Saturday, October 10, 2009

CANTIK TIDAK KEKAL LAMA....


Sebenarnya aku sedih tengok gambar kat atas tu.....apa dah jadi hasil kerja keng kawan yang makan masa berhari2.... akhirnya jadi macam tu.... ini sebenarnya hasil kerja guru petang 2008... Ini salah satu projek yang perlu kami disiapkan semasa aktiviti ko-ko...

Aku pun tak tahu.... mcm mana guru yang letakkan minyak hitam kat tepi dinding tu tak terfikir kesannya.... mereka seolah2 tak rasa bersalah pun.... Aku pun baru perasan... maklumlah tak ajar PJ...

Kalau pakai baju, jangan lupa pakai kain...
Kalau pun kita tak buat, tapi hargailah usaha orang lain....

PENYERTAAN INOVASI

Kami telah dipelawa menyertai Pertandingan Inovasi Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan 2009. Setelah bertungkus lumus menyiapkanya, akhirnya pada hari Rabu CD Pembelajaran Interaktif ini telah selamat diserahkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19, Shah Alam.

Alhamdulilah kami telah berjaya menghasilkan CD Pembelajaran Interaktif Pemasangan Komputer Menggunakan Multimedia. Setiap orang mempunyai tugas masing dalam menghasilkan CD ini.
  • Cik Aishah - Ditugaskan mereka komponen menggunakan 3D dan flash.
  • Pn. Sulia - Lebih bertumpu kepada isi kandungan CD berkenaan.
  • En. Zul - Lebih kepada teknikal.
  • Pn. Faridah - Ditugaskan untuk menguji kepada murid-murid keberkesanan CD yang dihasilkan dalam pembelajaran dan pembelajaran.
Apa yang penting penyertaan....

Thursday, October 8, 2009

SEMAKIN HARI SEMAKIN BERTAMBAH USIA


Pernah ke kita, mengira usia ???? Mungkin pernah... mungkin ada yang tak pernah.... Semalam aku dapat email drpd my friend... dia bagi cara mudah kira umur.... Sebenarnya kalau cikgu.... memang nak kena tahu kira umur murid untuk masukkan dalam buku kedatanga... iaitu umur murid pada 1 Jan tahun semasa.... kali nie dah senang keja guru....

Baru aku tahu, aku lahir ari apa..... rupanya ari khamis.... dalam surat beranak tak catat pulak ari aku dilahirkan....siap diberi tarikh kalendar tahun Islam lagi.... mudah2... teknologi di hujung jari.... bila tengok pada nombor yang banyak dah nie... takut pun ada.... insaf pun ada....rupanya dah lebih suku abad aku menghirup udara di dunia nie....

Mengambil air di dalam perigi...
Memang patut kita insaf diri......

MEMBER KONGSI KESERONOKAN BERCUTI

Kawan aku nie ke Landon bercuti bersama keluarga.....Semalam lagi dia hantar mms kat aku.... tahu aje lah pakai hand phone murah mana boleh buka mms..... tadi aku top up phone.... barulah maxis bagi pasword.... so boleh lah aku buka kat tenet.... Ini antara gambarnya.... Aku mmg nak abadikan gambar mereka nie kat my blog....

Bila rindu wajah keng kawan, buka blog...
Bila rindu suara keng kawan, call aje....

Antara gambar yang dikirimkan oleh kawan den melalui pesanan mms. Wah k.nida bergambar sakan dengan patung lilin... Ok jugak... dapat bergambar dengan celebriti terkenal.... walau pun bukan yang betul...mesti depa sekeluarga seronok berada di sana selama seminggu....

Member sama tempat keja den ni berlepas hujung minggu yg lepas dan balik hujung minggu nie.... seminggu depa nie berada kat sana.... kami kat sekolah nie dok tunggu buah tangan utk kami yang merelef kelas akak....

Lautan luas sampai ke darat....
Tak sangka k.nida pijak bumi negara barat.....

Walau pun jauh merentas lautan...
Buah tangan untuk kami jgn dilupakan....

Tuesday, October 6, 2009

MALANG TIDAK BERBAU

Jangan sangka jalan yang lurus itu tidak berbahaya...
Jangan pulak sangka jalan berliku itu mengundang padah....
Pokok pangkalnya, berliku ke.... lurus ke....
Semuanya bergantung kepada sikap pemandu itu sendiri....


Ari Ahad aku beraya sakan sampai ke Felda Sg. Koyan... dah lah kena rempuh jem di perjalanan.... malamnya tu tahu2 lah... tido memang tak ingat dunia... pukul 11.00 aku dah lena... penat giler..... walaupun aku selalu buat keja giler... tapi penat tetap terasa....

