Wednesday, October 5, 2011

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU PART 7

Hari Sabtu on the way ke Kundasang kami memang lalu sini... ingat balik kan nak singgah... tak sangka pulak ada jambatan baru... entah macam mana kami balik lalu jambatan baru.

Hari Ahad lepas check out... kami bergerak ke sini semata-mata nak bergambar... perjalanannya mengambil masa 30 minit pergi dan balik lagi 30 minit... sanggup tu. Tu yang bergambar sakan... sebab memang khas ke situ je.

Nie post khas untuk Jambatan Tamparuli je... tak sempat nak cari lagu jambatan nie.

Nie memang nak ambil supaya nampak kereta bergerak di jambatan bawah tu... sanggup tunggu tu..

Banyak-banyak gambar kat Jambatan Tamparuli nie... yang nie aku paling suka... sebab???
Nampak penuh jambatan tersebut... selalu dok tengok dalam gambar dan dokumentari je... tak sangka boleh sampai ke sana.

Sempat lagi aku duduk atas jambatan nie..

Nadia pun boleh tahan jugak bab bergambar nie...

Dulu kami berdua ke mana pun... sekarang dah bertiga lah... tambah laki dia sorang lagi... mungkin akan datang berempat... tapi tak tahu lah bilanya...

Memang bergambar sakan dekat Jambatan Tamparuli nie... bermacam-macam aksi dan gaya...

Gambar berempat... mesti kena tempek kat sini... nanti ada pulak yang tertanya-tanya dengan siapa aku pergi bercuti... dalam persahabatan mesti saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan ada curiga... bila ada curiga tu yang hidup tak tenang.

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU PART 6

Shopping time... malam kedua kami di KK, kami keluar beli sedikit buah tangan untuk keluarga dan kekawan. Kali nie kami borong segala macam jenis produk yang berasaskan laut. Antaranya ikan kering, ikan bilis, belacan dan pelbagai jenis keropok. Sekotak tu beratnya lebih 20 kg... kesian laki kawan aku yang kena pikul.

Aku teringat masa ke Labuan... mak aku suka sangat ikan kering yang nipis tu... kebetulan kat sini ada... so aku borong 2 paket lagi... tak sempat dia nak merasa... malam nie dah nak berangkat ke tanah suci. Harap boleh tahan lah ikan tu...

Tu belum kira barang kecil-kecil... keronsang mutiaranya... key chain... dah biasa ke mana pun ada buah tangan untuk kekawan... so kalau tak beli tak seronok... sebenar dia orang tak kisah harga tu... mahalnya terletak pada kenangan barang tersebut.

Kalau ke Sabah, pasti kan balik penerbangan petang... pagi tu boleh pergi Sunday Market dulu... lebih kurang macam pasar pagi kat Shah ALam... macam-macam ada.

Aku biasa lah suka barang-barang perhiasan nie... gerai jenis nie dulu lah yang aku singgah.... tertarik lah pulak dengan siput Sabah... aku beli jugak lah 3 ekor buat kenangan... dah lama aku teringin untuk memilikinya... rumah anak buah aku ada 2 ekor... aku minta seekor pun tak bagi... katanya yang arwah ayah dia.

Teringat kawan nie call... tanya barang apa yang aku beli di Sabah.
"Sayang beli apa di Sabah??"

"Beli siput 3 ekor buat perhiasan" sambil gelak-gelak.
"Kat rumah tu abang tengok dah macam muzium... semuanya nak kumpul barang lama"
Dalam hati dah minat... tak boleh buat apa. Minat nie siapa pun tak boleh larang...

"Rumah isteri muda, dipenuhi dengan barang klasik... rumah isteri tua dipenuhi dengan barang mewah... tak adalah abang boring" sambil gelak... niat nak melawak je pun.

Kawan aku tu memang suka bergurau dan buat lawak.

Luasnya boleh tahan jugak pasar nie... lenguh lah berjalan. Kalau hari Ahad minggu pertama setiap bulan ada persembahan dari Seni Kebudayaan untuk menghiburkan tetamu dan pelancong yang datang ke Sabah... boleh dikatakan semua lagu yang dinyanyikan terdiri daripada lagu negeri Sabah dan jugak patriotik.

Gerainya di celah-celah bangunan... penuh sesak lah... nak selesa berjalan kena datang awal... time aku sampai nie dah pukul 9 lebih... kat sana dah panas...

