Wednesday, October 19, 2011

HILANGKAN STRESS DI DESA WATER PARK

Copy from en. abang google

Semalam aku merupakan salah seorang guru pengiring yang terlibat dalam rombongan bawa murid-murid Tahun 6 mandi-manda di Desa Water Park. Kami pergi 2 buah bas... sebab sambutan sangat menggalakkan. Tempat nie pukul 12 baru dibuka kepada pengunjung... so pagi tu kami singgah dulu di Tugu Negara. Dah lama aku tak ke sana... rupanya dah banyak berubah... memang cantik lah. Siapa yang tak pernah sampai tu... ambil lah peluang ke sana.

Kali nie aku memang bercadang nak mandi sepuas-puasnya... sebelum nie aku memang pernah ikut rombongan bersama murid Tahun 6 beberapa tahun yang lepas... tapi tak mandi pun. Kali nie bersemangat tu... siap beli seluar mandi tu he he he he... seronoknya dapat bermain ombak... sekali tu pelampung kami terbalik... sempat lah aku minum air dua-tiga kali... kami nie gengs yang tak pandai berenang.

Bayangkan aku mandi start pukul 12 tu... sampai pukul 3.40 petang... lama kan... sampai kecut lah kaki tangan aku... Sebenarnya seronok pe hari biasa nie tak ramai orang... aku tengok mana-mana tempat pun penuh dengan anak murid aku je... Perlu diingat tempat nie Hari Rabu ditutup. Takut nanti hampa dah ambil cuti... konon-konon nak bermandi manda... tapi tersilap time pulak...jenuh menjerit kanak-kanak riang.

So kalau hang pa nak datang bawa anak-anak mandi... dan kalau jenis tak suka bersesak-sesak... elok ambil cuti untuk datang ke sini... mesti dapat berseronok sakan.. semua benda tak perlu berebut.

Hari semalam, memang nak hilangkan stress... dah 2-3 hari nie tidur pun tak lena... macam-macam dok fikir... kepala nie berat je.

Aku teringat akan kata-kata seorang teman nie...
"Apa pun cerita yang kita terima... kita memang ada hak untuk tahu betul atau tidak. Siapa betul dan siapa salah... kalau ada orang kata kita tak boleh terima bulat-bulat apa yang orang tu cerita... kita jugak tak boleh tolak mentah-mentah cerita tu.... kan????"

Kawan aku nie bercakap berdasarkan pengalamannya... sebenarnya pengalamannya merupakan pengalaman aku jua... masalah dia merupakan masalah aku... dan begitu lah sebaliknya.

"Sangat mempercayai bahaya. Perlu ada sedikit curiga. Mencurigai sangat bahaya. Percaya itu penting"

Monday, October 17, 2011

KAWAN MENGHULURKAN BANTUAN

Alhamdulillah hari nie... kereta aku masuk bengkel... jika tiada halangan... akan siap dalam masa 3 hari... itu mengikut kata kawan aku ( Apis )... aku harap dia dapat buat yang terbaik untuk kereta kesayangan tu... lega rasanya, dia dah mula buka bengkel di Kampung Melayu... sepanjang dia tak ada, awal bulan puasa ari tu... nasib baik lah kereta aku tak meragam.

Tadi sempat lagi call ayah aku kat kampung... nak beritahu kereta aku masuk bengkel... asalnya aku nak pinjam kereta abang ipar aku... bila fikir susahnya nak pe Cheras tu... nak ambil kereta... member baik nie offer kereta kancilnya... terima kasih my friend. Mahu 2-3 hari jugak aku akan guna keta kancil nie.

Biasalah ayah aku... pantang cakap kereta rosak... mula lah suruh aku tukar kereta baru...
"Ayah keto kito masuk bengkel nak tukar..... adalah dalam RM...."
Biasalah kena bagi laporan.

"Tukar keto baru je lah... aku dengar cikgu naik gaji banyak"
Tak sangka pulak ayah aku mengikuti berita belanjawan ari tu.... hu hu hu, memang lah naik banyak... tapi belum mampu lagi nak bayar bulanan kereta idaman kalbu. Aku rela naik WKD yang sekian lama berjasa kepadaku tu... sehingga lah aku mampu bayar bulanan kereta idaman...

