Tuesday, February 16, 2010

1 MALAYSIA

Keindahan di waktu malam sempena Tahun Baru Cina

Boleh dikatakan di Malaysia nie, perayaan apa pun memang meriah. Kita satu Malaysia ma... U raya.... I pun raya.... I raya... U pun raya... Tahun nie aku memang terasa sgt lah raya tahun baru cina... mana tak nya jiran umah kakak aku ramai kaum cina.... bunyi mercun tu tak usah ceta lah.... kalau org tak biasa, memang tak boleh tido punya.... tapi aku, tak kisah.... kalau dah mengantuk tu layan aja...

Kemeriahan Tahun Baru Cina di Taman Sri Damak.... tak boleh dinafikan... dengan bunya api, tarian naga nya.... mercun lah... mungkin kat taman perumahan lain pun sama kan....

Gambar di atas tu ada yang aku rakam sekitar taman perumahan damak dan ada di sekitar bando Jerantut... Nak menunjukkan masyarakat kita nie cukup unik terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kebebesan beragama tu perlu dihormati oleh semua kaum.

BERKUMPUL SELEPAS 13 TAHUN

Dari kiri, Baha, Azwan, Hairul, aku, Nazirah dan Asma

Setelah hampir 13 tahun berlalu... akhirnya usaha kami untuk kumpul kekawan sama2 belajar di SMJ berjaya jugak. Walaupun hanya 8 orang saja yang hadir..... dah kira 50% nie kehadiran. Kalau ikutkan kekawan kelas 6 Wira 97 hanya tinggal 16 sahaja.... Setelah kuar lepas sorang...sorang kuar. Antara bekas pelajar 6 Wira yang aku kenal kuar..... Yuslizan Ramli sebab dapat tawaran ke UiTM Melaka..... Norhasnah Zakaria, dapat tawaran buat matrikulasi.... dan aku hanya sempat 2 minggu je kat SMJ bersama kekawan nie....

Dari kanan, Fozi dan Nafisah.

Makan kami pada hari itu disponser oleh kawan kami Azwan dan Nazirah. Semoga dimurahkan rezeki. Terima kasih. Berada di KFC selama 3 jam, belum cukup untuk berkongsi cerita yang dah lama tersimpan dengan kekawan.... Apa pun terubat jugak rindu dengan kekawan yang dah lama tak jumpa.

Bila depa semua sembang kenangan masa sekolah.... aku terpaksa dengar je lah... 2 minggu je kat sekolah tu..... tak sempat nak buat apa pun.... sorang cikgu kat SMJ pun aku tak sempat nak ingat. Tapi dengan depa nie aku selalu berhubung.... tu yang jadi hubungan kami sentiasa terjalin.... walaupun aku terpisah lebih awal dgn depa.

Alhamdulillah semuanya berjaya dalam pelajaran dan hari nie dah ada kerjaya serta keluarga. Bak kata Azwan, yang penting tak masuk penjara.....tak masuk pusat.... Kepada Baha kami semua sentisa mendoakan semoga cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Aku baru je diberitahu dia mengidap kanser dan masih lagi bercuti. Aku juga difahamkan dia baru saja selesai menjalani kemo.

Wakil perempuan seramai 5 orang yang datang..... Azwan sibuk dok menyakat fozi... mana tak nya, susah bebeno nak dengar suara.. 4 orang kerjaya sebagai pendidik.... dah tentu bab bercakap tak tahu nak berhenti..... yang 2 orang lagi sebagai buyer.... boleh tahan gak bab bercakap nie.... keja JPA sorang.... dan sorang lagi sampai sudah... jawapannya, keja biasa-biasa je..... layan je lah.

Kami berlapan nie....hanya 2 orang mengajar di Jerantut dan yang 6 orang lagi bekerja di Kuala Lumpur. Sebenarnya boleh sangat nak jumpa kat KL nie.... tapi kalau dah balik KL masing2 dah sibuk dengan komitmen yang lain. Nie dah tentu waktu cuti..... so lebih senang.

Sekejap je masa berlalu kan..... pejam celik... pejam celik. Tahun berganti tahun.... tahu2 je nanti rambut dah beruban.... mata dah mula kabur..... telinga pun dah tak berapa nak dengar... semua tu kita kena bersedia... semua orang akan menempuhnya.... jika dipanjangkan umur....

Terima kasih kepada yang berusaha menguruskan perjumpaan nie..... dan terima kasih jugak kepada kekawan yang sudi hadir.

Timba air di dalam perigi...
Ada masa kita jumpa lagi...