Aku ada beli mug seramik... tapi sayang patah lah pulak tangkainya... silap aku tak masuk dalam beg pakaian... masuk baggeg selamat lah mug tu.

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU PART 5

Balik dari Poring Hot Spring kami singgah di Taman Kinabalu... ada bayaran masuk gak... RM3. Di sini memang tak ada aktiviti pun... kami hanya sekadar pusing di dalam nie je. Jalan dalam nie one way tau... jangan jadi macam sebuah kereta tu.. tak perasan ke apa... salah masuk... apa jadi lepas tu aku pun tak tahu... masalahnya, jalan sempit... kalau dia nak pusing semula pun bukan senang. Aku harap dia selamat lah...

Singgah di Timpohon View untuk bergambar... kawasan nie sebenarnya viewnya cantik... tapi time aku sampai cuaca dah mula berkabus... kawan aku ada beritahu yang tempat nie memang cantik dan sangat sesuai untuk mereka yang giler bergambar macam kami nie... dan mungkin juga anda pembaca blog nie he he he.

Kenangan tu... bukan dapat selalu ke sana... so peluang dan ruang yang ada perlu digunakan sebaik yang mungkin. Penting sebagai koleksi peribadi kita pada hari ini... dan mungkin jugak untuk tatapan anak cucu kita akan datang... biar berpandangan jauh, tak rugi pun...

Dari kejauhan kita boleh nampak air terjun... kat sini memang sejuk.. suhu boleh mencecah 23 darjah selsius... seronoknya dengan tiupan angin yang mendamaikan. Bila lah gamaknya aku dapat peluang mendaki Gunung Kinabalu nie... nak ajak member nie temankan pun... kaki dia dah bermasalah... pemain ragbi biasalah kalau tak patah riuk tu tak namanya pemain ragbi.

Bukan tak boleh join group lain... tapi takut masa tak sama dengan kita.

Berbekalkan sarapan pagi di hotel je... kami tak makan tengah hari pun... sampai di Pekan Nabalu aku dah tak tahan lapar... aku cari pisang untuk alas perut... aku tertarik dengan pisang yang nie... namanya pisang tembaga... aku ingat buaya je... ada buaya tembaga...kerana warna aku jatuh cinta. Rasanya macam pisang biasa je pun.

So kami berempat mengerjakan pisang sesikat nie... nak berhenti makan kat kedai... tak berani lah... makan sebarangan. Kawan aku dah pesan... jangan makan di kedai sebarangan.

Sampai di Tamparuli kami nampak gerai orang menjual buah durian... kononnya nak merasa buah durian Sabah... you all nak tahu tak berapa harga sekilo... RM25. Buah yang aku pilih 2 kg... boleh kira sendiri reganya. Hu hu hu hu sungguh aku tak sangka.

Aku kalau musim durian punya lah mewah kat kampung... pilih yang sedap-sedap je makan... dah tu yang semalaman tak makan... kononnya dah tak sedap... nak makan yang baru gugur je.

Bila sampai di Sabah nie... baru aku rasa bertapa mahalnya harga untuk sebiji buah durian... jadi bersyukurlah kita yang selalu dapat makan durian dengan harga yang jauh lebih murah dan mungkin jugak free serta sedap.... bagi mereka yang ada dusun sendiri lah.

Dalam perjalanan kami singgah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.... nie pun masjid terapung jugak... aku tak pasti sama ada air masin atau tak... kalau air masin logik gak sebab sebelah tu dah pantai. So bukan kat Ganu je ada... di Sabah pun ada masjid terapung... sebenarnya ada lagi di tempat lain masjid terapung nie.

Selesai solat, kami minum petang di gerai yang terletak berdekatan dengan masjid. Lepas tu kami berkejar ke Tanjung Aru... hu hu hu gigih sungguh aku and the gengs.. aku yang beriya-iya nak ke sana... sebab nak tengok matahari terbenam. Kalau ikutkan depa semua dah kepenatan... tapi dah driver nak ge... yang lain layan je lah.

Pantai Tanjung Aru memang cantik... hari tu memang ramai orang mandi-manda... tapi sayang cuaca tidak mengizinkan... so tak nampak matahari terbenam... ditutupi oleh awan tebal. Esok masih ada... sebelum gerak ke Airport, aku harus ke pantai terlebih dahulu untuk lihat matahari terbenam.

