Saturday, May 7, 2011

JANGAN TERLALU MENGHARAP

Dalam hidup nie... kadang kala kita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah... sehinggakan ada masalah yang kita hadapi terpaksa libatkan orang lain... kalau boleh memang tak nak menyusahkan sesiapa... itu prinsip hidup aku... sebolehnya aku akan berusaha selesaikan sendiri. Tapi apa kan daya... dalam keadaan tertentu kita terpaksa meminta bantuan daripada orang lain.

Aku paling takut nak minta tolong orang... sebab aku takut dengan jawapan yang akan mengecewakan... sepatutnya kita perlu berfikiran terbuka... kalau minta pertolongan seseorang jangan terlalu mengharap... sekiranya kita terlalu mengharap... takut orang yang kita minta tolong tak dapat nak menolong kita juga yang akan kecewa.

Kisahnya, flight aku ke Langkawi akan berlepas pada pukul 7.00 a.m.. bermakna aku perlu berada di sana seawal jam 6.00 a.m. So, memang aku memerlukan seseorang untuk menghantar ke sana. Kalau siang hari, aku tak kisah... banyak kemudahan awam yang boleh aku gunakan. Ini bukan masalah baru... sebelum nie pun... menjadi masalah bagi aku untuk ke sana... terpaksa minta tolong orang nie... minta tolong orang tu.

Untuk kali ini... memang aku ada beberapa plan. Bukan apa, kalau plan A tak jadi.. boleh guna plan B dan Plan C. Benda macam nie memang nampak remeh... tapi kena fikir awal. Aku nie, dalam satu masa kekadang memikirkan banyak perkara... kalau 10 perkara yang aku sedang fikir tu... mungkin satu je masalah aku.... yang lain tu semuanya masalah kekawan dan orang yang berada di sekeliling aku.

PLAN A: Aku memang minta tolong seseorang nie... dia memang bersetuju pada dasarnya. Tapi bila memikirkan kerjanya yang selalu dapat call last minute... dan terpaksa ke luar negara... Jadi aku perlu ada plan yang lain. Lagi satu, aku nak jugak uji dia... setakat mana dia boleh memberi komitmen jika aku minta tolong. Orang yang sentiasa sibuk dengan kerja... tetapi masih berusaha meluangkan masa untuk aku... Minggu lepas ke Hatyai dan balik tu ke Tanjung Balai, Indonesia... minggu nie, hari Jumaat ke Dumai, Indonesia... Ahad baru balik... harap minggu depan tak ke mana lah.

PLAN B: Aku nak parking kereta umah kawan aku di Taman Sentex... tapi dia pulak plan nak balik kampung... tapi kalau dia tak jadi balik... dia akan inform awal lah... dia tak kisah aku parking kereta umahnya. Lagi pun memang dia selalu offer pun. Plan yang nie aku paling suka sebenarnya... masa pe je menyusahkan dia untuk hantar ke LCCT... balik kan... aku ambil teksi je ke umahnya. Lagi pun dari umahnya ke LCCT bukan jauh pun.

PLAN C: Aku minta tolong member aku hantar... dia ada LADAP pada hari tu... dia minta aku tidur di rumahnya... yang nie susah lah... kalau aku sorang tak pe... nie dengan kekawan yang lain lagi... aku faham kekangan masa dan terpaksa terkejar-kejar nanti. Terima kasih kerana terpaksa fikirkan masalah aku... dan memberikan cadangan... aku boleh terima jika kau katakan tak boleh hantar.

PLAN D: Insya Allah akan ada jugak... kalau plan A dah berjaya.. yang lain tu boleh tarik nafas lega.

Patut lah kawan aku sanggup beli kereta Iswara lama... supaya senang nak parking di LCCT so tak payah nak menyusahkan orang lain untuk menghantar... dia parking kat tepi jalan je... sikit pun dia tak kisah. Dia lain lah... selalu terbang... kalau selalu nak minta tolong orang jenuh lah. Kalau naik teksi RM300 pergi balik... 15 kali terbang je dah sama dengan harga keta tu.

Balik aku tak kisah... sebab hari masih siang lagi... so aku boleh gunakan kemudahan awam yang ada je.

0 ulasan: