... kenangan buat keluar duit KWSP... he he he tu je lah benda yang nampak... itu pun buat bayar muka je.

Lagi satu motor nie tak ada starter... so kalau time gout menyerang... dah tak boleh nak start motor... ayah aku nie... kalau sehari tak dapat ge kedai... mula lah bising.

Hari nie 29 Feb 2012, ayah aku dapat motor baru... sebenarnya dah lama kami nak belikan motor baru untuk ayah aku nie... aku baru bercadang nak beli naik gaji... tengok adik aku dah belikan dulu. Tak kisah lah siapa yang belikan... janji dapat memberi kemudahan untuk ayah aku ke masjid dan ke kedai kopi.

Motor yang nie... memang ada starter. Baru senang sikit... so tak payah nak start pakai kaki lagi. Lagi satu, ayah aku tak payah beli motor lain untuk anak bongsunya tu... adik aku yang bongsu dah pandai tunggang motor... tapi masalahnya tak pandai start. Aku ingat lepas nie... asyik hilang je lah motor ayah aku nie.

Jika niat ingin memberi...
Jangan mengharap untuk dipuji...

Wednesday, February 22, 2012

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI PERLIS

Keindahan waktu senja pasti akan memukau mata memandang... tambah lagi bagi mereka yang cintakan keindahan.

Tangan siapa nie....????

Lewat senja matahari akan mula terbenam... dan lama kelamaan suasana akan gelap.

Air laut yang tenang... bisa membuatkan pengunjung damai.

Not my car... nanti ada pulak orang yang salah sangka... dan tafsir..
Putih itu bersih...

Saturday, February 18, 2012

WAJAH-WAJAH DI TAHUN 2012

Rasanya ini merupakan gambar aku yang terbaharu di tahun 2012... tahun nie aku belum berkesempatan untuk merakamkan gambar... ini pun ehsan daripada PK aku yang snap... beliau upload kat fb... so aku download dan upload kat blog pulak.

Tahun nie, semua kekawan tegur aku... sebab depa kata aku happy je... secara jujurnya aku memang happy sangat tahun nie... tahun lepas bermula penghujung bulan Jun sehingga lah tamat sesi persekolahan... aku hanya hadirkan diri ke sekolah... tetapi jiwa aku... hati aku... hanya tuhan je yang tahu.

Tapi tahun nie... aku happy datang sekolah... happy bekerja... sebab boss baru ke???? tak jugak. Boss baru ke... boss lama ke... sama je bagi aku... tak ada bezanya. Mungkin dari dalaman aku sendiri... sekarang nie tak ada masalah... berkat kesabaran.

Kalau ada pun cerita-cerita mengenai aku... aku biarkan ianya berlalu ditiup angin dan membawanya jauh dari pengetahuan aku... aku tidak mahu cerita berkenaan menghantui hidup aku.

Orang yang mempunyai perasaan iri hati akan buat apa saja untuk kepuasan diri sendiri.
Sampai sanggup membuka aib sendiri...
mengadakan cerita yang tiada...
cuba mencari pengaruh untuk orang mempercayai ceritanya...

Kadang-kala aku terfikir kenapa dia sanggup lakukan semua itu... untuk apa???
Cemburu??? Jelous???

Satu kita kena ingat... buat baik, akan dibalas baik... itu jelas. Setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dan mendapat balasan yang setimpal. Kalau tidak berlaku hari ini... mungkin esok... kalau tak berlaku kepada kita... mungkin kepada anak-anak kita. Doa orang teraniaya dimakbulkan Allah S.W.T.
Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya sekalipun dia kafir, kerana sesungguhnya doa orang yang teraniaya tidak dihalangi."