Alah Airport terminal 2 bukan jauh pun dengan pantai. Berjaya ke tak??? nak tengok matahari terbenam... aku akan post khas dalam label pemandangan... kat situ semua koleksi pemandangan yang indah-indah.

Tuesday, October 4, 2011

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU PART 4

Dari Kundasang kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring... pada asalnya tak nak pe... tengok jarak jauh sangat... tapi dah alang-alang datang... rugi pulak tak pergi kan. Kat sini dah hampir pukul 12.00 tengah hari... matahari dah mula terik. Di sini nak masuk dikenakan bayaran RM3 seorang.

Apa yang ada di sini??? tentunya kolam air panas... menariknya tempat nie diurus dengan baik. Air panasnya dialirkan ke banyak bahagian... so dalam masa yang sama ramai orang boleh mandi... Kami just rendam kaki je... aku nak post gambar rendam kaki... tapi tengok bulu kaki banyak je... tak sesuai lah pulak... seksi sangat... biarlah aku buat koleksi peribadi je.

Aku rendam tangan aku yang gatal... jadi merah macam udang kena bakar... aku jadi pelik... masa ke Labuan hari tu pun sama gak... tangan aku merah macam udang kena bakar... ge Terengganu ari tu tak ada pulak... aku ingat dia sensitif dengan angin Sabah je kot... aku nak tengok ge Kuching bulan depan macam mana??? merah ke tak.

Kemudahan yang disediakan kepada pengunjung... tempat mandi yang siap berbumbung lagi. Disediakan juga paip supaya pengunjung boleh menukar air yang telah digunakan oleh orang lain. Setidak-tidaknya terjamin jugak lah kebersihannya. Tak ada lah bercampur macam-macam jenis orang yang menggunakannya.

Hu hu hu... gambar nie aku suka... antara yang aku setting untuk dapatkan gambar kami semua. Boleh je minta tolong orang... tapi malas lah. Bawah tu terdapat anak sungai... airnya jernih sangat. Jambatan nie baru kot... sebelum nie guna jambatan gantung.

Panas boleh tahan jugak airnya... mula-mula rasa dengan tangan... agak-agak confident baru baru boleh letak kaki...

Selain kolam air panas... terdapat jugak jambatan kanopi, tapi kami tak pergi pun... taman kupu-kupu dikenakan bayaran yang lain pulak... kawan aku 3 orang tu pe tengok... aku layan sembang dengan kawan time tu.

Air terjun pun ada... so banyak jugak aktiviti boleh dilakukan di sini. Luar kawasan nie terdapat gerai menjual barangan kraf tangan. Jika malas membeli di sini... dalam perjalan balik... boleh lah singgah shopping di Pekan Nabalu.

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU PART 3

Hari kedua berada di Bandaraya Kota Kinabalu... aku seperti hari-hari yang berlalu... memang ada orang yang kejutkan bangun solat Subuh... siap azan lagi di talian... sayu lah pulak kan... bila berada dikejauhan nie. Rindu memaksaku menyayangimu. Menyayangi tidak bermakna kita dapat memilikinya.

Setelah mengambil kira beberapa faktor... aku booking hotel D'Borneo... hotel nie sangat stategik berdekatan dengan pasar malam... memang setiap malam ada pasar malam tu... belakang hotel je pun... hotel nie jugak berdekatan dengan Pasar Filipina dan tempat makan, makanan laut pada waktu malam... kalau hari minggu pulak... berdekatan dengan Sunday Market... semua tempat nie boleh jalan kaki je.

Seawal jam 7.00 pagi kami bersarapan di hotel... hotel nie tak ada lah mahal sangat pun... semalam RM125 dan bilik dulux RM150 siap dengan sarapan... tapi kena tunjuk bukti gomen staf le. Kalau pergi ramai better sewa apartmen je ... semalam baru RM240.

Aku selaku driver untuk trip kali nie... meneruskan perjalanan menuju ke Kundasang... sebelum tu sempat lagi aku sembang dengan pekerja hotel... selok-belok jalan ke sana. Berpandukan peta yang diberi dan pembantu aku... suami kawan aku.. he he he jangan marah ye anis... abang hang duduk depan. Memandu kereta ke sana sangat mencabar... jalan yang berliku-liku... memerlukan pemandu yang mahir guna kereta menual nie... nak kena main gear sentiasa.

