Pada hari Isnin 21 Jun, mak aku selamat berlepas ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Kalau ikutkan dia tak keseorangan... ramai ahli keluarga yang pergi sekali. Cuma yang lain semuanya pergi suami isteri. Mak aku je lah sorang... kebetulan ayah aku tak berapa sihat.
Hari Ahad petang, lepas mesyuarat aku bertolak balik kg. Sampai kat kg lebih kurang pukul 5.30 petang. Sempatlah rehat sekejap.... pukul 9.00 mlm bertolak balik ke KL... nasib baik le kg aku nie dekat dengan KL. Boleh balik ari je... klu tak jenuh jugak... Sampai KL dah hampir pukul 1.00 am. Mak cik aku nie suruh aku bawak 60 km/j... tak masuk akal... depa lena je aku tekan gak lah 100 km/j.... kalau tak pukul berapa nak sampai KL... Insya Allah 4 Julai nie balik lah..
Sempat lagi aku ambil gambar mak aku.... mak aku yang bertudung hitam tu....seronok dia nak pe umrah... aku bangun lambat pun risau takut terlepas kapal terbang... biasalah kan.. org tua nak ge mana2 mesti tak senang duduk.
Nie anak sepupu aku....cute kan. Geram je aku tengok... baru pegang kejap dah menangis... suara cikgu kuat...dia dah biasa org ckp perlahan2 je....
Rasulallah pernah berkata "Kemiskinan itu hampir-hampir membawa kekufuran". Orang muslim yang berjaya di dunia dan akhirat adalah orang yang lebih teguh ekonomi untuk kepentingan diri dan memberi sumbagan kepada masyarakat, bahkan ibadat rukun agama seperti zakat, haji, dan lain-lain kebajikan am tidak boleh ditunaikan tanpa mempunyai wang ringgit, cuma caranya hendaklah menepati syarat.
My Photo
Traffic
Optimis, jangan sesekali berputus asa dan jangan pula menyerah tanpa usaha. Berbaik sangkalah pada tuhan dan tunggulah segala kebaikan dan keindahan daripadaNya.
0 ulasan:
Post a Comment