Biar lambat asal selamat...
Bayar bulanan bukan sebulan...

Sunday, October 16, 2011

DIBERI PILIHAN

Setiap hari boleh dikatakan kita diberi pilihan... daripada pelbagai sudut... contohnya seawal pagi...
kita diberi pilihan untuk memilih sarapan yang disukai...
kita diberi pilihan untuk memilih pakaian yang hendak dipakai...
kita diberi pilihan untuk menggunakan jalan yang mana ke tempat kerja...

Dalam membuat pilihan tersebut... kadang kala kita tersalah pilih... umpanya dalam berkawan...
Kita diberi pilihan untuk memilih kawan... supaya kita tidak tersalah pilih kawan... kawan yang baik tentunya akan memberi manfaat kepada kita.

Tetapi dalam berhati-hati membuat pilihan... kita masih juga tersalah pilih... keikhlasan seseorang sukar untuk diketahui... ikhlas sebenarnya tak perlu diucap dibibir... ikhlas tu lahir daripada perbuatan...

Memang sukar untuk mengenali hati budi seseorang... orang yang tidur sebantal... makan sepinggan... dibibir sentiasa berkata aku sayang dia... aku kesian dia... tetapi setakat mana kebenarannya kita tak tahu... hanya tuhan je yang tahu.

Aku sentiasa berdoa agar diberi petunjuk... siapa sebenarnya berada di pihak yang benar.

HOME TUISYEN

Bercerita mengenai tuisyen nie... mesti semua orang dok terbayangkan duit masyuk... taraf hidup di Kuala Lumpur nie memang tinggi... tapi ada sorang kawan aku nie kata... taraf hidup memang tinggi... bagi orang yang rajin tak jadi masalah... duduk di KL nie boleh buat duit... apa yang penting mesti ada sikap rajin. Kalau ada rajin nie... buat kerja apa pun memang akan membuahkan hasil.

Cuti sekolah lambat lagi... tapi dah ada kawan aku booking suruh ajar anaknya di rumah cuti sekolah nanti... Anak dia tuisyen dengan aku dari darjah 4 hingga lah darjah 6.... sekarang dah tingkatan 1... cuti sekolah nak suruh jugak aku ajar... aku pun tak pernah tengok sukatan sekolah menengah nie... nak kena buka kitab balik lah gamaknya.

Aku pernah ajar home tuisyen di rumah Datin kawasan Tropicana, ganti kawan aku dia ada hal... anak dia darjah 4 sekolah swasta... nak masuk ke kawasan rumahnya punya lah susah... kali pertama aku masuk rumah yang besar macam tu... bilik study dia sebesar ruang bawah rumah aku... ada 3 orang gaji... aku ajar bahasa melayu... tapi budak tu dok speaking dengan aku... susahnya nak ajar... ajar bahasa melayu kena traslate dalam BI pulak... hu hu hu... Area KL nie home tuition ratenya dalam RM35-RM40 sejam... mahal tu.. memang boleh buat duit lah.

Bayangkan kalau orang tu rajin buat tuisyen tak payah banyak pun... sehari 2 jam je... buat 5 hari seminggu... kira Sabtu dan Ahad tu cuti... seminggu dok ada 10 jam... darab dengan 4 minggu... dok ada 40 jam... darab pulak dengan RM40... berapa tu sebulan... RM1600 bersih... tak perlu tolak KWSP pun. Tapi nak buatnya bukan senang... menuntut komitmen yang tinggi... kalau rajin datang... malas tak pergi... sekejap memang kena buang je lah. Cakap memang senang... tapi nak buat tak semudah yang kita cakap.