Sebelum tu kawan den nie berkali-kali pesan... supaya berhati-hati memandu.
Boleh dikatakan sepanjang berada di sana... kawan aku nie sentiasa monitor dari jauh. Please trust me ok.

Target kami nak sampai sebelum pukul 11.00 a.m... bukan apa kalau lewat kan... mesti dah tak nampak pemandangan yang cantik tu... kamera cap ayam... tak berapa cantik gambarnya... sekarang ke mana pergi pun masing-masing dengan DSLR... tercabar betul aku. Keinginan ada... tapi kemampuan je belum ada.

Gambar nie aku post kat FB... ada sorang anak murid nie komen..

"
Ida Syafierda ckgu bjiwa muda lg skg kan heheh..."
"Ida Syafierda spe xknl ckgu faridah .. still bpnmpilan yg simple but kemas n rapi... hehehe... cntiklh bltrkn gung nie.

Anak murid aku first posting dulu... masa tu aku umur 22 tahun... depa tu umur 12 tahun.... so sekarang depa nie dah berumur 23 tahun.


Nie lah penampilan aku dari dulu hingga kini... ada seseorang nie suruh aku ubah penampilan... almaklumlah aku nie berkawan dengan ustazah lah... ustaz lah... tn hj lah... hajjah lah... Insya Allah mudah-mudahan terbuka pintu hati... nak buat sesuatu biar ada keikhlasan... jangan kerana terpaksa.

Bergambar bertiga... tentunya suami kawan aku tu yang menjadi mangsa untuk ambil gambar kami. Kat kawasan nie memang ramai yang berhenti... semata-mata untuk ambil gambar... dan memang disediakan ruang khas untuk parking kereta.

Sempat lagi aku menyelit dengan kawan nie... sporting habis laki dia... macam nie kekawan pun selesa.. tu sebab malam sebelum berangkat ke KK aku memang tidur di rumahnya... dia balik kerja pukul 1.00 pagi... dan time tu aku tak tidur lagi... dah jadi kebiasaan kalau nak ke mana mesti tak lena nak tidur. Aku ingat ko orang pun sama jugak kot...

Tak sabar aku nak tengok motor barunya... sembang punya sembang... dia dah memang tahu kot aku nie minat motor besar ... siap offer kat aku tu... untuk tunggangnya... macam tak percaya pun ada... confident lah pulak laki kawan aku nie. Orang offer, apa lagi... aku test lah power... pusing-pusing kawasan umah depa... tapi kalau dapat, nak pecut kat highway... nanti lah lain kali aku nak pinjam... he he he.. tu pun kalau dia percaya kat aku.

Masa nie, sejuknya... orang kawasan nie memang tak merasa cuaca yang panas gamaknya... jimat dah tak payah pasang air-cond. Memang sepanjang perjalanan ke sana kami tak pasang air-cond kereta... sebab udara luar lagi segar dan nyaman.

Nie lah rupa kereta yang aku sewa dengan sorang ustaz yang mengajar di salah sebuah sekolah Bandar KK... kekawan yo oo ingat aku dah kenal... padahal baru kenal time nak sewa kereta... itu pun aku cari kereta sewa melalui tenet je. Bagus gak service ustaz nie. Orang kelate... tu senang baso lah dengan gu sendiri.

Kami bukan menginap di sini pun... just berhenti semata-mata untuk bergambar... tapi kalau datang lain kali... teringin jugak untuk menginap di sini... mesti best kan... pepagi buta je boleh bergambar... tempat nie memang cantik... aku pernah search harganya... tak adalah mahal sangat. Boleh lah kalau nak menginap tu.

Gigih aku lintas jalan... semata-mata nak bergambar ala-ala di luar negara... kan cerita hindustan suka berlakon di kawasan pergunungan... aku kan peminat setia cerita hindustan. Belakang tu curam... pada mulanya aku nak panjat atas benteng tu... bila tengok dalam, tak berani aku.... nanti tak pasal-pasal jatuh ke bawah... aku nie belum ada zuriat lagi.

So hari kedua dah berlalu... memang seharian di Kundasang, Taman Kinabalu dan Poring Hot Spring.

