Saturday, September 5, 2009

ANTARA KESEMPATAN DAN PELUANG....

View salah satu bangunan yg terdapat di UNITEN

Betul lah faktor persekitaran mempengaruhi seseorang….memang dah banyak kajian yang dijalankan sebelum ini….nie…pulak hasil kajian yang dijalankan bakal2….kaki kelentong…..ha..ha…tak nie…ceta benar….faktor persekitaran akan mempengaruhi seseorang dari segi…..Pemikiran, Pemakanan, Gaya penampilan, Berkomunikasi, Pergaulan….banyak lah lagi….


Ari nie aku nak cete satu je…dari segi pergaulan seharian kita…..mungkin skop pergaulan seseorang berbeza-beza mengikut kerjaya, tempat tinggal, kalau aku….yang selalu jumpa setiap hari…kawan2 cikgu je…le….tak merasa lah…nak berkawan dengan arkitek ke…doktor ke…jurutera ke…angkasawan…lagi lah….siapa lah kita….


Aku sedar diri ini …

Hanya insan biasa…

Punya harga diri…


Intro je panjang… sebenarnya aku nak ceta….aku tak pernah pun termimpi pun… nak naik keta Mercedes…ya lah nak naik keta sapa….tapi nak jadi kan ceta aku merasa le naik…duduk sebelah jadi le….tapi nyaris2 dah nak merasa drive sendiri…cuaca pulak ari tu tak mengizinkan….hujan lebat. Rupanya naik keta mewah nie….memang beza…dgn keta kapcai…..keta sapa tu???….biarlah rahsia…..Secara kebetulan aku tumpang…dia ada keja di KPM Putrajaya…aku ada keja di Sepang….


Baru-baru nie pulak…kawan aku nie…sibuk dok ajak….bawak anak2 pe makan….aku on je..kebetulan le, laki dia nak periksa….anak lima, so bagi peluang kat hubby study kat umah…yang sorang nie pulak…hubby dia ada dinner…Lepas solat Magrib…kami nak gerak…Naik keta wish kawan aku nie….tak tahu pulak dia tak boleh drive malam….so malam tu merasa lah aku drive keta wish….minat tu ada…tapi sedar diri….


Samalah jugak..kalau kita berkawan dengan kawan yang belajar…kita akan seronok untuk belajar…begitulah sebaliknya…Sekarang orang berlumba2 rebut peluang yang ditawarkan oleh KPM. Kawan2 yang belum sambung tu…. Rebut peluang, umur bukan penghalang.. jadikan kawan2 yang belajar sebagai pendorong… jgn takut, mesti boleh buat.. tapi aku bkn pendorong yg baik... yg lain le...


Jangan jadi mcm K.Nida...aku suruh dia sambung belajar...siap suruh aku bagi 10 alasan mengapa dia perlu sambung belajar.... hu hu...senget punya kawan....aku bagi 10 alasan.. so dia pun sambung buat PJSR...sekarang dok bising kat aku... sebab belajar lah dia dapat darah tinggi...


" Akak target tinggi, tu dapat darah tinggi"

Belajar nie jangan stress...


Kalau dulu bila orang tanya kerja apa?…

“Cikgu” kalau sekolah menengah kuat le…kalau sekolah rendah slow je.…

”Cikgu sekolah Menengah ke…Sekolah rendah?” Soalan biasa kita dengar.

Nampak tak… dulu bezanya pandangan masyarakat antara guru sekolah rendah berbanding sekolah menengah…


Tapi sekarang sekolah rendah ke…menengah ke…sama je…

Kalau dulu kelayakkan masuk maktab… pangkat 3 pun boleh…tapi sekarang , kat sek rendah bukan degree je…yg ada master pun ada….( ari nie emosional sikit) sebab dulu org pandang aku nie lekeh sangat masuk maktab sbb pangkat 3 pun layak masuk…


Tapi ari nie aku bangga menjadi guru yang bermula daripada maktab….semua yang aku belajar berkaitan dengan profesion perguruan….jangan terasa ya…cikgu2 KPLI….mmg ada KPLI yang bagus…sanggup belajar dgn guru diploma nie…yang berlagak tu tetap berlagak…biar lah dia….


Keegoan kita akan luntur, jika kita sanggup untuk belajar sesuatu yang baru daripada mereka yang ada pengalaman.


Sebab apa jadi mcm 2…dulu gaji cikgu sekolah menengah dengan sekolah rendah berbeza….sekarang sekolah rendah ke…menengah ke…gaji sama….so aiman tak kisah kat mana pun mengajar janji ikhlas… anak murid pun sayang….


"Jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sebaliknya rebut peluang dan kesempatan yang ada untuk memperbaiki diri"


4 ulasan:

Thaqiza said...

btl gak tue..kt sek aku ckgu2 veteren bla ada new intake je berebut rebut apply.xn ketinggalan..bgs la tue..


tp masyarakat mmg camtu..sure tnya sek rendah ke menengah..bila sebut rendah je..depa reply oh rendahhhhhh...cess...tp dlu trasa gak..skrg x..insyaalah da nk abes pn OUM nie..

xkisah le ren or men , jnji kita ikhlas ngajar kn my pren..

eeeda said...

Aku ingat dulu masa nak buat pinjaman. staf bank...siap tanya lagi cikgu men ..ke ren...

Apa dia ingat cikgu ren nie sengket sangat ke????

Sampai nak layanan pun beza...tengok le slip gaji dulu....

su said...

hai kak ..skang nih cikgu sekolah menengah pulak mengeluh gaji depa sama ngan cikgu sek rendah..dah tu siap merajuk nak ngajar sek rendah jugak,,,hmm putaran dunia kan..bidang pendidikan ni luas...pelbagai peringkat ada..rendah, menengah, atas..orang tua...tapi tak suka jugak orang kampung dok sebut..huih cikgu??kaya tu...tak ker rase cam pelik tu?takper sebut 40 kali mana tau kaya sungguh

eeeda said...

SU: Tu lah su, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu. Cikgu nak kata kaya tu tak lah... Senang sikit daripada org yang tak keja. Cukup lah keperluan asas tu..