Thursday, September 17, 2009

GENG SEKEPALA

Nie bilik kerja kami... kiri, eeeda (pen. Penyelaras ICT), cik siti (fasilitator school net), sulia (penyelaras ICT)

Kepada su, akak nak ucapkan selamat berhari raya... tak kisah lah di mana pun kita beraya, yang penting dapat bersama keluarga tersayang.... jangan jelous lah kami dah nak balik kg... Beraya kat KL ke kat kg pun sama je.... raya jugak kan....

Kepada cik siti, projek kita berjalan lancar.... tak sangka last day ada pulak orang nak join... hu hu tak pernah aku buat keja mcm tu.... Selamat hari raya, maaf dipinta sekiranya ada silap dan salah.... akak nie biasa lah mulut laser sikit.... cakap depan2 je.... bak kata kawan akak, yg penting kita cakap biar ikhlas... tak kisah lah kawan nak terasa ke???nak apa ke??? raya kan boleh minta maaf....Selamat memandu ke Melaka....

UCAPAN HARI RAYA

Selamat Hari Raya Diucapkan, Semoga Perjalanan Anda Selamat Sampai Ke Destinasi Yang Dituju.
"BERHATI-HATI DI JALANRAYA"

Ampun dan maaf andainya diri ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya korang terima
Termacam-macam yang kena-mengena. . ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana diri ini masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin...

Imbas kembali kata yg diucap, Ingat kembali janji yg dikata,
Imbau kembali masa yg berlalu, renung kembali hati yg terguris,
Izinkan ku memohon maaf...

utk lisan yg tak terjaga, janji kata yg terabai,
hati yg berprasangka & sikap yg pernah menyakiti.

SALAM AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR &
BATIN.
IKHLAS DARI NOR ASMA


Antara ucapan yang aku terima daripada keng kawan melalui email...beberapa hari yang lepas...terima kasih atas ingatan kalian semua.


KAD PENGGANTI DIRI

Rasanya sudah bertahun-tahun aku tak terima kad raya penganti diri. Untuk tahun nie dapat jugak lah...tapi kaedah penghantarannya agak berbeza daripada beberapa tahun yang lalu..
Apa pun aku akan simpan sebagai kenangan.....


Kad raya daripada laman nurani.

Kad raya daripada rakan blogger kinhashim yang jauh di mata. Terima kasih. Selamat berhari raya.

Sunday, September 6, 2009

MENGHABISKAN MASA DI ..........


Tiga hari cuti...diam tak diam, nie dah petang...esok dah mula keja mcm biasa.. Takutnya. Esok UPSR. Tu... belum jadi mak....klu jadi mak...anak nak exam....mak pulak yang tak senang duduk. Aku takut nie....first time ajar B.Melayu untuk UPSR.... apa lah nanti anak2 aku tu nak jawab... harap2 anak didik aku nie dapat jawab dengan tenang... berkat di bulan puasa...

Tiga hari cuti aku tak ke mana...duduk kat umah je... petang aku ge pasar ramadan je beli juadah... itu pun semalam tak ge... kepenatan yg amat bangat.... nasib baik ada wak...dia yang belikan juadah... Sepanjang puasa nie, kami tak masak lagi kat umah...kecuali nasi je masak sendiri... yang lain semua beli... termasuklah lauk untuk bersahur pun beli ... untung jugak duduk kg melayu nie...bab nak cari makan memang tak jadi masalah. Kedai makan 24 jam pun ada....

Tiga tempat jadi kegemaran aku kalau tak kuar ke mana2.... pertama dah tentulah kat depan laptop.... minggu nie turn aku pakai broadband.... 24 jam memang on je lah komputer aku nie.... nasib baik kongsi, kalau tak mahu meletup laptop nie.... berjasa sungguh laptop nie...patutnya dah hapus kira nie.... yang lain belum sempat hapus kira... dah al-selamat.

Kedua atas sofa depan tv.... layan ceta saluran zee 108... umah besar...tapi aku telah menggunakan ruang yang ada sepenuhnya... mana taknya... satu bilik tempat aku tido... satu lagi untuk aku simpan segala harta karun yang berkotak2 tu.... satu bilik aku simpan baju... satu bilik tu... aku guna bilik air je... ha ha... yang satu lagi ruang.... tempat aku melayari tenet....