Kalau orang lain, nak buat sesuatu ingat insan tersayang....
Aku pulak, nak buat sesuatu ingat belum punya zuriat...

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU PART 2

Program hari pertama jelajah ke Taman Tunku Abdul Rahman... pakej kami melibatkan aktiviti ke 4 buah pulau... Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan satu lagi aku lupa lah pulak... serta lalu di perkampungan air. Makan masa setengah hari jugak lah untuk aktiviti Island Hopping nie.

Terasa rugi jugak lah... sebab tak buat apa-apa aktiviti pun setiap pulau yang kami singgah.... just cuci mata dengan pemandangan yang cantik. Aku minat jugak mandi laut nie... lain kali kalau ke Kota Kinabalu lagi... sehari je aku nak spend untuk mandi-manda di Pulau... ge pepagi dan balik petang.

Tengok lah... airnya jernih giler... ikan memang boleh nampak dari Jeti... pantainya memang bersih...

Sempat lagi kawan aku nie snap gambar aku tengah bergayut... bergayut dengan phone... masa nie memang mengantuknya... aku rasa kalau lama kat atas pokok tu mau lena...

menghirup udara sepoi-sepoi bahasa... terasa tenang...
tak kala deruan ombak kedengaran... terasa damai.

Sesekali kita perlu rehatkan minda setelah sekian lama bekerja memerah otak... lebih seronok jika kita bercuti tak fikir benda lain... nie dalam kepala macam-macam dok fikir. Tapi bila tengok kekawan aku enjoy bercuti dengan aku... seronok jugak... walau pun dalam hati hanya tuhan je yang tahu.

Keindahan pulau dari kejauhan... kami dah tak singgah pulau yang nie.. memang dah kepenatan... senang sewa bot khas... ikut masa kita... ala-ala gaya hidup mewah je kami nie... pada hakikatnya tak seberapa pun. Nak pe bercuti setahun sekali pun susah.

Aku teringat kawan aku... kewangannya sangat teruk... sebabnya, mengamalkan gaya hidup mewah sehingga memaksanya berhutang dan berhutang... akhirnya tak termampu untuk melunaskan hutang tersebut... harap-harap kita semua tak sampai ke tahap tu dan sentiasa berwaspada dalam berbelanja.

Perkampungan air yang terletak tak jauh pun dari Jeti... kalau kita rasa kita susah... sebenarnya ada orang lain lagi susah... ingat senang ke hidup di perkampungan air... air tawar pun ambil dari tanah besar menggunakan tong besar... tu belum lagi kita ambil kira faktor lain... so bersyukurlah dengan kehidupan kita hari ini. Walaupun tak mewah tapi... dapt hidup dengan selesa... semua kemudahan kita dapat.

Gaya hidup mewah... menjadi impian semua orang... tapi bagi aku, kehidupan sekarang pun dah cukup selesa. Bercuti nie bukan sekadar untuk berhibur... tapi setidak-tidaknya ambil pengajaran daripada percutian tersebut.

Seronok naik bot nie... untuk orang yang tak mabuk laut lah... bagi mereka yang mabuk laut tu... jangan lupa telan ubat awal... confirm tak mabuk. Baru lah dapat menikmati keindahan lautan yang terbentang luas.

Jeti Jesselton nie bukan sahaja untuk bot ke pulau-pulau sekitar je... tapi ada juga menyediakan feri ke Pulau Labuan... patut lah kawan den di Labuan selalunya kalau nak balik semenanjung naik feri ke KK dan baru ambil flight ke KL. Ingat sekali, aku nak merasa ke Labuan dari Kota Kinabalu dengan menggunakan perkhidmatan feri... mesti seronok. Dah lama aku tak naik feri... last sekali aku naik ke Pulau Pangkor tahun lepas... tu dekat je... tak sempat panas punggung pun.

Naik feri ke Dumai, Indonesia... menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan... dan akan dikenang sampai bila-bila. Mengalami sendiri situasi di laut ketika cuaca buruk... laut bergelora sehingga ombak mencecah beberapa meter tinggi. Mengalami sendiri situasi genting di dalam feri dan ketika itu penumpang mula panik... suasana tidak terkawal... jeritan kedengaran.

Tapi lain kali kalau nak naik feri kena tengok musim... kalau musim tengkujuh tu yang le. Sangat bahaya.

