Tuesday, March 31, 2009

DIA YANG KU SAYANG

Kami nie sempat berbual dgn keng kawan waktu makan...itu je waktu yang sama free...Biasalah bila dah ramai tu..mcm2 ceta dia orang nie... Tiba2 aku rasa nak tulis pulak kat blog nie...masa makan di kantin tadi.....Aku pada mulanya malas nak makan...tapi, tiba-tiba dahaga. so, aku ge lah jgk ke kantin....wah pot aku kali nie...dah penuh....selalu 1 table hanya 6 orang ....nie dah 8 org...tambah aku dgn kwn nie....Entah mcm mana tiba-tiba je dia orang nie boleh kuar ceta pasal pasangan.

Member nie...kaunselor sekolah, dia bagi tahulah kat keng kawan supaya terima pasangan seadanya. "Memang ada yang kontra dengan kita, itu kita kena terima dengan terbuka. Tetapi kita masih boleh menyuarakan kehendak kita dengan berhemah. Tapi jangan mengharapakan mendapat respon apa yang kita inginkan. Semua tu ambil masa untuk berubah. Tapi tak semua kontra..ada jugak persamaan yang menjadikan pasangan tersebut serasi..."

So,,sambil dok gelak tu....masing2 dok mencari apa yang kontra dengan pasangan masing2....
Kawan nie cakap " aku suka shopping, abg aku tak suka shopping" kawan nie bukan apa sebab esok JJ-card...tu dia teringat pasal tu..

Kawan nie pulak cakap " aku nie gemuk, dia kurus"

Sorang nie pulak " Aku ada rambut lagi, abg aku dah botak" ada pulak member terasa, sebab abg dia pun dah nampak makin licin.....tapi kuat fikir...cerah masa depan.

Sorang lagi menambah " aku tak suka bergaya, dia pulak jenis menyemat"

Kawan yang nie pulak " abg aku rambut panjang, aku rambut pendek, tapi dua2 rock" memamg betul abg dia rambut panjang, lebih paras bahu.

Tiba turn aku pulak, depa malas nak tanya takut aku terasa. Tapi aku dah tak heran apa pun hidup mesti diteruskan....aku pun terfikir2 apa lah yang beza sangat antara kami berdua.Baru teringat "aku boleh drive , dia tak boleh drive"
tapi tak pe lah.. duduk sebelah pun aku drive.. keta dia. Kira ok lah...ada pemandu peribadi..kan.
Tapi kalau laki duduk sebelah, keta perempuan...tu nak panggil apa???
Lu fikir lah sendiri....

Monday, March 30, 2009

PENING-PENING!!!!!!

Biasa kita dengar orang cakap, mungkin kita sendiri pun pernah cakap.
" tak boleh lah saya banyak kerja sekarang"

Tapi orang yang biasa bekerja melibatkan ramai rakan sekerja ayat macam nie dah biasa kan...
Tambah lagi macam kita nie..guru.. Macam2 tugasan perlu disiapkan. Aku teringat kawan aku cakap penatnya, bukan apa dalam masa yang sama dialah ibu, dialah isteri, dialah guru, dialah pelajar, dialah anak dan dialah pekerja. Bagaimana cara untuk menguruskan semua tanggungjawab yang terpaksa laksanakan??? Kita perlu pandai2 lah menguruskan masa dengan baik. Tapi hakikatnya setiap orang mempunyai masa yang sama 24 jam tak kan lebih atau kurang walaupun sesaat. Kalau kita rasa kita banyak tugas perlu dilaksanakan. Begitu juga dengan rakan atau pun orang lain. Apa yang penting laksanakan tugasan kita. Mungkin jika kita tidak laksanakan tugasan kita itu, dikhuatiri akan mengganggu tugas orang lain. Senario di tempat kerja nie, akan saling berkait antara satu sama lain.
"sebab ko tak siap keja, dah aku tak boleh buat laporan"
Bos akan tanya kenapa tak hantar laporan?
Kita akan jawab dia orang tak hantar?
Nie dah jadi mcm cerita bangau oh bangau....
Kalau tak siap tak kan kita nak buat semua...mati...

SEJARAH SK SUNGAI BULOH

SK Sungai Buloh pada asalnya merupakan SRJK (1) dan telah berkongsi bangunan dengan SRJK (T) Saraswathy Sungai Buloh. Apabila telah menpunyai bangunannya sendiri yang terletak di Kampung Melayu Sungai Buloh barulah tertubuhnya perpustakaan sekolah yang terletak di bangunan sementara. Apabila terbinanya bangunan 3 tingkat pada tahun 1986 dan menyahut saranan Kementerian Pendidikan, tertubuhlah Pusat Sumber Sekolah. Pada tahun 1987, Pusat Sumber SK Sungai Buloh ditubuhkan dan beroperasi dengan sepenuhnya. Pusat Sumber memainkan peranan dalam proses P&P. Tiga unit utama ditubuhkan iaitu Unit Perpustakaan, Unit BBM dan Unit APD selaras dengan kehendak Sistem Pendidikan Negara. PSS seterusnya berkembang dari segi fizikal sejajar dengan peranannya.

