Friday, August 14, 2009

MASIH ADA YANG SAYANG


Dalam kesibukan..ada lagi masa aku berjumpa dengan kawan2. Semalam aku jumpa kawan lama...sambil makan sempat lagi sembang2...entah macam mana terkeluar pasal anak angkat. Depa nie memang tahu aku ada jugak bercadang nak ambil anak angkat....tapi bukan sekarang, tengoklah habis belajar nanti....sekarang tak terkejar...

Orang yang nak bagi anak tu belum bersalin pun lagi....mengandung 8 bulan. Aku memang bersemangat nak tahu cerita....mcm mana senangnya orang nak bagi anak kat dia...Alkisahnya, yang mengandung nie budak berusia 15 tahun...masih sekolah lagi...budaknya nampak baik je...comel pulak tu.

Pada minggu lepas kawan aku nie, pergilah umah budak tu nak tengok sendiri. And than mak budak tu... percaya pulak tu...bagi anak dia yang mengandung ni dibawa balik.. so kawan aku pun bawa ke KL. Sudah budak perempuan nie sebaya pulak tu dengan anak dia.... Kebetulan tempat kerja dia.... ada kakak nie pun sedang mencari anak angkat....jadi kawan dia nie lah jaga.

Yang paling aku terharu...begitu mulia kawannya tu...bawa pergi scan....panjat sana...panjat sini nak tanya mengenai peperiksaan PMR budak nie...jaga makan minum... balik lambat je dah risau budak tu nak makan apa.... Semua yang budak teringin nak makan... kakak nie layan. Harapan mudah2an budak tu selamat melahirkan anaknya. Dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak mengulangi kesilapan yg sama.

Mak dia cuma pesan bila dah bersalin...dah sihat sikit anak dia hantar lah semula...yang budaknya tak habis2 menangis je...budak umur 15 tahun...rasanya dia pun tak tahu kesan dan akibatnya tu....budak kampung..

4 ulasan:

relevan said...

..Budak umur 15 tahun tu kes ketelanjuran ke?..ishkk ..

eeeda said...

Kes terlanjur. Sekurang2nya budak tu tak buang bayi berkenaan.

kin hashim said...

Mudah2an budak tu insaf atas apa yg dah berlaku. Sekarang ni, tak kira kat mana, bandar ke luar bandar ke, gejala sosial berleluasa.

su said...

sekurang-kurangnya berkuranglah nyawa bayi yang disia siakan...amin.tahniah kepada akak tu...