Monday, October 3, 2011

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU

Pada 30 Oktober hingga 2 September 2011 aku berpeluang bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Tiket flight tambang murah nie aku booking pada 30 Jan yang lepas... bayangkan 9 bulan yang lalu... kalau simpan duit untuk belanja RM100 sebulan pun dah cukup... tu orang selalu pesan, perancangan penting supaya percutian berjalan dengan lancar. Nak kata murah pun... aku rasa tak jugak... pergi balik dalam RM252 seorang.

Kalau nak ikutkan... memang aku tak seronok pun nak pergi bercuti kali nie... dalam kepala nie macam-macam hal aku dok fikir... tapi memikirkan trip nie aku yang handle... so memang tak patut lah kalau aku tak pergi. Aku handle???? macam aku pernah pergi ke sana... sebenarnya aku terjah je... tapi sebelum tu, search internet dulu untuk dapatkan maklumat serba sedikit berkenaan tempat-tempat yang menarik yang perlu dilawati dan... sempat lah aku tanya kekawan yang pernah sampai ke sana.

Nasib baik lah sepanjang berada di sana... aku tak henti-henti dihubungi oleh orang-orang yang menyayangi aku... hu hu hu... tak sangka aku ada peminat... wah seronoknya. Bagus jugak, sekurang-kurangnya melancarkan lagi perjalanan aku di sana. Terima kasih, kerana sentiasa menghubungi dan mengingati aku... aku amat menghargainya.

Flight kami pukul 6.45 a.m... dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Terminal 2) dalam pukul 9.30 a.m... lama jugak tu berada dalam pesawat. Aku memang mengantuk sangat... sebab malam tu aku tidur sejam je... pukul 4.00 a.m dah bergerak ke LCCT.

Sampai je di Airport, kami tunggu Ustaz kereta sewa. Aku sewa kereta Myvi untuk memudahkan pergerakkan sepanjang berada di Kota Kinabalu. Sewa kereta RM270 dan minyak kami tuang RM55 sampai di Airport dah merah... memang pandai betul budget.

Destinasi seterusnya kami bergerak ke Jesselton Point Terminal Feri Kota Kinabalu. Aktiviti hari pertama nak menjelajah pulau yang dikatakan sangat cantik tu.

Aku tahu pondok phone warna merah nie ada kat London je... tak sangka kat Malaysia pun ada... rugi kalau tak bergambar... nak pergi London tu, tak tahu bila... Aku bercuti bersama Anis dan suaminya... merangkap pegawai peribadi dia... rasa selamat sikit ada lelaki nie.. sorang lagi tu kawan sekolah Anis... tak sangka Nadia nie, cepat mesra dengan orang... pada hal nie kali pertama aku jumpa dia.

Tengok bot yang sedia menanti di jeti untuk membawa pelancong ke Pulau Manukan dan pulau-pulau sekitar nie... setelah semua tempah tiket dibuat... sewa bot RM250 untuk pergi melawat 4 pulau dan singgah di perkampungan air. Aku dah lupa bayaran apa seorang RM7.20... tapi oleh kerana kami tunjuk kad koperasi guru... nak menunjukkan kami nie kakitangan kerajaan... so dapat lah separuh harga... he he he... so kesimpulannya jangan lupa bawa lah apa-apa kad yang membuktikan kita nie kakitangan gomen.

Sebelum ke pulau, kami menjamu selera di Restoran Nasi Padang Ibu yang terletak di jeti berkenaan... harganya boleh tahan jugak... tapi memang sedap... hari ini dalam sejarah aku makan terung goreng banyak... selalu memang aku tak suka terung... standby lah RM 20 lebih untuk seorang... tapi sebenarnya bergantung jugak lauk apa yang kita ambil... kalau dah gaya makan mewah... tentunya duit kena mewah.

Sampai jugak akhirnya aku ke Taman Tunku Abdul Rahman, Pulau Mamutik... aktivitinya hanya cuci mata je... next time aku nak mandi.

Memang cantik lah pantainya... pasir yang putih.... kalau tengok kat belakang aku tu... gaya santai pelancong selepas penat melakukan aktiviti air... snockling.

Alamak, lupa pulak... benda alah nie... ada tu nama kat batu... tangan emas nie pun aku bergambar... tapi kali nie kurang sikit bergambar. Mood tak berapa baik dan mental tak berapa
stabil.