Dalam kita berbelanja kena ingat beberapa perkara...supaya dapat berbelanja dengan berhemah....kalau dapat bonus sekali pun tak nak habiskan semua... tambah pulak tak dapat bonus....sendiri mau ingat....
- Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang2 selain daripada yang disenaraikan.
- Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang disenaraikan.
- Jangan membawa wang yang jauh berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
- Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus bagi mengelakkan kita ke kedai selalu.
- Keperluan hendaklah dibeli secukupnya. Membeli berlebihan adalah membazir.
- Pastikan barang2 yang hendak dibeli mampunyai harga yang berpatutan.
- Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar dari senarai.
- Jangan terpedaya dgn jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
- Gunakan wang tunai. Elakkan penggunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
- Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.
0 ulasan:
Post a Comment