Aku pernah ajar anak kawan aku... group tuisyen... aku memang tak letak harga pun... depa bincang sesama depa je... aku buat seminggu sekali... aku datang lah rumah depa, kira home tuition lah kan... belum start sekolah lagi... awal tahun ari tu dah booking Sabtu malam... aku ajar 4 orang... 2 subjek Bahasa Melayu dan Matematik... depa bayar aku RM100. Tapi tu lah... macam yang aku cakap... berapa kali je aku datang... banyak yang tak datang... sebenarnya kita nie payah nak beri komitmen kepada kerja luar... macam aku nie memang sentiasa sibuk je... ada je program di hujung minggu. Mental tak stabil je aku tak datang... malas je aku tak datang... kalau mengajar rumah cina dah lama kena buang.

Saturday, October 15, 2011

FIRST TIME DRIVE HONDA CIVIC 1.8

Malam tadi aku tak tidur keseorangan... aku berteman... he he he jangan salah faham ok. Rakan sekerja den Aina temankan... sebab malam tu kami pe poyo-poyo ke Shah Alam... macam nie kami... kalau tak aku ke rumahnya... dia akan ke rumah aku.

Pepagi tadi... tak ada lah pagi sangat pun.. dah dekat pukul 10.00 kami keluar sarapan... biasalah kat Saujana nie... kalau pukul 10 baru nak kuar... alamaknya memang dah tak banyak pilihan... aku biasa lah akan ke Restoran Bonda... memang kena lah dengan selera aku... orang pantai timur...

"mu nak makan gopo... royak joh... semo ado... nasi kapit, nasi kabu, nasi dagang, pulut pagi dengan ikan kering... pendek kato ado belako lah"

Lepas sarapan member aku gerak ke Sabak Bernam... dan aku pulak gerak ke Klang... plan dalam kepala macam-macam...

Pertamanya nak ke rumah pok ngoh dengan mok ngoh di Kg. Raja Uda, Port Klang... Insya Allah pada 21 nie mereka berdua akan berangkat ke tanah suci mekah... kebetulan ari nie memang ramai yang datang... so aku pun ambil kesempatan untuk jumpa yang lain sekali.

Sebelum tu aku singgah umah kawan aku Anis nie... sempat lah belek-belek kekasih hatinya yang baru seminggu tu... memang smart lah. Tak sangka pulak minah nie bagi aku test drive... apa lagi ambil peluang drive ke Kg. Raja Uda lah... wah memang best lah... drive keta mahal nie... memang beza dengan WKD aku...

Drive keta mahal nie, takut pun ada... orang ingat kita banyak duit... pada hakikatnya tak berduit pun... cukup makan pakai je... tu tak rasa lagi drive kat highway macam mana... kalau tak esok merasa aku drive ke trolak... tapi dia cakap lambat... aku ada kerja di Puchong esok.

Balik dari Kg. Raja Uda, ingat nak ronda ke JJ Bukit Tinggi... entah macam mana, layan ceta hindustan... masing-masing terlena.... sedar-sedar dah pukul 5.45 petang... selamat. Bangun solat Asar... member goreng cokodok... kira minum petang... lepas aku balik lah... nak balik malam tak berani kereta tak berapa stabil... buat hal siang kira ok lagi... buat hal malam jenuh aku...

Pukul 7 lebih tadi dah sampai umah.

Friday, October 14, 2011

CUCI MATA DI UPTOWN SHAH ALAM

Semalam memang kelam kabut dan sibuk... lepas sekolah berkejar ke bank bagai... nak keluarkan duit untuk repair kereta... dan sepatutnya lepas tu aku harus ke KLIA... nak jumpa kawan yang akan terbang pada sebelah petang... apa asalnya member aku nak temankan... dan ke sana guna keretanya... maklum lah kereta aku tengah pening lalat... takut jugak mati kat highway kan payah pulak... disebabkan miss comunication... lewat petang dia baru call... tak ada rezeki nak jumpa.

Sebelah malam kami plan nak keluar makan-makan... bincang punya bincang... kami setuju keluar makan di seksyen 2, Shah Alam... area tu selalu jugak lah aku pe makan... standard kita nie yang poket kempes... kan nak makan kat Bukit Jelutong, parah pulak nak membayarnya. Kami sampai pun dah hampir pukul 9.00 lebih... makan nasi goreng dengan minum jus baru berapa hengit...