LAGU SEKOLAH

Maju SK Sungai Buloh
Majulah ke medan jaya
Pelajaran Asas Kemajuan
Obor panduan perjalanan
Berikrar bersatu pada semua
Maruah sekolah kita jaga
Usahlah hampakan ibu bapa
Kelak kita yang derita
Maju SK Sungai Buloh
Majulah ke medan jaya
Pelajaran Asas Kemajuan
Obor panduan perjalanan

Lagu : Cik Elizabeth Lee Foo Eng
Lirik : Pn Rosanah M. Amin

GURU BESAR PERTAMA
Nama : En. Muhammad bin Ibrahim
Tempoh bertugas : 1980 - 1986
Kelulusan Akademik : FMC
Bersekolah di : Sek. Melayu Jempol, Bahau ,N. Sembilan Sek. Melayu Princess Road, Kuala Lumpur
Kelulusan Iktisas : TUOS
Tempat Latihan : Sek. Melayu Princess Road, Kuala Lumpur

GURU BESAR KEDUA
Nama : En. Mohd Ismail bin Hj. Kacib
Tempoh bertugas : 1986 - 1987
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Bersekolah di : Sek. Kebangsaan Bangi
Kelulusan Iktisas : SITC

GURU BESAR KETIGA
Nama : Pn. Hajjah Zainun bt Mohd Yunus, PJK
Tempoh bertugas : 1987 - 1988
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Bersekolah di : Sek. Kebangsaan , Pasar Road
Sek. Kebangsaan, Kampung Baru
Sek. Kebangsaan , Sungai Plong
Kelulusan Iktisas : TUOS

GURU BESAR KEEMPAT
Nama : En. Md Derus b. Hassan Ahmad
Tempoh bertugas : 1988 - 1990
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Bersekolah di : Sek. Kebangsaan Bukit Badung
Sek. Kebangsaan Assam Jawa
Kelulusan Iktisas : TUOS

GURU BESAR KELIMA
Nama : En. Harith b Abd Khalip
Tempoh bertugas : 1991 - 1992
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malayia
Kelulusan Iktisas : TUOS

GUR BESAR KEENAM
Nama : Tn. Hj. Jamil bin Kudu
Tempoh bertugas : 1992 - 1994
Kelulusan Akademik : Sijil Tinggi Pelajaran (HSC/STP)
Kelulusan Iktisas : Sijil Perguruan
di Maktab Perguruan Sultan Idris

GURU BESAR KETUJUH
Nama : Pn. Patiah bt Sapnawi
Tempoh bertugas : 1994 - 1999
Kelulusan Akademik : Diploma Fizik/Matematik
di Universiti Teknologi Malaysia
Kelulusan Iktisas : Diploma Sains serta Pendidikan

GURU BESAR SEKARANG
Nama : Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Hainin
Tempoh bertugasa : 2000 hingga sekarang
Kelulusan Akademik : 1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan (UPSI)
2. Sijil Tinggi Pelajaran (HSC/STP)
3. Sijil Khas Kolej Islam Klang
Kelulusan Ikhtisas : 1. Diploma Perguruan Dan Kepimpinan
Pendidikan (IAB)
2. Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan
(NPQN-IAB)
3.Sijil Perguruan Malaysia (MPKI)
4.Sijil Teknologi Pendidikan (USM)

Tuesday, March 24, 2009

PEMANTAUAN

Hari nie..dalam sejarah betul....bagun pagi tadi aku dah rasa berdebar2....tapi aku buat biasa je lah...kan nazir nak datang bulan 4... Ari nie lepas perhimpunan ada perjumpaan murid Tahun 6...GB ambil tindakan kepada murid yang tidak menghadiri kelas tambahan masa cuti...Ok jugak sekali sekala ambil tindakan...barulah lain kali takut sikit murid nak ponteng....Aku ada kelas Tahun 6 ...3 waktu...tu tat..tu tat...habis waktu aku 2 masa...tinggal 1 masa buat perbincangan kertas ujian bahagian C...lepas tu free....aku ke PSS...konon2 nak buat outomasi.....tut..datang pelawat dari PKG Kuang... aku ingat guru media je terlibat.....Rupanya nak tengok semua termasuklah makmal komputer.....ha jenuh aku nak menjawab....dah lah kelas penuh ari nie... sampai balik. Dalam perjalanan ke makmal komputer aku ternampak mcm pelawat je masuk sebab pakai baju koprat...