Ketiga kat bilik....aku memang kaki tido... kat mana pun aku boleh tido...kalau tido kat katil lagi lah tak ingat dunia .... nasib baik lah kg aku dekat.... kalau tak mahu tertido berkali kat dalam keta....tu pun kadang2 aku tido jugak kat R&R... bagi aku dah biasa kalau tido dalam keta tu.... dulu masa rajin turun Johor... mmg selalu sangat tido kat R&R....

Puas hati jugak tak ke mana tiga hari nie...clearlah sikit sampah2 .... aku kemas mana yang patut... dah tak lama nak raya... Nanti tuan umah balik, sejuk sikit mata dia....

" Melayari tenet pun salah satu cara untuk berhibur. Berhibur dapat mengelakkan stress."

Saturday, September 5, 2009

PINDAH JANGAN TAK PINDAH

View tempat parking my school sksb

Dalam beberapa minggu yang lalu gb sibuk dok buat servey guru yang nak pindah... aku dengar ceta, ramai jugak yang mintak tukar.... termasuk lah K. mala org kuat sek aku nie...nie kali kedua mohon... kali nie kalau dapat... confirm punya dia tukar.... mana tak nya 7.00 pagi, 7.00 petang kat sek...ya lah tunggu suami dia balik keja... and than ambil anak sek petang.... tu ah..kalu sekolah jauh dari umah....hu hu giler... dah tu bawak balik umah lagi keja... masa bila lah dia rehat.....

Aku tak tukar kot.... sayang pulak nak pindah...tengok sekolah makin cantik. Parking tu baru tar... dapat peruntukkan besar2an untuk upgrade prasarana kat sek.... banyak lagi lah.... kantin pun dah bertukar wajah.... dengan ceta nak dapat bangunan baru.... aku rasa dah berapa kali ckp nak dapat...nak dapat..tok jugak.... Sekolah dah ceria nie.... membuatkan aku bersemangat datang ke sekolah...Jangan marah rashid... aku tak tukar....

Tu ah keja cikgu... bila kuar time isi borang tukar, semua nak tukar.... nak dekat dengan umah le... nak ubah angin le.... nak balik kampung le.... nak ikut suami le.... mcm2 alasan.... dah ada kemudahan guna... jangan tak guna... untung gak jadi cikgu nie.... keja sama je... dr posting sampai pencen... tapi boleh tukar sek... tak le tetap dan berpencen kat sek tu je....

Kawan aku kat sibu tu pun.... nak isi borang tukar jugak.... anak2 boring dok kat sana... nampak gaya den kena siap2 nie.... siap2 apa yang patut... tuan umah dah nak balik....


View sekolah dalam pembinaan di Taman Sri Pristana

Sekolah nie dalam pembinaan...dijangkakan akan mula operasi pada tahun hadapan.... SK Saujana dah tak mampu menampung jumlah murid yang begitu ramai.... Ha kalau pindah kat sini jalan kaki je dari umah aku.... Tapi tengok lah macam mana nanti.... sayang nak tinggal kawan2 kat sksb.... kalau tak pindah sek.. kena ulang alik mau kena kuar 6.30 am.... parah jugak kan...

"Sekolah ku , Rumah ku"

ANTARA KESEMPATAN DAN PELUANG....

View salah satu bangunan yg terdapat di UNITEN

Betul lah faktor persekitaran mempengaruhi seseorang….memang dah banyak kajian yang dijalankan sebelum ini….nie…pulak hasil kajian yang dijalankan bakal2….kaki kelentong…..ha..ha…tak nie…ceta benar….faktor persekitaran akan mempengaruhi seseorang dari segi…..Pemikiran, Pemakanan, Gaya penampilan, Berkomunikasi, Pergaulan….banyak lah lagi….


Ari nie aku nak cete satu je…dari segi pergaulan seharian kita…..mungkin skop pergaulan seseorang berbeza-beza mengikut kerjaya, tempat tinggal, kalau aku….yang selalu jumpa setiap hari…kawan2 cikgu je…le….tak merasa lah…nak berkawan dengan arkitek ke…doktor ke…jurutera ke…angkasawan…lagi lah….siapa lah kita….


Aku sedar diri ini …

Hanya insan biasa…

Punya harga diri…


Intro je panjang… sebenarnya aku nak ceta….aku tak pernah pun termimpi pun… nak naik keta Mercedes…ya lah nak naik keta sapa….tapi nak jadi kan ceta aku merasa le naik…duduk sebelah jadi le….tapi nyaris2 dah nak merasa drive sendiri…cuaca pulak ari tu tak mengizinkan….hujan lebat. Rupanya naik keta mewah nie….memang beza…dgn keta kapcai…..keta sapa tu???….biarlah rahsia…..Secara kebetulan aku tumpang…dia ada keja di KPM Putrajaya…aku ada keja di Sepang….