Lepas tu kami gerak ke UpTown Shah Alam yang terletak di seksyen 24... sebenarnya aku kali pertama sampai kat situ... wah meriahnya... orang ramainya tak usah ceta... parking kereta panjang berjela... time kami dah nak balik... masih ada lagi orang yang tengah mencari parking... kawan aku nie sibuk nak cari selipar air... next week cuti deepavali dia nak pe snockling di Langkawi... aku cuci mata je lah...

Kat sana hang pa nak cari apa... baju, hand bag, seluar, baju pasang, kain tudung.... kasut dan banyak lagi lah... nak cerita memang tak habis...kena pergi sendiri baru tahu... aku selalu dok pergi UpTown Kota Damansara je... kalau lapar tempat syurga makanan pun banyak... pilih je lah nak makan apa.

Aku nie jenis tak kisah... baju kat pasar malam pun aku pakai... baju kat uptown pun aku pakai... kalau aku rasa cantik dan harganya ok... ok je. Tapi ada orang kisah, beli baju t.shirt pun kat pasar raya... baju kat pasar malam tak pakai... jaga standard dan ditambah dengan berduit... tak jadi masalah... betul tak... hak membeli masing-masing kan.

Semalam sampai umah pun dah dekat pukul 12.00 malam... penat berjalan sakan... nasib baik lah larat lagi bangun pukul 4.30 pagi untuk solat... tidur sekejap dah nak bangun solat subuh... Mudah-mudah aku dapat menerima ujian ini dengan tenang... Aku masih ada ALLah tempat aku mengadu.

Apa pun orang nak bercerita perihal aku... dan kepada siapa pun dia nak bercerita... buat lah jika itu membahagiakan mu... aku sentiasa mendoakan kau berubah... orang sekeliling kita punya akal fikiran yang waras... mereka mampu menilai. Dan aku pasti kebenaran akan muncul sendiri...

Bak kata Ustazah, ada empat perkara kita tidak boleh bersabar.... salah satunya, berkaitan dengan maruah. Kita perlu mempertahankan maruah kita... kalau perlu bela diri... kita patut bela diri.

CERITA PASAL BLOG

Dalam dua tiga minggu nie kekawan asyik dok cerita pasal blog... time sarapan pagi ceta pasal blog... makan time rehat ceta pasal blog... pendek kata mana pe pun kat sekolah tu memang ceta pasal blog.

Tapi bagi aku, bila orang bercerita pasal blog aku jadi fobia... dan sangat fobia. Ianya menjadi sejarah sepanjang aku berblog sehingga memaksa aku selindungkan blog singgah sejenak buat sementara waktu... ambil masa lama jugak untuk aku alih sebahagian entry berkenaan ke blog lain.

Hari nie kekawan yang sambung belajar di UPSI ada tugasan yang memaksa mereka menyediakan blog... tu lah untung kan... daripada tak tahu apa-apa... bila terpaksa kena buat nie... mahu atau pun tak... kena belajar lah kan... aku respect lah kepada kekawan yang berusaha sendiri membuat blog... bertanya tu bagus... sekurang-kurangnya tahu jugak nanti dan dapat juga belajar sesuatu...

Tak kurang juga yang sanggup keluarkan duit poket dengan jumlah yang banyak untuk upah orang buat... sayang kan... keluar nanti dengan segulung ijazah sarjana muda tapi tak tahu apa yang sepatutnya mereka tahu... tersangat lah rugi. Pernah lah sorang cikgu nie nak upah aku buat... aku di offer dengan RM150... banyak tu. Sepanjang aku belajar, aku tak pernah upah buat assigment... kecuali belanja makan untuk translate BM ke BI je.... BI aku memang out... bekas anak murid aku je pun translate.

Aku sebenarnya tak pandai pun buat blog... blog aku nie pun kawan yang create... aku tinggal update je pun... daripada tampal rumput... bubuh segala macam tu... kawan aku yang tolong... aku tak ada belajar secara formal pun... belajar sikit-sikit dengan kekawan je. Mana yang aku tahu tu boleh lah... nak yang canggih-canggih tu tak dapat nak menolong.