Saturday, January 23, 2010

RINDU, RINDU SERINDU-RINDUNYA

Pemandangan waktu petang di Tasik Biru, Kuang.

Tentunya kalian terfikir yg skrg nie aku sedang merindui seseorang kan? jawapannya. Ya. Aku rindu gelak tawa, aku rindu suara yg kuat... aku rindu dia menjerit2, aku rindu kpd seseorang yang pernah bergelar sahabat baik aku suatu ketika dulu.

Kerana mu sahabat dan kerana menghargai apa yg telah kau lakukan untuk aku semasa belajar, membuatkan aku akur dengan segala permintaan mu. Walaupun kadang kala, permintaan mu tak masuk akal. Bukan sekali, tapi berkali2.

Bila aku fikir balik, betul ke aku pernah buat keja giler mcm tu....punya lah nak jaga hati seorang sahabat sanggup aku lakukan apa saja. Suatu hari member aku nie call nak pinjam keta.....nak ge kenduri kawan dia di Keratong. Keta aku tu, tak sampai setahun lagi aku beli. Tak pe lah kawan punya pasal.... lagi pun dia dah banyak berkorban utk aku....

Hari Jumaat lps keja, aku drive keseorangan ke JB... semata-mata nak hantar keta. Malamnya pukul 1.00 pagi aku naik bas balik KL sebab esoknya jam 8.00 pagi ada pendaftaran OUM....Tengah hari tu, aku dapat call.... minta aku turun JB. Mak dia, tak yakin dengan dia drive jauh keseorangan..... Petang tu jugak aku bersiap2 untuk turun ke JB semata2 nak temankan dia ke kenduri kawan baiknya.

Pagi Ahad, aku yg drive ke Keratong... memang seronok sepanjang perjalanan kami berbual.... berbual zaman belajar dulu....Sampai di tempat kenduri dah petang.... sesat barat kami dibuatnya.... maklumlah first time aku sampai ke Keratong. Malam tu kami tolong mana yg patut.... aku tak tahu lah apa yg silapnya... sampai member aku nie kecil hati dgn aku....

Nak menjaga hati org yg terlalu rapat dengan kita nie cukup susah.. pantang silap sikit mula lah terasa hati....merajuk sampai tak makan dek pujuk....

Udahnya sepanjang perjalanan dari Keratong ke JB sepatah pun dia tak bercakap.... aku yg kaki buat lawak nie pun tak jalan.... tak pe lah... org dah tak nak tegur kita.. tak nak bercakap dengan kita.....pujuk pun tak jalan.... penat gak klu mcm nie.... dah lah penat drive, penat kepala otak lagi...

Tapi dia nie pandai berlakon.... bila sampai umah dia.... elok je tegur aku. Pandai sungguh berpura2 depan mak dia..... mak dia suruh aku bermalam. Besok baru balik KL. Tapi aku kena balik gak, tak sanggup nak tunggu esok.... nak kena bermalam dgn dia malam tu.... tak pe lah keja aku pun dah selesai... nak tunggu apa lagi.

Lepas hantar dia, aku terus balik KL... masa tu darah muda.... kejap je aku buat JB-KL.... aku tekan 140 km/j, dua kali berhenti rehat dah sampai KL...

Tapi hari nie, hanya tinggal kenangan untuk dikenang.....

Teman sejati, bukan untuk disakiti....

Teman sejati, perlu sentiasa di hati....

Teman sejati, kehadirannya sentiasa dinanti....

Wednesday, January 20, 2010

RONDA-RONDA

Siti, Amin, Aku dan Sepupu

Minggu lepas kaum kerabat dari kg datang.... sebenarnya ada janji temu kat HKL... bukan selalu pun datang, ikutkan byk tempat aku nak bawak jalan2.... tak sempat, sampai pun dah lewat petang..... aku sempat bawak pusing2 Putra Jaya je.... budak2 nie teruja tengok sekitar Putra Jaya... pada waktu malam.

Budak2 nie sibuk nak suruh mak itam dia plan lain kali.... nak jalan kat area KL.... aku ingat ari tu nak bawak naik ketapi dalam tanah.... ketapi yg kat atas tu..... sebelum tu aku dok ceta, depa dah seronok.... tut..tut.... lama pulak kat hospital..... alih2, habis je janji temu terus balik.

Kalau nak jalan2.... pusing KL, kena time mak itam dia free... nie time keja, susah nak mohon cuti. Keja cikgu nie, susah bab nak cuti ari biasa nie.... time cuti sekolah, tempat2 awam nie sibuk lah pulak... Tapi klu bawak org, orang tu seronok.... kita pun seronok.... kalau nak ge saja2... tak de dah aku... lebih baik aku lepak kat umah je......