BERSESAK BALIK KG

Di Malaysia nie.... kesesakan tu perkara biasa. Pendek kata, ada je cuti yg melibatkan 3 hari atau lebih.... mesti jalan sesak ke mana saja destinasi.... kalau tak sesak tu memang sesuatu yang pelik. Apa saja jenis perayaan mesti sesak.... so rakyat Malaysia nie dah tak heran. Terbaru kami bersesak-sesak balik kg.... Kami yang tak beraya pun berebut2 jugak balik kg....

Aku balik ari Sabtu dengan sepupu.... Pukul 12, belum lagi melepasi tol Gombak... kenderaan bergerak perlahan hingga lah ke terowong Genting Sempah.....Nak tau jarak yang sejauh tu berapa lama kami berada dalam keta... hampir 2 jam lebih.... lepas je terowong tu jalan clear.... sampai lah ke Tol Temerloh.

Antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan.

Pukul 5 baru lah sampai Jerantut. Kami singgah isi perut yang dah mula mendendangkan lagu kurang enak didengar. Lepas perut diisi apa yang patut. Kami teruskan lagi perjalanan ke Damak. Hari tu jiran depan umah buat kenduri... Tak datang kan tak patut. Lewat pun datang jugak lah.

Esoknya Hari Ahad ada lagi kenduri umah sepupu den. Makan kenduri je lah cuti-cuti nie..... Isnin nya pulak sepupu den yang lelaki pulak bertunang.

Ke kedai mamak makan cepati....
Nanti sound2 lah awal, boleh ambil cuti.....

Thursday, February 11, 2010

LAUTAN TERBENTANG LUAS

Setiap kali tiba time isi borang APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) aku mesti teringat.... setiap kali nama guru yang dapat APC kuar pun mesti aku teringat... Pendek kata apa saja yang ada kaitan dengan APC mesti aku ingat lah....senang ceta. Walaupun ceta nie dah lama berlaku... tapi masih segar dalam ingatan. Bab key in markah nie aku pernah merasa.... seronok jadi orang yang paling awal tahu...nama2 kekawan yang dapat APC.... Tahun nie Siti Aishah diberi tanggungjawab untuk isi markah. Sekarang isi markah pun secara online.

GB jg risau, walaupun aku selalu melepak kat situ.... aku tak tahu pun sapo yang dapat.... Cuma ada dengar desas desus mengatakan.... kalau org nie dapat memang tak patut.... kalau orang tu dapat memang patut... terpulang lah kepada pihak pentadbiran yang memberi markah. Yang penting apa yang aku tak puas hati aku dah tanya. "cikgu kenapa markah saya rendah drpd si pulan nie.... jawatan dia, keja dia mcm biasa je, tak ada yg lebihnya dia drpd saya" sekarang aku dah berani bercakap. "Dia dapat APC tahun nie jadi markah dia kena lebih tinggi drpd yang lain" Letih jugak PK aku nie kalau semua yg datang jenis mcm aku. Staff 100 orang lebih tu....

Aku ingat lagi masa ramai2 ari tu... kekawan MPRM sibuk dok guna perkataan nie.... cakap sikit mesti ada yang menyambung "produk MPRM memang hebat" aku rasa ada kebenarannya jugak. Setakat yang aku jumpa melalui laman sosial FB ramai yg dah sambung belajar, sedang belajar dan yang dah jadi YB pun ada....bangga gak. Walaupun dia parti pembangkang tapi sekurang2nya berjuang untuk penduduk kawasan dia. Tahniah cekgubard.

Selepas 6 tahun aku berkhidmat.... aku telah diberi APC. Bangga beb. Walaupun kawan sekolah lama aku, confirm je dah dapat APC. Tapi padan lah bilangan cikgunya sikit. Sekolah aku sekarang 5 kali ganda sekolah lama. Time aku dapat saguhati RM1000. Banyak tu.... Ada kawan aku buat pasang grill umah baru lah.... ada yang beli jam lah. Aku buat apa dengan duit tu?????

Duit tu aku gunakan RM300 untuk buat pasport antarabangsa. Aku nie selalu buat keja giler. Kalau aku cakap itu... itu lah yang aku buat. Masa tu buat pasport kat imigresen Port Klang. Ada member yang bawak... puh memang tak sampai sejam dah siap. Rupanya ada kaunter khas untuk VIP.... baru aku tahu... patut lah depa punya urusan cepat je. Aku tak perlu beratur... tak perlu ambil nombor.... Aku tak pernah terfikir pun nak ke seberang laut. Pada mulanya aku cuma berseloroh dengan kawan aku..... "satu hari saya nak jejak kaki ke tanah indon"... "betul ke nak ge, saya boleh bawa" beriya-iya betul kawan aku nie nak bawak aku ke bumi indon.

