Thursday, March 17, 2011

KELULUSAN TAPISAN KESELAMATAN

Sebelum cuti ari tu, saja aku nak minta kerani semak tarikh pengisytiharan harta... oleh kerana kerani semua sibuk... dia orang minta aku cari sendiri dalam fail peribadi.

Buka je fail, aku terpandang surat kelulusan tapisan keselamatan... tarikhnya hanya beberapa hari lepas diterima..

Lega sangat... sebab tak perlu memohon untuk mendapat kelulusan tersebut...

Kesian pulak aku tengok adik-adik kat sekolah yang belum dapat surat kelulusan tapisan keselamtan... impaknya kelulusan pengesahan jawatan juga akan tertangguh.

Bukan apa, adik-adik KPLI nie bukan muda-muda macam kami keluar maktab dulu... mereka nie kalau boleh nak cepat disahkan jawatan supaya mereka layak menikmati keistimewaan sebagai kakitangan awam.

Perlu ke prosedur...
Jika hanya menyusahkan banyak pihak...

2 ulasan:

sweet like what said...

salam..hye akak..td google psl tapisan keselamatan terjumpe blog akak..hehe..td sy baru call bhagian tapisan keselamatan tu, dorg ckp utk pengesahan jawatan tak perlu lagi sijil tapisan keselamatan..cube akak cari PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2011..baru minggu lepas keluar.. ;)

eeeda said...

Terima kasih atas maklumat yang diberikan...