Baru je tengah menjawab soalan daripada En. Ali Pegawai PKG Kuang....phone aku berbunyi...aduh...tengok no..KP BI naik...mesti nak memantau PPSMI....ya...Allah rasa mcm nak pitam aku....baru habis jumpa pelawat 1...Kena pula mengadap Pn. Chong Pegawai PPD Gombak...dalam kepada aku mati ....lah kalau nak tengok aku mengajar ari nie....nasib baiklah nak jumpa gurunya sahaja...kalau cikgu takut mesti ada yang tak siap (tahulah)...Nasib baik dia banyak tegur dan baeri tahu apa yang perlu dilakukan...dan perbetulkan mana yang perlu di perbaiki....

Aku kuar bilik GB lepas jumpa pegawai PPD...kerani sekolah perkenalkan seorang Juru teknik untuk makmal komputer...ha lega sikit dah ada orang nak pantau mengenai pengurusan alatan ICT..Bolehlah tarik nafas sikit...bukan mengelak kerja tapi dah tak termampu nak buat...semua kerja nak cepat...Juru teknik perempuan...tadi aku bawa ke makmal...aku suruh dia check mana komputer yang rosak...almaklumlah penyelaras ICT bercuti bersalin. Penolong nie...biasalah sentiasa sibuk....apa pun aku janji dengan dia akan bantu....

Petangkan aku nak ke makmal lagi...kesihan jugak kat dia duduk sorang2 kat situ...
Apa pun ari nie...aku kena ditemuramah oleh 2 orang pemantau...takutnya...tapi sekaran dah legalah sikit....

CARI MAKAN

Hari nie...habis saja waktu sekolah aku bergegas ke Shah Alam...ada hal yang perlu diuruskan...penting jugaklah. Boring jugak kan kalau pe sorang2...so aku pun ajak lah kawan aku yang sorang nie...dia nie...seingat aku tak pernah lagi aku tengok ke, dengar ceta ke.. dia marah orang...tapi kalau aku selalu je....selalu makan daging kot...tu jadi cepat marah....tapi tu makanan yang aku suka....satu lagi daging kambing...pening kepala pun aku tak kisah janji benda sedap...

Tadi sambil berjalan menuju ke tempat yang hendak dituju....sempat lagi aku tanya kat akak nie..."akak tak pernah lagi saya tengok akak marah, akak nie mcm org yang tak ada perasaan. Happy je setiap hari" Dia boleh jawab apa kat aku...."farid kalau ko asyik marah je nanti cepat tua" ada jugak kebenaran apa yang dia cakap tu...

Niat aku nak belanja dia makan...bukan apa asgmnt dapat A kan...nasib baik ada kawan yang sanggup buka pintu pukul 6 pagi nak binding...bukan senang nak cari tu...Aku nak belanja makan kat D'Teratai. Apa dia cakap..."farid ko jangan ckp le nak belanja nanti mesti kedai tak buka lah..." dia mengingatkan aku... "akak mesti jadi ari nie...."dengan penuh yakin. Sebelum kami nak gerak ke restoran tu...aku call dulu...memang menghampakan....kedai tutup. Pukul 6 baru buka semula.

Ini bukan kali pertama aku nak belanja kat tempat aku selalu makan tapi tutup.... Kali pertama restoran Ulik mayang kat Taman Melati....masa tu tak ada sup yang aku suka...memang sedap...ari tu...dapat makan pengat pisang je...Kali kedua...aku ajak makan di Jusco Kepong...Boleh tutup Arena ari tu...pelik betul...selalu raya pun buka.... Nie kali ketiga....dari Shah Alam....pusing ke Seri Pristana....alih2 makan kat mana?? Kat Kuang...oder sup ekor...yang dapat sup kosong....kami gelak je sepanjang jalan balik ke sekolah....

Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu kan...

Monday, March 23, 2009

TENTERA DARAT



Sebenarnya nie gambar abang ipar aku semasa diberi peluang bertugas di UK....Nie.. abang ipar aku yang ketiga....Arwah abang ipar aku yang pertama juga seorang askar....abang ipar aku yang kedua seorang anggota polis...kira semua pakaian seragam lah....tu lah sebabnya aku berminat sangat dengan kerjaya sedemikian.... sebab di kelilingi oleh abang ipar yang beruniform.....sebenarnya segak orang beruniform nie....tu ah....dulu nak ingat nak cari yang beruniform jugak...tapi tak sangkut...sangkut kat orang lain.....jodoh kan...nanti ada orang marah pulak....dikatanya kita nie jenis tak boleh menerima hakikat ketentuan daripada Yang Berkuasa...Tapi kan...kalau tak handsome pun..kalau berpakaian tu....smart je....kemas...tambah pulak askar nie....pentingkan kekemasan...lagi lah...

Saturday, March 21, 2009

SEBAGAI RENUNGAN

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT ..
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.