Seperti yang dijanjikan aku pun berangkat le ke destinasi yang hendak dituju. Kami pergi dengan naiki feri. First time aku naik feri dalam jarak yang jauh. Tambang feri pergi dan balik RM180. Kawan aku yang sponser... termasuk lah makan dan tempat penginapan. Aku pergi tiga hari 2 malam. Perjalanan dari Port Klang ke Dumai memakan masa selama 3 jam lebih.

Aku dapat layanan yang cukup istimewa. Tempat duduk kami di bahagian atas dan kami bebas bergerak dalam feri tu. Aku apa lagi.... ambil kesempatan untuk bersantai di luar. Indon2 lain tak ada sorang pun berani kuar. Kecuali kami je berada di luar. Melihat lautan terbentang luas boleh mabuk laut aku dibuatnya. Nasib baiklah aku awal2 lagi dah telan ubat penahan mabuk. Selamat aku. Tapi sayang masa tu pergi tak ada kamera. So tak adalah gambar kenangan bersantai 2 tu. Rupanya boring berada di lautan nie. Laut je.... sayu mata memandang... seolah-olah tiada berpenghujung....

Patutlah kawan aku yang keja Navy kata boring berada di lautan. Nak bagi tak loya tekak... tu yang dia merokok. Bila kuar dengan aku terpaksa puasa seharian. Tak boleh hidup dia. Aku tengok kapten kapal pun keja dia merokok je...... lepas sebatang-sebatang. Tak boleh handle betul aku dengan orang yang merokok nie....merokok nie bukan lah amalan yang baik.... tapi masih ramai jugak yang merokok. Tak sayang pada diri pun...sayang lah pada orang yang berada di sekeliling.

Alhamdulilah, cuaca masa pergi tu memang elok. Laut tak bergelora, tenang. Perjalanan cukup lancar. Muatan ari tu kira penuh lah jugak. Ari Jumaat. Masing-masing ambil peluang hujung minggu bercuti bersama dengan keluarga di kampung. Ada yang balik hantar duit kpd ahli keluarga dan ada yang balik jengah kaum keluarga. Aku bab borak sempat je. Kejap je aku dah boleh ikut loghat mereka tu.

Dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam nie. Pihak pengurusan ada menyediakan sedikit makan. Tapi biasa lah aku... jenis yang memilih gak. Aku tengok org sebelah makan pun dah tak selera. Kawan aku puasa ari tu. Dia 2 bulan sebelum Ramadan dah puasa. Setahun memang dia akan puasa 3 bulan berturut-turut. Dia datang menghampiri aku
"farid knp tak makan makan tu" sambil dok tunjuk ke arah bungkusan di depan aku.
"Nampak mcm tak sedap je" dalam hati tak makan lagi aku dah tahu tak sedap.
"farid nak maggi tak?"
"Maggi malaysia ke Indon.... kalau indon tak nak lah" dalam hati mesti rasa entah apa2 nie.
"Rasa dulu... mesti sedap" aku ambil lah jugak, sebab lapar punya pasal.
Baru makan sikit... dalam hati, puh memang sedap. Habis aku belasah kat luar feri sambil menghirup udara yg segar. Depa pulak dok gelak kat aku..... kata tak nak makan maggi indon... bila makan, tu dia sampai licin....

Cerita seterusnya dalam n3 akan datang..... bagaimana aku terpaksa melalui detik2 cemas berada di lautan.

JADIKAN PENGAJARAN

Aku ingat lagi mak aku selalu pesan jangan masuk dalam perut orang
Tapi aku anak yang degil
Selalu anggap semua kawan aku baik
Aku percaya kawan aku
Kalau boleh semua benda aku nak cerita kat kawan aku

Tapi sebenarnya aku silap
Bukan semua orang kita boleh percaya
Bukan semua benda kita boleh kongsi dengan orang
Sebab bukan semua orang boleh simpan rahsia kita

Aku tak tahu nak percaya kat siapa lagi
Kenal bertahun pun belum tentu kita boleh percaya orang tu
Makan sepinggan belum tentu kita boleh percaya orang tu
Tidur sebantal belum tentu kita boleh percaya orang tu

Mungkin lepas nie aku tak akan percaya kat sesiapa pun
Percaya kepada diri sendiri lebih baik
Kalau rasa terbeban dengan masalah
Pergi atas bukit jerit kuat2
Kalau tak pun tulis masalah pada kertas
dan hanyutkan ke sungai