Baru-baru nie pulak…kawan aku nie…sibuk dok ajak….bawak anak2 pe makan….aku on je..kebetulan le, laki dia nak periksa….anak lima, so bagi peluang kat hubby study kat umah…yang sorang nie pulak…hubby dia ada dinner…Lepas solat Magrib…kami nak gerak…Naik keta wish kawan aku nie….tak tahu pulak dia tak boleh drive malam….so malam tu merasa lah aku drive keta wish….minat tu ada…tapi sedar diri….


Samalah jugak..kalau kita berkawan dengan kawan yang belajar…kita akan seronok untuk belajar…begitulah sebaliknya…Sekarang orang berlumba2 rebut peluang yang ditawarkan oleh KPM. Kawan2 yang belum sambung tu…. Rebut peluang, umur bukan penghalang.. jadikan kawan2 yang belajar sebagai pendorong… jgn takut, mesti boleh buat.. tapi aku bkn pendorong yg baik... yg lain le...


Jangan jadi mcm K.Nida...aku suruh dia sambung belajar...siap suruh aku bagi 10 alasan mengapa dia perlu sambung belajar.... hu hu...senget punya kawan....aku bagi 10 alasan.. so dia pun sambung buat PJSR...sekarang dok bising kat aku... sebab belajar lah dia dapat darah tinggi...


" Akak target tinggi, tu dapat darah tinggi"

Belajar nie jangan stress...


Kalau dulu bila orang tanya kerja apa?…

“Cikgu” kalau sekolah menengah kuat le…kalau sekolah rendah slow je.…

”Cikgu sekolah Menengah ke…Sekolah rendah?” Soalan biasa kita dengar.

Nampak tak… dulu bezanya pandangan masyarakat antara guru sekolah rendah berbanding sekolah menengah…


Tapi sekarang sekolah rendah ke…menengah ke…sama je…

Kalau dulu kelayakkan masuk maktab… pangkat 3 pun boleh…tapi sekarang , kat sek rendah bukan degree je…yg ada master pun ada….( ari nie emosional sikit) sebab dulu org pandang aku nie lekeh sangat masuk maktab sbb pangkat 3 pun layak masuk…


Tapi ari nie aku bangga menjadi guru yang bermula daripada maktab….semua yang aku belajar berkaitan dengan profesion perguruan….jangan terasa ya…cikgu2 KPLI….mmg ada KPLI yang bagus…sanggup belajar dgn guru diploma nie…yang berlagak tu tetap berlagak…biar lah dia….


Keegoan kita akan luntur, jika kita sanggup untuk belajar sesuatu yang baru daripada mereka yang ada pengalaman.


Sebab apa jadi mcm 2…dulu gaji cikgu sekolah menengah dengan sekolah rendah berbeza….sekarang sekolah rendah ke…menengah ke…gaji sama….so aiman tak kisah kat mana pun mengajar janji ikhlas… anak murid pun sayang….


"Jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sebaliknya rebut peluang dan kesempatan yang ada untuk memperbaiki diri"


Friday, September 4, 2009

BILA HUJAN MEMBASAHI BUMI


Macam nie lah keadaan sekolah aku setiap kali hujan lebat...nie waktu pagi..ok lah budak dah besar2... tak de le nak main air sangat.... tapi kalau petang...tahu2 je lah budak2 mcm mana??....tak tahu lah bila nak berakhir masalah nie...nasib baik air jernih....kalau air keroh...berselut,, hi hi geli jugak kan...ngada2... dulu kecik2 dok berkubang tu tak heran pun....siap lumpur yang berbau lagi.... Aku cakap awal2...takut nanti ada org kata kat aku berlagak...mentang2 le dok KL... kita duduk kat mana pun jangan lupa asal usul kita.....dok gitu???...dok kat kg pun boleh gak berlagak...kalau dah mmg jenis berlagak .... begitulah sebaliknya....

View sksb selepas hujan 11.oo am

Semalam hujan turun dengan lebatnya... elok jugak hujan.. segar sikit pokok2. Tapi KL nie bila hujan lebat je semua orang risau takut banjir kilat. Termasuklah kami warga sksb pun risau....sebab sekolah kami nie hujan je mesti air naik...termasuk lah bilik aku lepak pun tak terkecuali akan dilimpahi dengan air....