Sunday, January 4, 2009

SALINAN PTK

Semasa cuti ari tu….kawan aku kat Kuantan, minta tolong ambilkan salinan keputusan PTK di Cyberjaya…Secara kebetulan aku ada keja menghala ke sana….so kira ok lah 2 dalam 1….bukan apa jimat minyak…..Malam tu aku riki dulu tempat tu….Aku bukan biasa sangat dengan kawasan Cyberjaya….Putrajaya pun..kadang2 sesat jugak…Supaya esok tak tercari2…aku riki dulu…..Pusing punya pusing dengan adik aku…tak jumpa2….Last sekali aku tanya orang…. Lah rupanya tempat aku dah lalu tadi….. Bangunan CBD Persiaran Multimedia.

Sebelum nie…aku pun tak tahu…nak mohon pergerakan gaji yang dah lulus 4,4 perlukan semua salinan yang tahun2 sebelumnya….Nasib baiklah aku dah buat satu fail khas untuk PTK….Senang nak rujuk kalau ada apa2 hal nanti…..Tapi tu lah….tak lulus2 lagi…4 tahun dapat 3,3…tahun lepas lulus lah 1 paper. Dah boring ambil paper P&P, aku ambil paper pengurusan sukan….mak datuk susahnya soalan… ingat nak skor….3 kali baca buku yang aku beli….hampeh…kuar yang tak ada dalam buku…tahun nie aku daftar pengurusan kokurikulum…kawan aku ckp apa “akak nie tak ada pendirian langsung” asyik tukar2 paper je. Bukan apa syarat untuk Time-Based dah cukup…

Esoknya, aku bersiap2 untuk ke sana….nasib baik lah…sekali lalu, aku dah ingat jalan… Macam biasalah stail aku….seluar jeans & t.shirt…sempoi tapi biar kemas. Aku masuk ke pejabat tu…ada seorang tukang sapu sedang baca paper….kat kaunter pertanyaan pulak sibuk minah nie….bergayut dengan family nya…. Aku dapat dengar dengan jelas…Aku datang dia selamba je berborak tanpa rasa bersalah….Aku tengok je….mungkin dia fikir pelanggan sempoi nie…. tak kisah…Tak pe…aku sabar…aku duduk kat sofa, baca paper…mana tahu kot2 ada ceta hanyat lg sensasi…..adalah dalam 10 minit. Dia panggil aku “Ya cik, ada apa?” “saya nak dapatkan salinan keputusan PTK kawan saya” “siapa ha….nanti saya tanya jap” Minah tu sibuk lah call sana sini…nak cari pegawai yang terlibat…lepas tu dia past phone kat aku…suruh bercakap sendiri. So, aku bagi tahu lah tujuan sebenar aku….”cik bukan boleh ambil mcm tu je….ada prosedurnya” “ oh ya ke? ok lah kalau mcm tu…apa prosedurnya?”

“ cik perlu sediakan….salinan i/c, wang pos RM20, buat surat rasmi, sediakan sampul surat beralamat sendiri.” “Tak pe lah…kalau mcm tu…saya akan sediakan.””Cik tak perlu datang…pos je nanti” Aku pun letak telefon…dalam hati….kawan aku nie…ckp datang ambil je….dia dah call….Minah tu tanya aku. “cik dari mana?” “Dari Pahang…kebetulan ada keja kat area sini” Padahal aku keja kat Selangor je…”Jauhnya” Dalam hati…tahu pun ko…

Kesimpulannya, jika kita ingin berurusan dengan jabatan yang jauh daripada tempat kita…seelok2nya phone dulu….tanya biar jelas, apa dokumen yang diperlukan dan dengan siapa kita perlu berurusan..Bukan apa…supaya tak macam orang bodoh kat situ….Lepas tu buang masa, tenaga sebab kena buat keja 2 kali.

Aku ingat zaman sekarang istilah pilih bulu dah tak ada di jabatan kerajaan…..setelah banyak kempen mesra pelanggan….Rupanya tanggapan aku salah. Mungkin ari tu….kalau aku datang siap bertanda nama, berkasut tumit tinggi, dengan hand beg….mesti layanan berbezakan….Standard lah jabatan kerajaan….Aku tak kisah lah…janji urusan kawan aku tu settle….Aku dengar ceta dia baru dapat salinan tu….selepas sebulan lebih….padahal janji dengan aku 2..3 ari je….tu pun aku guna sampul surat express….kalau sampul surat biasa tak tahu lah…..

“Penampilan, gaya, personaliti, pangkat, kedudukan, pendidikan, kekayaan…tetap menjadi ukuran dalam masyarakat kita ari ini”

1 ulasan:

izazin said...

biasalah cikgu, ada soalan ramalan hbhe tak? snd plz to me lisazin@ymail.com t.q