Pukul berapa aku tak perasaan.... nenek ketuk pintu....
"farid...farid....farid....." aku kalau tak cukup tido memang mcm orang mabuk...
"ada apa nenek?" mata pejam.
"farid, akak kemalangan.... patah.... tapi boboy tangannya kena potong" nenek dah tak dapat nak kawal....mengangis.
"Nenek nak pegi sana"
"Nenek... dah malam nie. Nek tido dulu...esok kita fikir macam mana nak ke sana.....
(Nenek pun kuar... aku terus sambung lena)

Pukul 4.00 pagi. Aku dapat call dari Sibu...
"Hello teacher... nie acik"
"Ya acik"
"Acik nak bagi tahu petang tadi mama kemalangan.... tiga orang yang terlibat..."
"Acik sekali ke?... mcm mana boleh jadi macam tu?"
"Acik tak ikut. Mama, boboy, dan kawan mama..... Hujan lebat... mama mengelak keta dari depan... tu terbabas jalan licin.... teacher nie mama nak ckp"...

"farid.... akak patah tulang selangka.... boboy dah tak ada tangan... tangan dia kena potong...." lepas tu dah tak boleh ckp... menangis... aku sempat tanya tangan mana je.... tangan kiri yang kena.... tapi masalahnya dia memang kidal pun....

Aku sedih sangat..... sebab pagi tu dia call aku.... siap tanya khabar lagi... "farid tengah buat apa??? sihat ke??? semua ok???" selalu pun itulah ayat yang selalu dia tanya bila call aku.... dah lah raya ari tu pun aku tak sempat jumpa dia.... Dalam pada tu aku dok fikir... nasib baik drive estima...dengar ceta, estima tu pun hancur..... kalau kancil tak tahu lah mcm mana....

Sebenarnya kawan aku nie.... ari Sabtu drive ke Miri sebab ada kelas OUM.... itu pun perjalanan berjam2.... Ari Ahad balik.... penat jugak tu..... kalau drive sorang... kat sana jalan bukan mcm kat sini.... Kemalangan nie berlaku on the way ke Sibu dari Miri....

Lepas tu aku dah tak dapat nak tido.... teringatkan nenek lagi.... aku call wak... tak dapat pulak.... tak pelah tunggu siang je apa pun keputusannya..... dah siang aku call sekolah minta cuti CRK.... nak call gb... malasnya... aku minta tolong org kanan gb sms... aku stanby juga apa yang patut kalau tak dapat cuti..... tapi sampai ari nie aku tak jumpa lg gb.... rupanya dia pun mc.....

Pagi tu... setelah semua dah siap.... kami bergerak ke KLIA nak cari tiket penerbangan yang mana paling awal..... rupanya Mas ada pukul 6.30 ptg.... kami beli tiket Airasia... nasib baik penerbangan awal pukul 1.40 ptg.... masa tu nenek tak duduk diam.....

Walaupun nenek nie dah berumur lebih daripada 80 tahun tapi banyak benda yang dia tahu.... jadi kami tak risau sangat lepaskan dia pergi... kekadang dia lebih tahu daripada kita.... sebelum nie dia dah pernah ge Sibu....

Tadi aku dapat call drpd kak Ita bagi tahu dia dan k.Sidah nak ge sana cuti Depavali nie.... tanya aku nak join sekali ke..... aku kena tengok dulu... almaklumlah tambang belon bukan puluh2..... Tapi ingatkan kawan buat kita nie.... mcm anak dia.... bila kita susah dialah yg tolong... time mcm nie kalau kita kwn dia ada sama.... lega sikit kan...

Masa ko di sini.... ko kawan aku....

Masa ko di sana.... ko kawan aku...
Masa ko di mana2 pun.... ko tetap kawan aku...

BERAYA DI RUMAH GENG BLOGGER

Lebih kurang pukul 10.00 kami bertolak ke Raub.... aku sendiri pun kali pertama ke Felda Sg. Koyan.... Jalannya boleh tahan jugak..... kalau sorang2 drive takut jugak... kiri kanan jalan di penuhi dengan ladang kelapa sawit.....lebih kurang pukul 12.45 kami sampai di umah blogger Putra745....

Poyo je kan.... bergambar depan umah.... sebelum bertolak ke Raub... keta baru basuh berkilat lah sikit... kalau tak nak tengok pun segan.... barang yang paling aku sayang, sebab paling banyak berjasa pada aku.... kalau tak ada, susah jugak aku.... mahu patah kaki....

