Tuesday, February 9, 2010

NGETEH DULU DAN SEKARANG

Dulu orang tua2 je kita tengok minum teh kat kedai, sambil baca paper tulisan jawi.
Sekarang, orang muda pun minum teh kat kedai. Untuk tidak membuang masa baca surat khabar.
Dulu orang lelaki je minum teh kat kedai.
Sekarang orang dah tak heran kalau kat bandar orang perempuan pun ngeteh.
Kalau kat kg org perempuan ge ngeteh tu nampak mcm pelik. Kalau kat bandar tak ada apa yg pelik. Biasa je.

Aku sorang pun jadi kalau pasal ngeteh. Tapi kalau ada geng lama sikit lepak kat kedai tu. Apa pun yang kita buat janji tak menyusahkan orang dan dapat mengembirakan hati sendiri.

Tanam pegaga di tepi kali...
Time nak ngeteh ajak aku sekali.....

MENGHARGAI KESEMPATAN & PELUANG

Petang tu kami singgah rumah k.ala di kawasan Yan Kechil. Kebetulan tak jauh dari Guar Cempedak. So aku ambil kesempatan untuk berjumpa dengan k.wati sn/kh. Sebenarnya masa datang bulan 12 ari tu lagi aku nak jumpa.... tapi tu ah, masa tak mengizinkan.... berkejar2. Kali nie aku call je... k.wati kata ok. Tak sampai 15 minit dia sampai dengan 3 orang askarnya. Tak sangka yang sulong dah 10 tahun.

Seronoknya dapat jumpa kawan lama. Sempat lagi, bawa aku ronda2 sekitar Pantai Murni. Insya Allah lain kali aku janji dengan dia nak datang lagi... Nak duduk lama sikit. Paling tidak boleh naik gunung jerai dan yang paling penting aku nak memancing kat tali air.

K.Wati sibuk dok kata aku tak berubah, mcm dulu gak. He he he... seronoknya. Dia, aku tengok makin sihat. Pandai sungguh abang dia jaga. Masa belajar dulu kami nie bilik sebelah2 je. Tu yang rapat. Lepas tu sama pulak time buat latihan askar wataniah.

Tak sah bila jumpa aku.... kawan2 nie kalau tak tanya roomate aku.
"Ida romate tu nama apa ha.... dah berapa orang anak"
"Ami. Belum kawin lagi. Dia mengajar kat Johor, tinggal dengan mak dia" sambil tangan dok tekan kamera.

Sekitar Pekan Rabu. Aku tengok je ikan pekasam apa lagi tangkap terus 1 kg. Mak aku memang pandai buat, tapi kat kg aku susah nak dapat ikan. Harapkan anak jiran aku je, kalau dia rajin mencari ikan kat sungai... mak aku beli lah buat ikan pekasam.

Warna kuning tu aku dah lupa makanan apa. sebungkus RM2. kami share 5 orang pun tak boleh habis. Mungkin tak biasa makan kot. Isi dalamnya ikan yang dikukus.

Kali nie aku berpeluang singgah di Pekan Rabu....selalu dengar je.... tak pernah sampai. Kalau kat ganu terkenal dengan pasar payang.... kat Kedah Pekan Rabu.... kat Pahang apa ha???? Nama je Pekan Rabu.... tapi ari Ahad pun buka.... Macam2 ada kat situ.. pakaian lah, makanan lah... pendek kata macam2 lah ada.... yang tak ada duit je....

Aku teringat kat k.yati kalau balik Kedah mesti beli kat aku kuih karah dan kuih penerang (telinga keling).... lepas tu sorok2 je nak bagi kat aku. Kalau nak bagi semua orang byk pulak modalnya. Aku memang suka sangat kuih tu.

Kali kedua aku ke utara tanah air. Kali nie walaupun masanya agak singkat, tapi banyak benda akan dikenang sampai bila2. Terumanya bab makan dan minum. Kali pertama aku berpeluang minum air Nira Nipah.... boleh tahan gak sedapnya. Benda sedap, aku belasah 2 gelas. Sebelum tu kami pekena laksa kat restoran Zakaria. Nampak tak menarik langsung laksa tu... tapi bila makan fu yo....boleh tahan gak. Ada member nie makan sampai licin. Uniknya sambal laksa nie menggunakan kelapa parut yg ditumbuk dengan lada dan telur masin.

Ada lagi beberapa jenis kuih yg kami makan kat umah k.ala, kali pertama aku dengar dan makan.

Tepi pantai murni suasana tenang....
Hati lagi senang kalau perut kenyang....

Monday, February 8, 2010

WAKTU SENJA DI PANTAI MURNI

Pemandangan di tepi pantai pada pukul 6.30 petang.

Suasana waktu petang, dengan ruang udara diliputi dengan awan mendung. Bukan selalu dapat merakamkan keindahan seperti hari ini.

Sesekali berada di tepi pantai, sambil menikmati makanan yang dijual di sekitar kawasan tu memang seronok. Di temani tiupan angin sepoi2 bahasa.

Pemandangan di tepi pantai pada pukul 6.30 petang. Air laut yang tenang. Sesiapa saja yg berada di sini pastinya merasa tenang.