Tuesday, January 19, 2010

IKUT CARA AKU

Pendaftaran Majlis Dialog ibu bapa Tahun 6

Hebatnya anak, kerana hebat ibu bapanya. Memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak adalah salah satu tanggungjawab yang perlu diberi perhatian. Beruntungnya anak-anak yg mempunyai ibu bapa yg hebat. Meluangkan masa menghadiri sesi dialog bersama pihak sekolah, melihat kerja sekolah anak-anak dan tak kurang hebatnya menghantar anak2 tuisyen sana sini.

Ceta pasal tuisyen nie, ada sorang kwn aku nie....duduk Desa Moccis hantar tuisyen umah aku 2 kali seminggu.... pejam celik...pejam celik nie dah masuk tahun ke-3. Mak ayah mana yang tak nak lihat anak dia berjaya.... istilah penat tolak ke tepi, janji anak2 dapat yang terbaik.

Sebenarnya aku malas nak buat tuisyen..... penat, dah lah sampai umah petang..tak sempat nak rehat, tuisyen pulak..... bulan 2 nanti dengan kelas pagi, kelas malam.... mahu bengkok aku dibuatnya. Aku ajar anak dia sorang je....lagi pun bukan semua org boleh ikut cara aku.... nak hantar tuisyen ada syarat gak ke???? ya.

Aku nie, mata cerah... depan laptop je.... tak ada laptop mahu tertido, tambah ajar tuisyen sorang je. Member aku nie kata ok.... so layan.... Lagi pun anak dia nie rajin, kena marah dgn aku pun nak datang gak..... kadang2 tu, datang umah aku buat keja sekolah.....aku layan je....

Minggu lepas member aku sorang nie, nak minta tolong aku ajar maths anak dia.

"Farid, akak nak minta tolong ko ajar anak akak maths boleh ke?"

"Akak, saya bukan tak nak ajar... bukan semua orang blh terima cara saya. Saya time mengajar, depan mesti ada laptop. Klu sy mengadap anak akak je.... mahu tertido saya kat situ"

Aku memang terkenal dgn kaki tido, kaki tenet..... nie semua penyakit barah zaman IT.

"Mcm tu pulak...." ustazah tu, gelak.. mungkin dia ingat aku melawak dgn dia kot.... atau mungkin nie kali pertama dia dengar org mengajar mcm tu....

"Akak setakat nie, k.nida dengan Balqis je yg faham sy ajar mcm mana"

Sebenarnya aku pun nak tengok gak hasilnya, 3 tahun ajar tuisyen maths dan bahasa. Kalau tak dapat A mati aku, kena kejakan dengan k.nida.

Satu lagi member aku nie, klu dia tunggu time tuisyen.... aku tak boleh handle mak nya...aduh, dia pulak sibuk dok marah anaknya.... aku suruh ajar sendiri kat umah, 1001 alasan... mai hantar umah aku, dia pulak sibuk nak ajar.... payah betul....

Time tu aku cikgu, bagi lah peluang aku ajar.... aku nak marah ke.... nie tak..... payah klu mak cikgu...kejanya membebel..membebel.....

Kalau kita hendak maju....
Kena tahu arah dituju...

Monday, January 18, 2010

PEMANDANGAN DI TASIK BIRU

Keindahan pemandangan di sekitar Tasik Biru tidak pernah ku abadikan.... Baru kini berkesempatan.....

Kehijauan air di tasik mencerminkan kebersihannya belum tercemar...... mungkin juga mengambarkan ke dalaman tasik ini..... berdasarkan cerita yg aku dengar, tasik nie merupakan bekas lombong bijih timah dan sangat dalam.


Penempatan di tepi tasik sungguh mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota dan mempunyai pemandangan yang cukup menarik.

Air di tasik yang tenang.... seolah2 tiada bahaya di situ.... tapi jangan di sangka air yg tenang tiada buaya..... bukan aku nak ckp kat sini ada buaya..... tak pernah lagi aku dengar tasik nie ada buaya.... yang aku dengar ada ikan toman besar..... sebesar mana aku pun tak pasti....

Seluas tasik ini, seluas itu lah juga ketenangan yg dirasai oleh pengunjung yg datang ke sini.... hari biasa pengunjungnya tak semeriah di hujung minggu.... di hujung minggu pelbagai aktiviti air diadakan di sini.....

KACANG LUPAKAN KULIT

View SK Agama Sibu

Dia yang ku cari
Dia yang ku hubungi
Dia tempat ku mengadu

Di kala ku kesempitan wang dia yg ku cari
Di kala ku perlukan pandangan dia yg ku hubungi
Di kala ku serabut dgn masalah dia tempat ku luahkan


Sudah terkubur kah dalam ingatan ku
Begitu mudah aku melupakan dia
Dek kerana sedikit salah faham

Sehari jika dikenang
Belum tentu habis
Terlalu banyak pengorbanannya
Terlalu besar sumbangannya

Tak ternilai, tak terbalas
Aku takut digelar kacang lupa kan kulit
Belum lagi sehebat mana
Tapi sudah melupakan dia yg berjasa kepada aku

Friday, January 15, 2010

KENALI DIRI MELALUI TULISAN

Ceta pasal tulisan nie..... aku teringan zaman sekolah..... ada sorang cikgu nie, puji tulisan aku cantik dan kemas..... tapi keja sekolah tak pernah siap.... mana nak siap... tulis hegeh2..... sebab nak nampak cantik.... org boleh siap dalam kelas,, aku.... terpaksa lah pinjam buku kawan, buat balik salin kat umah.... buku member sorang nie lah jadi mangsanya....

