Thursday, January 29, 2009

KENANGAN ZAMAN BELAJAR


Aku nie…dah biasa hidup susah. Sejak kecil lagi dah biasa tolong mak dan ayah aku di kebun. Aku tak malu nak mengaku yang aku nie…anak seorang penoreh getah. Bila waktu cuti… aku akan pergi menoreh getah…adik-beradik aku semua padai menoreh. Termasuklah yang bongsu. Orang selalu anggap anak bongsu nie manja…tapi adik aku nie….tak macam anak bongsu pun…kerana kepayahan, kesempitan hidup telah mengajar aku menjadi seorang yang beringat dalam berbelanja.

Masa di maktab…terpaksa jimat-jimat. Elaun tinggal berapa je…setelah potong itu ini..nak beli sesuatu jenuh berfikir2. Terpaksa dahulukan apa yang perlu…tambahan pula…zaman aku belajar, negara mengalami kegawatan ekonomi…peritnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Semasa di semester 3…room mate aku, siapa tak kenal Ami Norsaadah Amran. Minah glamour, satu maktab semua orang kenal dia…Dia anak kakitangan kerajaan. Anak orang bandar..tinggal di Taman Sri Skudai. Beza aku dengan dia bagai langit dan bumi…Dia memang orang berduit. Dah dapat elaun pun…mak ayah bagi lagi duit belanja. Wah.memang mewah dia.

Tapi dia nie…seorang yang happy good lucky. Mudah didekati dan mempunyai ciri2 seorang kawan yang baik. Sepanjang aku berkawan dengannya, dia seboleh2nya menjaga hati kawan2nya. Aku senang berkawan dengannya. Bercerita mengenai jimat cermat tadi…dia tak ketinggalan terpaksa ikut cara aku…ya lah dah sebilik. Kami akan membeli sebungkus nasi kongsi 2 orang untuk tengah hari dan sebungkus nasi untuk makan malam. Begitulah rutin kami setiap hari. Makan maggi tu tak usah cerita lah…sebungkus kongsi 2 orang. Tu sebabnya ami masa dengan aku slim….sekarang dah terlebih makan….faham2 je lah…aku pun dah lama tak jumpa dengan dia….

Masa praktikum kami satu sekolah…ha..bermula lah episod duduk umah sewa selama 5 bulan. Memang masalah…kami berdua nie…tak tahu masak…nasib baik lah masak nasi dia tahu….ha..lauk kami beli je kat kedai…Rupanya bertapa rugi kalau tak tahu masak nie…mak aku memang tak pernah suruh anaknya memasak….jadi aku yang malas nie…memang tak pernah cuba pun memasak…masa tu baru terasa susahnya dan rugi tak ada kemahiran memasak. Sampai sekarang pun aku tak minat memasak..dan sanggup makan kat kedai je…lagi pun sorang…jimat lagi beli.

Masa belajar nak makan KFC…Mc D atau pun Pizza Hut jenuh berkira-kira…tapi nasib baik ami nie…faham keadaan kewangan aku…so tak ada lah dia mendesak sangat nak makan semua tu… Kalau dia nak belanja pun …sekali sekala boleh lah…kalau dah selalu segan jugak kan…Hujung minggu nak kuar pun kena fikir…ya lah kalau dah kuar…. Duit pun mesti kena kuar punya… Ami nie..bukan boleh berperap je kat bilik...mula lah sibuk nak kuar. Selalunya ke Terminal 1, atau ke Pakson …2 lah tempat kami ronda…

Bila aku dah bekerja…dapat gaji baru lah rasa senang sikit. Tapi aku tak pernah lupa yang suatu ketika dulu aku pernah susah. Sebab tu …sampai sekarang pun..jika aku bercuti di kampung aku akan pergi menoreh walaupun dah bergelar cikgu…seronok menoreh nie…rindu bau getah ‘buku’ nie…lain…yang melalui saja akan mengetahuinya…..

“Pengalaman adalah guru yang terbaik kepada kita.”
“Pengalaman mengajar kita erti kehidupan sebenar.”
“Pengalaman mendewasakan kita.”

0 ulasan: