Sunday, December 5, 2010

BESAR KE GAJI GURU

Malam nie tetiba je... nak buat n3 pasal gaji guru. Kenapa ya? sebab aku cikgu ke??? selalunya kita pilih kerja ada banyak faktor kan... PERTAMA MESTI PASAL GAJI, kalau tanya... semua tak nak mengaku... tapi tu lah faktor utama.... kedua baru sebab kelayakan... ketiga sebab minat, keempat agak-agak apa ya.... dan seterusnya....

Gaji kerjaya guru bukan lah lumayan jika dibandingkan dengan kerjaya profesional yang lain. Kalau nak kaya, nak hidup mewah jangan pilih profesion perguruan. Gaji cikgu ari nie... tak lah besar, tapi mudah berbelanja, cukup pakai, tempat tinggal yang selesa, mampu memiliki pengangkutan ke untuk ke sana ke sini, makan dan minum. Ok lah tu.

Tapi aku tahu, di luar sana ramai yang kurang senang dengan kelebihan yang dikecapi oleh mereka yang bergelar guru. Antara ayat biasa yang singgah di telinga aku tak kala bersembang dengan mereka yang bukan bergelar guru:
  • Cikgu gaji besar, kerja separuh hari je.
  • Cikgu banyak cuti.
  • Cikgu banyak elaun.
  • Cikgu keja senang.
  • Cikgu banyak peluang nak sambung belajar.
Aku terima je lah apa yang mereka cakap... itu yang mereka nampak. Tapi hakikatnya, hanya mereka yang bergelar guru sahaja yang mengetahui. Ada masa aku cuba memberi gambaran apa yang guru hadapi dalam realiti bergelar seorang pendidik di era yang serba mencabar.

Jangan membandingkan kerjaya guru di zaman persekolahan kita, 15 tahun yang lalu. Guru di era ini tak bisa lagi mengecapi apa yang mereka lihat di zaman persekolahannya.

Aku buat entry gaji nie, supaya dapat membakar semangat kekawan untuk terus mempertingkatkan diri. Mereka yang usaha lebih sudah pasti akan mendapat setimpal dengan apa yang diusaha.

Kerja di mana pun.. kita akan jumpa dengan mereka yang tidak senang dengan apa yang orang lain kecapi. Harap kita tak bersikap sedemikian kan...

Bagi guru yang masih muda banyak peluang yang perlu direbut. Perkhidmatan masih panjang. Jangan lepaskan peluang. Peluang perlu direbut, bukan tunggu datang bergolek. Kita perlu keluar daripada kelompok yang ramai untuk berjaya. Kata-kata perangsang tersebut pernah sampai ke telinga aku, semasa menemani member menerima tawaran menjadi PK Kokurikum di Jabatan.

Manakala guru yang senior pula, jangan cemburu dengan guru yang junior... jika gaji mereka lebih tinggi. Tiada jalan pintas untuk dapat gaji yang lebih tinggi. Jika kita malas, nak peningkan kepala untuk sambung belajar, kita kena lah terima hakikat. Jangan sesekali memberi tekanan kepada mereka yang junior dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Kata-kata tersebut, sebenarnya mencerminkan diri kita yang ketinggalan di belakang. Kata-kata untuk menyedapkan hati daripada tekanan sekeliling.

Aku nie antara yang bermula dengan gred gaji DGA29 terpaksa menunggu 10 tahun service untuk melayakkan diri merima gred gaji DGA32. Perlu sambung belajar selama 4 tahun untuk melayakkan diri mendapat gaji gred DG41. Perlu menunggu beberapa tahun lagi untuk menerima gaji gred DG44. Tu kalau malas... tunggu je lah.

Tapi bagi mereka yang pandai merebut peluang yang disediakan. Mereka akan lebih cepat menikmati kenaikkan gred gaji tersebut. Salah satu caranya dengan memohon kekosongan jawatan guru cemerlang.

Pegawai di Jabatan yang pernah aku jumpa semua menggalakkan agar memohon guru cemerlang. Kouta tersebut masih banyak. Tepuk dada tanya diri sendiri.... cemerlang ke kita. Kalau jawapan tak. Usaha lagi supaya lebih cemerlang. Kalau ya, apa lagi mohon le.

Aku sedar diri... belum layak untuk memohon. Kesimpulannya, kena usaha lagi. Kita pun ada stardard kualiti untuk mengukur tahap pencapaian diri sendiri. Orang lain mungkin tak tahu... hanya kita je yang tahu.

Klik sini untuk mendapatkan tangga gaji DGA29, DGA32 & DGA34 yang lebih jelas.

Klik sini untuk mendapatkan tangga gaji DG41, & DG44 yang lebih jelas.

Klik sini untuk mendapatkan tangga gaji DG48 & DG52 yang lebih jelas.

3 ulasan:

Sya Isya said...

memang tu lah yang kebanyakan orang selalu cakap pasal kerjaya cikgu ni. kawan2 Sya ramai cikgu, mereka kata memang bukan senang jadi cikgu. bagi Sya pun, semua kerja, ada cabarannya yang tersendiri.

p/s: Thanks ya, sudi jadi follower Sya.

eeeda said...

Sebab tu lah kita perlu mengkaji.. dan cuba melihat dari pelbagai aspek. Jangan melihat mereka yang buat kerja sambil lewa... memang senang keja cikgu.. cuba melihat kerja cikgu yang bertanggungjawab.

kabar75 said...

Ramai melihat guru mempunyai cuti yang banyak dan kerja separuh hari. Itu yang dilihat oleh mereka yang bukan guru. Tetapi apa yang mereka tak lihat ialah kerja yang dibuat seperti menanda buku, membuat ringkasan mengajar...senang cerita kerja guru adalah 24 jam. Dengar rumus Pusat Sakit Jiwa dan Mental ramai dari kalangan guru.