Riwayat Ahmad, Abu Ya'laa dan Dliya dari Anas
Dari Abdullah bin Abbas ra. memberitakan Rasulullah saw. pernah bersabda:

"Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan ALLAH"- Hadis Riwayat Al-Bukhari -

Pengajaran Hadis:
  • Islam menyuruh penganutnya supaya berbuat baik kepada semua manusia, terutama orang-orang Islam yang menjadi saudaranya dalam agama.
  • Seseorang Islam tidaklah wajar menganiaya atau menzalimi seseorang dengan merampas haknya, menyakitinya, menggangguinya atau menjatuhkan maruahnya.
  • Padahlah orang yang zalim; sebab doa mangsa kezaliman terhadapnya adalah segera diperkenankan ALLAH dan tiada penghalang di antaranya.
Aku tahu apa yang dia lakukan... kalau aku nie jahat... aku print semua sms keluar yang dia hantar kepada 3 orang nie dah cukup... tapi aku tak nak menjatuhkan maruah dia...

dia kawan aku...
dia rakan sekerja aku...
dan dia masih aku hormati sebagai kakak...

Apa yang mampu aku lakukan... cuma berdoa agar dia cepat sedar akan kesilapan yang dilakukan. Sebelum terlambat. Di dunia nie, kita diuji dengan pelbagai ujian.

Kalau kita nak sesuatu...
Bijak bertindak betulkan nawaitu...

GURU TIDAK AKAN NAIK PANGKAT SECARA AUTOMATIK

Hari semalam 18 Feb 2012, aku tertarik dengan tajuk muka depan Berita Harian...
15 000 GURU NAIK GRED
Nampak tajuk... terus terdetik hati kecil aku nie untuk mengetahui apa isi kandungannya. Kalau aku tak tergolong dalam 15 000 tu... tak adalah teruja sangat... sebab aku tergolong dalam yang 15 000 tu... so kena ambil tahu.

Guru lepasan ijazah nikmati manfaat semakan semula SBPA

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam memberi jaminan 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.

Apa yang penting jaminan kenaikan gred... pertama nak bayar balik pinjaman... harap-harap semua proses semakan SPBA nie selesai... sekaligus dapat selesaikan isu kenaikan gred pulak.

“Daripada rekod Kementerian Pelajaran, kita dapati 7,396 pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) sudah diperakui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dilantik sebagai pegawai perkhidmatan siswazah.

“Bagaimanapun, pelantikan mereka tidak dapat dilakukan tahun lalu berikutan pembekuan itu... sebab itulah timbul isu berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Aku salah seorang yang telah melepasi sesi temuduga tahun lepas dan sudah pun diperakui oleh SPP untuk dilantik sebagai pegawai perkhidmatan siswazah. Bagi aku, proses yang sepatutnya perlu dilalui aku telah melepasi... selebihnya biarlah mereka membuat kerja mereka. Kalau dah rezeki tak ke mana.

BALIK PULAU: Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Aku sebenarnya ada juga terdengar... desas-desus mengatakan mereka yang belum melalui proses temuduga akan terus dilantik... tapi hari semalam semuanya terjawab dengan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik... dan harus melaui pelbagai proses termasuk temu duga.

Aku telah tamat pengajian di OUM pada bulan April 2010 dan telah konvo pada penghujung tahun berkenaan... Pada bulan Mei 2011 aku telah menghadiri sesi temu duga di Putrajaya dan pada bulan Julai 2011 telah diperakui oleh SPP untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Siswah. Kira setahun lebih jugak lah menunggu. Berbaloi penantian tu nanti...perbezaan gaji Diploma dengan Ijazah amat ketara.

Kalau kita hendak maju...
Perlu ada arah hendak dituju...

Tuesday, February 14, 2012

AGAK BERSARANG BLOG DEN

Sejak dua menjak nie... tak ada mood untuk berblog. Bukan tak punya masa... masa banyak je... lepas sekolah memang free je sampai ke malam. Tapi entah lah... aku pun tak tahu kenapa... yang pasti setiap hari aku tetap akan jengah blog aku... tapi tidak menulis catatan baru.

Cuma beberapa minggu kebelakangan nie... aku rasa happy sangat... pertama my best friend dah bertunang... tapi selagi dia belum kawin boleh je keluar minum sama-sama.... kuar makan sama-sama. Kami selalu bukan keluar berdua ye... bertiga. Kedua, my best friend yang sorang lagi dah mengandung... tahniah untuk my friends.

Friday, January 27, 2012

ISU SPBA - TUNTUTAN CUEPACS

Hari nie terpandang lah pulak BH online di fb... tertarik jugak untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Isu SPBA... dah kome terlibat... kena lah ambil tahu... jangan langsung tak tahu.