Bergambar di umah blogger Putra745 sebelum balik.... siapa sangka kan.... nak datang beraya umah geng blogger.... rupanya kat sana kami jumpa ramai lagi geng blogger yang lain....ini merupakan kali pertama kami buat kejo giler pe beraya umah kawan yang dikira boleh tahan jugak jauhnya.....idea sapo nie????

Alang2 dah sampai Raub ingat nak singgah umah Azizah.... call punya call tak berangkat lah pulak.... Tak lama lepas tu dia call aku..... bagi tahu ada kat Jeram Besu... bawak budak2 sekolahnya camping.....tu lah cikgu.... camping tak kira masa dan tempat... semuanya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.... siapa kata cikgu keja 5 hari seminggu.... memang dia tak tahu keja guru mcm mana????dok gitu cikgu2 kan....

Kalau dah jenis yang suka bergambar nie... ada2 je aksi yang diambil untuk kenang-kenangan.... semua aksi nie dirakam oleh puteri..... seronok jugak kan dapat tengok balik gambar yang lain daripada lain nie..... termasuk gambar dia pun dia rakam sendiri... tu lah riaksi seorang pemandu yang begitu serius bila memandu..... kena beri tumpuan.... semua dalam keta nie belum ada pewaris lagi.....

Lepas je bayar tol di Tol Bentong.... wah meriahnya dengan keta.... dah lah kali nie pakai keta den yang menual nie..... kalau naik keta myvi kan seronok.... jem pun den tak kisah.... penat jugak.... pegi dan balik aku kena drive.... kalau keta depa boleh gilir2... kalau keta aku... alamaknya aku lah kena drive..... bukan tak bagi orang drive... maklumlah keta antik banyak perangai.....

Jalan2 cari pengalaman...
Untuk dijadikan kenangan sepanjang zaman....

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

Ari nie merupakan kuliah hari pertama untuk semester kedua akhir..... diam tak diam dah nak habis rupanya aku belajar..... kali nie tak ramai jumpa keng kawan yang lain.... nasib baik aku dapat sama dengan K. Fatin. Kawan aku yang paling rajin.... Semester nie 2 paper Matematik..... dan tesis.... Tak sangka sem nie dapat pensyarah yang baik.... Pn. Khaliza... best lah dia mengajar..... tesis je tak tahu lagi kena dengan sapo nie.... harap2 dapat pensyarah area KL je senang nak jumpa.....

Nie merupakan tahun kedua dapat kuih bakul daripada kawan aku..... mula2 aku tak nak jugak terima.... tapi bila kuar kat tv memang halal kuih bakul keluaran syarikat nie.... barulah aku yakin.... bekas pun dah cantik kan... itu untungnya kawan dengan pelbagai kaum nie... dah dekat nak raya dapat buah limau pulak.... dulu masa kat Segambut jiran kami Cina siap buat open house lagi... makan KFC je lah dengan kacang2.... dan paling seronok dapat ampau......

Balik dari kelas OUM aku terus memandu ke umah akak aku di Cheras.... kalau tak ada program aku rajin ke sana.... nie dah beraya yang ke berapa kali dah.... sebenarnya aku nak ambil baju yang akak aku baru jahit.... nak pakai beraya ari Ahad..... ke mana lagi aku nie nak beraya.... lepas je solat Zohor aku beraya ke umah kawan aku.... semalamnya aku dah buat 2 janji temu.... bukan apa jauh2 drive nanti depa tak ada kat umah....

Aku memandu ke umah Roza kawan aku yg keja TUDM tu.... dah lama aku tak jumpa dia.... minta aku call je.... dia suruh datang umah... masa je tak mengizinkan... kali nie aku kena datang... last sekali jumpa dia anak sorang.... sekarang dah 3 orang anaknya... lama juga aku tak jumpa dia.... so ambil masa nak sembang2.... jenuh jugak aku nak mencari umah dia kat Bandar Tasik Selatan tu....maklumlah umah flet nie semua sama je.... tapi kat area tu sewa boleh tahan jugak.....

Lepas tu aku gerak ke umah kawan aku kat Setiawangsa..... dari Sg. Besi sampai ke Melawati jem nya.... selalu 15 minit dah sampai..... ini dah makan masa sejam lebih. Aku beraya umah kwn sama maktab (ilot)... last aku ge umah dia, raya tahun lepas..... nama je duduk dekat. Jumpanya setahun sekali jugak.....lepas maghrib aku baru balik.... sepatutnya dalam program nak singgah 1 umah lagi di Taman Permata.... tapi dah lewat... esok nak jalan jauh lagi...