Thursday, March 31, 2011

PERMOHONAN CUTI REHAT KHAS

Hari nie, dah hari Khamis kan... sekejap je. Hari nie juga, hari terakhir bulan Mac. Esok dah masuk bulan baru... selamat tinggal Mac. Semalam aku dah isi borang CRK untuk 9 April nie... yang 8 April dah pun diluluskan oleh my boss. Oleh kerana tak sempat nak hantar semalam... so hari nie, pepagi lagi aku dah naik ke pejabat. Bersemangat tu..

Rupanya ada cara jugak nak kira CRK nie... bukan sesuka hati je nak mohon. Kita ada CRK setahun 7 hari. So tujuh hari tu dibahagikan dengan 12 bulan.

7 hari bahagi 12 bulan = 0.58

Sekarang baru 3 bulan x 0.58 = 1.75 ( baru layak sehari je CRK)

Kalau macam nie gayanya, bergantung kepada budi bicara guru besar lah... ingat senang ke cikgu nak mohon cuti. Kalau MC pulak, hanya dihadkan 12 hari je untuk klinik swasta.

Banyak betul cabaran kali nie... harap percutian aku ke Jogja memberi seribu satu kenangan... bermacam-macam halangan... daripada nak mohon kelulusan ke luar negara.... tersangkut, kerana tak sertakan tiket penerbangan... time tu pulak member berada di luar negara... tiket semua dia yang booking. Lepas tu permohonan cuti, dah diluluskan sehari.... kena mohon lagi sehari.

Tadi sempat lagi, aku bersembang dengan kerani... mengenai CRK nie... sebab aku nak ambil lagi 2 hari.. bulan Mei dan Oktober.... sempat lagi kakak-kakak kerani nie berseloroh.

" farid jangan habiskan CRK tu... nanti nak kahwin dah tak ada cuti"
dalam pada tu sempat jugak aku melawak...

"ha ah lah akak.... kena simpan untuk kahwin nie"

Dalam hati, nak kawin apa... calon pun tak ada... kalau ada tu, boleh jugak dok berangan. Tapi kalau kawin pun lepas nie... buat yang wajib sudah...

Cuti CRK bukan hak peribadi...
Kami selalu diingatkan hal ini...

Tapi masih boleh diberi...
Bergantung atas budi bicara boss kami...

6 ulasan:

*** aku mama *** said...

wah....seronoknya nak bercuti....semoga mendapat jodoh di sana

eeeda said...

Doakan akak... percutian saya kali nie percutian rohani yang penuh bermakna.. jika dipertemukan jodoh.. itu reziki.

su said...

sronoknya eeeda gi bercuti lg...giliran su ntah bila la..huhu...

eeeda said...

Ada tu, belum masanya. Sekali pe bercuti terus tempat jauh... siapa tahu.

Unknown said...

Bgsnyer gb leh bg crk utk brjalan..kalau gb sy haram..xdenyer die bg..nk dpt crk utk hal len pon pon ssh..

Unknown said...

Alhamdulillah... dah 4 org boss sepanjang kerja... semuanya ok.. bab mohon crk nie... tak jadi masalah...