Hari ini, CUEPACS membuat 5 tuntutan:
  • Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
  • Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
  • Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
  • Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
  • Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam
Tuntutan yang cuba dibuat oleh CUEPACS agar semua kaki tangan awam mendapat pembelaan yang sewajarnya... tidak hanya memberi kebaikan kepada sebahagian penjawat awam ataupun untuk gred tertentu sahaja.

Pagi tadi member aku ada link kan di fb... Siaran Media Pembayaran Gaji Januari yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
___________________________________________________
PEMBAYARAN GAJI JANUARI 2012 DI BAWAH SARAAN BARU
PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

1. Berikutan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Januari 2012 supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) disemak semula, Kerajaan telah memutuskan pembayaran gaji di bawah SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula ini dimuktamadkan.

2. Bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA, pembayaran baki perbezaan gaji bagi bulan Januari 2012 di bawah SBPA tidak dapat dilaksanakan pada 31 Januari 2012 sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan media pada 9 Januari 2012. Pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA mulai Februari 2012 juga tidak dapat dilaksanakan dan akan dibayar mengikut gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). Keputusan ini juga berdasarkan permintaan CUEPACS.

3. Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan, dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012.

Kementerian Kewangan Malaysia
27 Januari 2012

Diharap tempoh masa yang diminta untuk membuat semakan ini dapat memberi kebaikan secara menyeluruh kepada semua penjawat awam.

Bulan Januari tak masuk... bulan Februari tak masuk... bulan Mac masuk... tak ke banyak nanti... nak kumpul sendiri tak terkumpul jugak. Duit nie berhantu... ada banyak habis banyak... ada sikit pun cukup.

Kepada member den yang tentera tu... tak pe, hang pa belanja lah dulu... time aku ada nanti tu.

Jika belanja hendaklah berpada-pada...
Jangan sampai habis terus tiada...

ENJIN KARBURATOR KE INJECTION

Bulan Oktober tahun lepas aku tukar dari Injection ke Karburator... kosnya menelan belanja RM1500 tak kurang tak lebih. Nak tahu cetanya kenapa aku tukar klik sini. Ingat bila dah berhabisan makin ok lah... rupanya timbul satu masalah lain lah pulak. Aku jadi pening kepala... mana taknya setiap pagi nak kena rem... 7-10 minit baru panas enjin. Kalau tak panas enjin... mula lah semput semacam. Tak larat aku.

Dah la tu... kereta aku makin tak pickup... mendaki bukit Karak... Kancil 660 yang isi penuh orang... boleh potong keta aku yang naik sorang... hangin seluruh badan aku dibuatnya. Hampir 3 bulan jugak lah aku pakai kereta yang bermasalah nie... masalah mati time drive tu memang lah tak ada... tapi masalah lain pulak yang timbul.

Gambar Enjin Karburator. Enjin tak cukup sifat...

Ko orang pernah pergi melawat orang sakit tak??? bila kita datang melawat... soalan pertama kita akan tanya.
"Tak pergi berubat ke???"
Orang yang sakit akan jawab...
"Dah merata tempat saya pergi berubat... tapi tak sembuh... sembuh. Belum jumpa yang serasi kot"

Begitu lah dengan kereta aku nie... bila sakit je aku akan cari doktor untuk merawatnya... mungkin doktor yang aku jumpa tu kurang berpengalaman dalam menyelami masalah yang dihadapi oleh si jantung hati aku nie. Cadangan yang diberikan... tukar je ke Karburator.

Cuba hang pa bayangkan... orang kencing manis... doktor suggestkan potong kaki... lepas tu dia dapat tahu ada orang yang lebih teruk daripada dia... dapat sembuh sebab makan ubat tu dan ubat nie... Mesti dia sedih kan...

Macam tu jugak dengan perihal kereta aku nie... aku sedih sangat... sebab bukan makin elok... tapi makin teruk.

Nak jadi cerita, suatu hari tu... kawan aku datang untuk bermalam di rumah aku... time aku jemput di Komuter... kereta aku ok... sebab enjin panas lagi... tak nampak sangat perangainya. Esok pagi, kami nak keluar sarapan dan terus nak gerak ke PD... time nie, member aku dah pelik... member aku nie bukan pandai sangat pun pasal kereta... tapi kalau start kereta nak kena rem ... apa kejadah tu.

