Sebelum tu aku sempat lagi singgah di Taman Buaya..... bukan nak masuk pun... tapi ingin membeli buah tangan di gerai yang terdapat di situ.... untuk jiran aku. Semalam pukul 11.oo p.m dia call aku... sebab kereta ada... lampu tak berpasang. Dia risau takut aku pengsan. Sebab pernah terjadi.... tu dia risau. Aku pulak ingat sampai di Melaka nanti baru nak beritahu... dah sampai sana seronok ke sini sana dah lupa. Beruntung aku dapat jiran yang prihatin.
Time bergambar boleh le... nak menari minta ampun lah.
Tepat jam 12.30 p.m aku masuk high way. Perjalanan lancar. Oleh kerana masih ada masa... aku singgah di Nilai 3 sekejap untuk servey harga meja makan jati. Pukul 2.30 p.m kami meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh. Aku perlu sampai sebelum ofis tutup.
Lega semua perjalanan berjalan dengan lancar. Kami singgah makan di Ani's Sup Utara di Saujana Utama. Lepas Solat Magrib aku tido. Terjaga pukul 12.00 a.m... aku dah tak mengantuk. So aku buat lah catatan sepanjang di Melaka.
Kenangan perlu dirakam untuk diingati...
Bukan sekadar semasa hidup, tapi setelah aku tiada nanti...
Bagi mereka yang merindui diri ini...
Tak perlu tangisi jika dijemput illahi...
Memori tercatat bakal mengubati...
Kerinduan yang bersarang dilubuk hati...

2 ulasan:
mmg seronok kalau dpt pegi bercuti...su tggu hubby cuti pjg dulu baru dpt jejln! huhu..
Bercuti kat sesuatu tmpt tu lama... baru best. Tak berkejar2 masa... tak pe cuti panjang lagi su.
Post a Comment