Biar orang kata kita tak tahu bersosial
Daripada pandai bersosial
Tapi hakikatnya menyusahkan diri sendiri
Aku tahu org di sekeliling sayang kat aku
Dek kerana sayang sampai sanggup lakukan sesuka hati

Wednesday, February 10, 2010

SEKITAR PELANCARAN WEB SKSB

Gelagat kekawan yang bersemangat nak tengok pelancaran web sekolah pada ari Isnin baru nie. Sayang GB tak ada. Kalau dia ada mesti bangga. Seharian aku berusaha mengupload video anak murid den berlakon sempena pelancanran nie.... tapi sayang tak berjaya. Internet mcm hampeh. Depan sekali tu tengok mcm berminat je.... Lepas nie sentiasa update lah blog dia.

Boleh dikatakan kebanyakan sekolah, guru ICT cikgu lelaki. Bukan apa selalunya cikgu lelaki nie ada masa sikit nak update itu ini kat rumah. Berbanding dengan cikgu perempuan yang mcm2 kerja terpaksa kena buat di rumah. Nasib baiklah guru lelaki yang ada di sekolah aku nie daripada kalangan yg memang rajin2 belaka.

Penat PK aku tu..... terpaksa lancarkan 3 dalam 1 ari nie. Pelancaran Bulan Panitia Bahasa, Pelancaran Nilam dan Pelancaran Laman Web Sekolah.

Tahniah kepada Cikgu Sulia selaku Penyelaras ICT sekolah kerana berjaya juga mengadakan Laman Web Sekolah. Susah nak cari guru yang rajin mcm nie. Walau pun berkhidmat tak sampai 10 tahun tapi pengalamannya mcm org mengajar lebih dari tempoh itu. Tak pernah merunggut dengan tugasan yang diberikan.

Kalau tengok jadual dia kita pun letih. Hujung minggu Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan menghadiri kelas di UTM jalan Semarak. Petang menguruskan 3 orang anak yang masih kecil. Selalunya dia akan menyiapkan kerja sekolah sebelah malam.

Standard lah sekolah mana2 pun org yang boleh buat kerja akan dibebani dengan kerja. Sampai dah dekat nak mati pun dok ingat kerja lagi. Orang yang tak boleh buat kerja akan releks sepanjang tahun. Ada tak sapo2 yang setuju dengan pandangan aku nie???? kalau tak setuju sila tinggalkan komen yang berjela tu...

Tahniah Su.


GELAGAT MURID 5 MAWAR

Suasana di pusat sumber sksb

Setiap hari Isnin semua murid kelas 5 Mawar wajib melanggan Berita Harian. Kami akan menggunakan soalan yang terdapat dalam didik sebagai latihan tambahan. Mereka nie anak murid yang rajin dan tekun. Mereka yang berkehendak lebih. Kita sebagai guru hanya sebagai fasilitator je.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang tak buat kerja yang diberikan. Mula-mula angin jugak aku. Lama-kelamaan mereka sendiri yang malu dengan kawan-kawan sebab tak siap kerja. Aku tak kisahlah kalau terkenal dengan gelaran cikgu yang garang. Janji niat aku baik, untuk mendidik mereka lebih berdisiplin dengan kerja yang diberikan oleh guru. Tak kira lah yang aku bagi ke.... guru lain bagi ke.... yang penting buat dulu. Betul atau salah soal yang kedua.

Kalau asyik nak denda pun sampai bila kita larat nak denda. Ada sorang murid aku nie datang jumpa aku semata2 tak nak duduk kelas Mawar. Dia kata cikgu garang2. Mesti termasuk aku lah tu. Satu je aku tanya dia.
"Kamu siap tak kerja cikgu yang garang2 tu"
"Tak siap cikgu" muka dah nampak mcm org nak menangis.
"Kenapa tak buat, yg penting kamu buat... salah atau betul itu soal yang kedua."

Aku minta no phone mak dia. Dia lupa. Dia ingat no phone ayah dia je. Tak pe lah esok aku suruh bawak. Aku bagi tahu nak bercakap sendiri dengan mak dia. Kebetulan mak dia suri rumah sepenuh masa.

Esoknya pagi2 lagi dah jumpa aku bagi no phone maknya. Aku call mak dia. Ceritakan apa yang berlaku. Aku maklumkan anak dia selalu tak siap kerja yang diberikan oleh guru. Aku minta mak dia tolong pantau kerja rumah yang diberikan oleh guru supaya anaknya dapat siapkan.

Alhamdulilah, kerja sekolah anak murid aku nie siap dan semakin kemas.