Apa lagi, member nie sembang dengan laki dia perihal kereta aku... aku segan jugak... dah le aku tak pernah jumpa suaminya. Suami dia pun pelik... orang dari karburator tukar ke Injection... nie dah terbalik... orang upgrate... aku downgrate... apa-apa je lah... benda dah jadi.

Suatu hari tu, laki kawan aku nie ambil half day... semata-mata nak teman aku ge hantar kereta ke satu bengkel BMC Revolution Enterprise yang terletak di Subang Permai... dia kenal dengan owner bengkel nie... tu yang dia suggest kat situ... laki satu senang dia nak ge tengok... kalau dah masuk bengkel nanti.

Kalau ikutkan bengkel nie specialist BMW... sekali tengok memang segan lah kita nak hantar kereta Wira... yang ada kat dalam tu BMW je pun.

Taukenya, Abg Brehim... peramah orangnya... so dia tengok lah kereta aku... apa yang boleh dia tolong. Dia senyum tak habis-habis...
"Kak, keta nie... kalau saya repair pun tak selesai jugak masalah... kak kena rem jugak pepagi"

Laki kawan aku lagi best...
"Keta Dah nie... macam tak cukup sifat... banyak alat yang tak lengkap... keta nie hanya sekadar hidup boleh berjalan je... pick up memang tak ada..."

Pembakaran apa lah... aku pun dah malas nak ambil pot... macam dah putus asa...

"Kak, barang lama ada lagi tak??? kalau ada buat mari kita cuba pasang balik... mana yang tak cukup kita beli... dah tu kita tengok apa masalah sebenarnya"

Nasib baik lah aku suruh pomen tu simpan barang tu... so bulan Disember ari tu... masuk bengkel lagi sekali kereta aku... kali nie nak pasang semula Injection. Seminggu jugak lah ambil masa nak pasang balik.

Bila dah pasang lengkap... barang yang tak ada diganti... boss pun pandu uji... bila lampu paip kuning naik... baru boleh check guna komputer apa masalahnya...

Hang pa nak tahu... kanser kepada kereta aku nie 2 perkara je pun... kalau awal aku jumpa doktor pakar rasanya belanja dapat dikurangkan...
  • Crank Sensor - RM 115.00
  • Exzos Sensor - RM 150.00
Ikutkan 2 barang tu je kena tukar... tapi bila dah barai semua kosnya dah meningkat... tu pun nasib baik ada jugak orang nak pasang. Banyak barang lain kena ganti. Kos upah pasang je dah menelan belanja RM350.00... total segala bagai RM 971.00.

Untuk Injection ke Karburator dan Karburator ke Injection je... dah menelan belanja hampir RM2500.00.... banyak kan... tambah lagi sikit je dah boleh bayar muka kereta baru.

Apa pun, terima kasih lah kepada kawan aku dan suaminya yang sudi menolong aku... aku segan jugak sebenarnya minta tolong suami orang nie... kan gosip pulak. Tapi kawan aku nie yang beriya-iya nak tolong... masa nak ambil kereta pun siap tanya... ada duit tak sebanyak tu... Nasib baik lah PM bagi bonus... aku labur lah kat buah hati kesayangan nie.

Hari nie kereta aku seperti sedia kala... bertambah sayang lah aku kepadanya.

Sebenarnya pakai kereta injection nie bagus... senang nak kenal pasti masalah yang timbul... dengan syarat kena hantar kedai yang ada alat check komputer... dari situ kita dah boleh tahu barang apa yang menjadi masalah... barang apa yang perlu ditukar.

Moral of the story... kalau kereta bermasalah... cari lah bengkel yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan kepakaran yang berkaitan... sebarang kerugian bukan pihak bengkel pun nak tanggung... kita sendiri jugak yang kena tanggung.

Lagi satu, kalau tak tahu pasal kereta... tanya lah orang yang lebih tahu. He he he... jadi lah pemandu kereta yang tahu serba sedikit pasal kereta. Supaya tidak mudah tertipu dengan pemilik bengkel yang cuba nak ambil kesempatan.