Sunday, June 27, 2010

MASIH RELEVANKAH HUKUMAN ROTAN

Hari ini guru dah tak berani nak pegang rotan.... kenapa boleh jadi sedemikian... sedangkan dulu... pantang salah sikit, cikgu akan rotan. Kalau dulu biasa kita tengok cikgu ke hulu ke hilir bersama dengan rotannya. Mengapa senario sekarang berbeza:

1) Mungkin zaman dah berubah, negara dah maju...sudah tidak sesuai menggunakan kaedah rotan untuk mendidik.
2) Mungkin cikgu takut utk menggunakan rotan kerana banyak kes yang disiarkan di akhbar, guru disaman oleh parents kerana merotan anaknya.
3) Mungkin cikgu malas untuk merotan sebab parents sendiri pun jarang menggunakan rotan untuk mendidik anaknya. Siapa kita nak rotan anak orang kan...

Sepanjang aku mengajar.... aku belum pernah merotan murid menggunakan rotan... cuma sebelum cuti ari tu...aku ada beli 3 rotan... banyak tu.. senang, kan hilang 1 ada lagi 2...

Hari pertama aku bawa rotan...biasalah murid kelas hujung nie.. ayat yang dia gunakan kadang2 membuatkan kita ketawa sendiri...
"Tengok cikgu faridah ari nie bersemangat nak mengajar sebab ada rotan baru....nak rotan kita lah tu, pantang silap lah tu... mesti kena"
Aku layan je gelagat anak murid aku nie... kelas hujung nie terlalu istemewa bagi aku. Gelagat mereka membuat aku happy..

Sebelum peperiksaan aku dah buat perjanjian dgn anak murid aku... kelas Mawar markah lulus 60% dan kelas Melor markah lulus Matematik 50%... bawah markah nie kena rotan. Mereka bersetuju. Dengan syarat mereka mesti minta kebenaran drpd ibu bapa dulu... yang benarkan je aku rotan... dalam ramai2 tu hanya seorang je ayah dia tak benarkan....

Aku pun takut gak nak rotan...silap2 ari bulan berduyong2 ibu bapa datang ke sekolah...elok nak mengajar anak orang...orang pulak yang mengajar kita...murid yang sorang nie bagun...
"cikgu, ayah saya tak benarkan cikgu rotan... sebab kaki saya baru lepas jahit" aku janji nak rotan kat kaki... so memang patut lah aku tak rotan... nasib baik dia bagi tahu awal... klu tak masalah lain pulak timbul.

Bila tiba hari aku nak rotan murid2 yang tak lulus nie... semua kuar kat depan... elok je beratur....tunggu giliran. Masing2 dah tahu.... sampai lah giliran murid sorang nie... dia boleh pe tahan betis...nasib baik aku ingat yang dia baru je lepas patah kaki....masa tu... membebel aku kat situ....nak jugak rotan...aku rotan lah jugak kat tangan...

Aku beritahu anak murid aku...ini rotan yang pertama dan terakhir... jangan beri peluang kpd cikgu utk rotan kamu lagi.... mcm mana tak bagi cikgu rotan... belajar rajin2 dan sentiasa tanamkan dalam diri, sikap suka berlumba2 dalam mencapai kejayaan.

Sekiranya kau tahu niatku...
Kau akan hargai pengorbananku...
Kau akan lebih mengerti pilihan yg aku buat....

4 ulasan:

ONE ZABA said...

kalau rotan dah tak relevan, maka kita tuka pakai tapak kaki pulak. tu je obat untuk bebudak yg tak makan diajar.

blueCITY® said...

salam

susah juga nak kata zaman ini
sebab ada cikgu yg rotan tanpa sebab ikhlas mendidik, mungkin hanya kes terpencil
tapi makin ramai mak pak yg tak boleh langsung anak3 mereka di rotan
mereka akan bela anak2 mereka walo anak2 mereka mmg bersalah

saya masih ingat
saya pernah dirotan disekolah
kerana tak siap keja sekolah
bercakap dalam kelas
datang lambat
tertinggal buku
fail dalam ujian
tapi saya tak kisah
malah takut nak beritahu mak ayah
kerana saya faham
mmg salah saya
dan saya percaya cikgu2 saya semua ikhlas mendidik...

dgn guru mengaji juga saya pernah dirotan tiba2
kerana bercakap2 depan alquran
semua saya terima dgn sedar salah sendiri...

terima kasih cikgu sekolah
guru mengaji al quran
saya jadi manusia kini
yg mampu bahagiakan mak ayah
alhamdulillah..

eeeda said...

One Zaba: tapak kaki belum guna lagi...dan tak kan guna...tapak tangan ye..

eeeda said...

blueCITY: Hari ini, kita buat sesuatu biar murid tahu sebab apa kita buat mcm nie...sebab apa kita buat mcm tu...

Apa yg dikatakan kepuasan bagi seorang guru... bila muridnya menjadi seorang yg berjaya...
Murid yang pandai sememangnya akan berjaya dalam peperiksaan...
Murid yang lemah, kita nak dia berjaya, walaupun bukan dalam pelajaran... mungkin boleh menjadi seorang yang berguna. dan yang lebih penting tidak hanyut dengan anasir yg tidak sihat.