Mai kita layan ciri2 org yg mempunyai tulisan condong ke kanan..... kena tak dengan karektor diri aku......
  • Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta.
  • Namun dia ini juga memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya.
  • Dalam erti kata lain mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri.
  • Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama.

Cepat bosan dan cukup pantang kalau kena tunggu lama...... aku rasa yg nie memang betul.... tu sebab org yg kenal aku.... tahu lah.... lambat memang kena tinggal.... kalau kuar dgn aku, silap ari bulan... naik teksi balik....

Paling aku tak suka tunggu org dan orang tunggu aku.... sebab tu, nak ge mana2 mesti ada time.... so senang nak bajet masa ikut keselesaan masing2.... sebab tu aku klu nak bercuti suka dgn org yg sempoi je.... kejap je dah siap..... paling boring, klu member bersiap berjam-jam.... sekali tu je lah.....lepas tu tak nak dah aku berjalan dgn dia..... rimas aku tunggu lama2.... rasa mcm org bodoh je....

Jaga tutur kata... supaya kwn suka dgn kita....

SEDIH BETUL

Dek kerana kesibukan.... dah lama aku tah jengah umah nie..... last sekali bulan 8 thn lepas aku masuk jengah.... klu aku ge pun just lalu je. Baru2 nie tergerak pulak hati nak ge tengok...
"Akak jom teman saya ge tengok umah kat Sri Pristana tu apa dah jadi.... bukan apa, taku dah ada org lain pulak duduk"aku ajak lah akak temankan....
Rumput kat depan dah menjalar.... kat belakang tak usah ceta ah.... tinggi rumput drpd aku.

Bila masuk dalam umah sedihnya.... rupa2nya ada org ambil kesempatan.... menggunakan umah aku buat keja tak elok.... lepas nie nak kena kunci pintu pagar belakang..... pintu pagar depan tak pe lah.... org sebelah guna, dia parking keta.... nampak lah mcm ada orng sikit..... terima kasih lah jiran sebelah aku nie.... tolong jugak dia tengok2 kan umah..... Alhamdulilah, setakat nie semua jiran aku baik2 belaka....tak kira lah kat mana aku duduk....

Dari segi moral, kalau kita buat baik, kita akan dibalas baik....


Petang tu, ada sorang pak cik nie datang tanya..... kalau aku nak buat sewa..... dia nak sewa.... dalam hati, yg nie aku nak rasmi sendiri.... yg lain semua org tolong rasmikan.... mana boleh jadi nie..... Niat tu penting.... niat nak duduk sendiri...... kena duduk sendiri.... sampai bila nak duduk dengan orang..... sampai masanya aku kena pergi.... apa yg mereka amanahkan pada aku perlu diserahkan kembali.....

Nie gambar sekolah SK Seri Pristana..... pandai2 je aku letak nama..... cantik.... pindah umah baru... pindah sekolah baru.... ada orang baru.... pendek kata semua baru mesti seronok.... he he he .... bak kata kawan aku nie...
"Farid kehidupan ko baru nak bermula, tapi ko dah ada tapak.... tinggal nak perbaiki mana yang patut je"
Aku tak faham pun maksud dia.....tapi layan je lah dia cakap.... org tua kan, dah lama makan garam drpd kita..

Sempat lagi aku cabut rumput kat depan umah nie..... ingat Isnin nak datang buat aduan kerosakkan..... bukan apa dah nak habis tempoh yang dia bagi....sat lagi kena buat sendiri lagi parah...... sekarang tengah cari buget nak pasang grill dan lampu.... dah la tu, segala pili paip dan fius seketul kat meter tu kena buang kat kwn aku nie..... gara2 dia kata ada tikus dalam plastik tu..... punya lah berat plastik tu dia boleh buang.... seketul benda alah tu mahal.... tapi tak pe dia janji nak ganti yg baru......


Rumput kat belakang umah tinggi daripada aku.... aku ingat mesti jiran bising...... menyemakkan kawasan.... aku janji nak tebas tu....

Bila tengok umah nie, aku teringat sorang kawan aku nie.... selalu mintak nak beli.... aku sayang. Rasanya aku tak kan jual..... nak duduk sendiri.... mak ayah aku pun tak datang tengok lagi....