Saturday, June 26, 2010

SETIAP PERTEMUAN PERLU DIHARGAI

Semalam (Jumaat) lepas je waktu sekolah... aku bergegas ke Putrajaya... seronok, tak sabar2 nak jumpa kawan. Bila kawan menyatakan kesudian untuk berjumpa...terharu rasanya. Pertama sebab dia sudi meluangkan masa untuk bersama dgn kita. Kedua sanggup memandu hampir 40 minit untuk sampai ke tempat yang dijanjikan. Perkara nie bukan semua org diberi kesempatan. Jadi pertemuan ini perlu dihargai...mungkin merupakan pertemuan kali terakhir.

Ikhlas aku cakap, sejak aku kenal dia... perasaan malu, segan dengan dia tetap ada. Aku pun tak tahu kenapa mesti ada perasaan tu. Klu kawan lelaki mungkin ya..ini kawan perempuan... pelik tapi benar....Tapi itu lah hakikat yang aku rasa. Aku selalu menilai itu..... menilai ini... sebelum mengenalinya... Kita tidak sedar sebenarnya orang pun sama menilai kita macam nie...macam tu. Tapi bila kita cuba berusaha untuk lebih mengenalinya barulah kita tahu ooooo.....dia tak seperti yang kita sangkakan.

Jika niat kita baik... setiap Detik yang berlalu cukup bermakna. Sedar tak sedar kami menghabiskan masa selama 4 jam di Alamanda, Putrajaya dengan makan2 sambil berbual, jalan2 cuci mata sambil bersembang....itu pun mahu lajak ke malam... tapi oleh kerana aku ada aktiviti kat sekolah so terpaksalah balik awal.

Terima kasih kawanku kerana sepanjang tempoh tu... kita tak lekang dengan gelak ketawa... ada je kata2 yang dikeluarkan membuatkan geli hati...terima kasih kerana ko membuatkan aku begitu hapy semalam. Kenapa aku hapy... biarlah menjadi rahsia. Aku seboleh2nya ingin melihat semua orang yang berada disisiku sentiasa bahagia. Bagi aku kebahagiaan orang yang kita sayang, merupakan kebahagianku jugak. Tapi bukan semua orang akan anggap niat kita tu baik....Itu hak dia, yang pasti Tuhan tahu niat aku.

Semalam ko kata aku adalah kaunselor ko.... ko kata, ko begitu selesa berkongsi suka duka bersama aku....aku bukan kaunselor, mungkin aku hanya boleh jadi seorang pendengar yang baik. Kepercayaan ko utk berkongsi kegembiraan dan kedukaan bersama aku... aku amat hargai. Aku minta maaf, semalam aku tak mampu memberi sebarang pandangan.... tapi permintaanmu akan aku cuba penuhi.....Aku dah berjanji pada diri aku... apa pun terjadi... ko kawan aku dunia akhirat.

Hari ini cuma hari nie..
Hari esok itu soal nanti...
Bergembiralah...
Berbahagialah...
Nikmatilah hidup ini...
Hari ini, tak akan kembali...
Dan nikmati, biar kelmarin tak kan kau sesali lagi.

2 ulasan:

CITY® said...

salam

yup
setiap pertemuan ada harga tersendiri
menghargai apa yg sedang ada
tahniah,
sekurang2nya ada masih punya kawan

eeeda said...

Hargai setiap detik kehidupan... agar kita tidak menyesal kemudian hari.