Matahari yang sudah hampir terbenam. Sungguh indah ciptaan illahi. Masa nie lebih kurang pukul 7.00 petang.

MASIH BERKESEMPATAN

Hari Sabtu, lepas je kelas ganti kami berlima bertolak ke Kedah. Nie pun program last minute. Kalau dengan k.ita jadi je program. Susah nak cari kawan mcm k.ita. Memang tak berkira dari segi masa, tenaga, wang ringgit. Pantang dgr je member sakit.... cepat je dia call kawan2 ajak ge menziarah.

Secara kebetulan Norliana Ahmad nie rakan sekerja aku.... dan suaminya pulak rakan sekerja k.ita.

Berada di ruang menunggu yang disediakan..... sementara menunggu giliran untuk melawat. Kawan aku nie sakit kanser rahim. Sekarang berada dalam unit kawalan rapi. Boleh melawat. Hanya dibenarkan masuk seorang demi seorang. So kami tunggu ikut giliran. Sempat lah jumpa sekejap. Tapi tak pe lah janji dapat jumpa.

Aku org yg last masuk. Semua kawan aku menanggis kuar daripada bilik dia. Aku dah niat tak nak menanggis.... tapi bila masuk....
"k.farid.. terima kasih lah datang....liana sakit. Hari2 dia cuci"
Aku terus jadi sebak, bila dia mengadu sakit.

Aku tak bagi dia bercakap banyak. Betul2 5 minit je aku jumpa dia.

Nie suami liana, cikgu faizul... kuat semangat dia. Rutin harian dia.... pukul 12 lebih ge hospital... lepas tu balik umah... petang kan datang lagi... Alhamdulilah lah, keadaannya dah semakin stabil. Sama2 lah kita doakan semoga liana cepat sembuh.

Sementara masih diberi kesihatan...
Jangan lupa menziarah jika berkesempatan....

Friday, February 5, 2010

PANDAI2 LAH NAK HIDUP


Terima kasih kepada kawan den yang memberi kebenaran agar tugasannya sepanjang tempoh pengajian di OUM dapat dikongsi dengan rakan2 yang lain. Mungkin hasil tugasan ini tidaklah sehebat mana. Kawan-kawan boleh ambil yang mana berkaitan sebagai panduan bukan mencedok bulat-bulat.

Koleksi tugasan terdiri daripada kertas HBME, HBHE, HBMT, HBSH, dan HBSE. Sebenarnya setiap semester soalan tugasan adalah berbeza. Kadang2 format dan kehendak sesuatu tugasan bergantung kepada tutor jugak.

Akhirnya berjaya jugak aku upload dokumen ke blog. Terima kasih Siti kerana tolong akak. Jasamu di kenang.

Apa guna kata nak berjaya...
Jika tak berusaha sedaya upaya...

HAPPY BESDAY TO KOE

Copy this picture from abg google

Walaupun dah terlewat mengucapkan selamat ulang tahun.... tetapi sekurang2nya aku masih mengingati tarikh lahir tu. Cuma masa je sekarang membataskan segalanya. Rasanya tak salah sekadar memberi ucapan. Aku pun tahu, rasanya tuan empunya diri tak pernah pun buka blog nie.

Pada 4 Februari lepas berganjaklah usianya. Selamat Ulang Tahun yang ke 33 semoga berbahagia bersama keluarga tersayang, walaupun berjauhan. Biar jauh di mata, janji dekat di hati. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Selamat Ulang Tahun KOE.

BARU KINI TERCAPAI HASRAT DI HATI

Dah lama sebenarnya, aku berhasrat suatu hari nanti sekolah aku nie ada laman web sendiri. Nak buat sendiri tak ada pengetahuan pun tentang IT nie. Punya lah lama daripada mula makmal komputer dapat kunci. Masa tu penyelaras ICT cikgu muny, aku penolongnya. Semangat nak buat tu dah ada. Tapi tinggal anggan2 je. Lepas tu diambil alih oleh group cikgu lelaki. Sampailah aku naik balik jadi penolong kepada cikgu Sulia. Wah semangat tu datang balik. Harapkan semangat je lah. Ilmu dalam bidang tu tak ada.

Nak jadikan rezeki, sekolah aku dapat fasilitator school net. Aku dah target sebelum dia habis kontrak mesti ada something. Ini lah antara projek kami. Bukan aku buat ye. Aku cuma bantu mana yang perlu. Bukan apa, kalau dia tak ada nanti sekurang2nya laman web nie tak terkubur. Aku peruntukan setiap hari Khamis untuk belajar mana yang patut. Nak bagi tahu gak....aku cuma sumbangkan idea letak pokok buloh tu.... he he he...

Sebenarnya masih lagi dalam pembinaan, banyak lagi yang perlu dikemaskinikan. Pada hari Isnin akan diadakan pelancarannya di tapak perhimpunan. Tanpa kerjasama daripada rakan2, semua nie tak akan terlaksana. Terima kasih kepada kawan2 yang telah membantu mengemaskini blog panitia masing-masing.

Sanggup berkongsi rela berkorban...
Amalan mulia bukannya beban...