Rekod Pengajaran & Pembelajaran

Tiba masanya kita kena tulis, tiba masanya kita kena hantar untuk disemak, tiba masanya buku tu akan digunakan untuk buat penilaian prestasi..

Pernah masa duduk di siber didik... aku tertido.. sedar2 dunia dah gelap gelita... rupanya dah malam.
Tiba masanya kita kena rehat... kita bukan robot yang boleh bekerja tanpa berhenti setiap masa. Komputer yang canggih pun sampai masanya perlu ditutup, takut nanti heng. Semua maklumat hilang. Kalau manusia hilang maklumat lagi susah. Takut nanti kena hantar kat........

Selama seminggu peperiksaan pertengahan tahun bermula 25/5 hingga 29/5. Hari pertama dah tentulah Kertas bahasa melayu, semua dah siap diklip dan dibungkus...dan diletakkan di atas rak dalam bilik kebal... esok tinggal nak agihkan kepada murid-murid.
Setelah 5 bulan aku memegang KP... kalau dalam politik 5 tahun tu dikira sepenggal... kena buat pilihan raya baru. Aku terpaksa melepaskan jawatan tu oleh beberapa sebab dan atas nasihat jemaah nazir. Aku rela melepaskan jawatan tu kerana aku tahu ada orang yang lebih layak daripada aku bagi jawatan tu...lepas nie aku dah kurang sikit menanda kertas bahasa melayu... aku akan ajar 1 kelas je bm dan yang lain matematik.... mungkin satu lagi moral kot nak cukupkan waktu... tak kisah lah, nasib baik kat oum pun aku ambil moral... mungkin dah boleh mula dipraktikan di sekolah... apa yang aku belajar di kelas..
Bila tiba masanya kita kena buat, kita kena susun, kita kena klip, kita kena tanda itu lah keja guru.
2 ulasan:
kerja 2 yg tak berkesudahan...kan? bila sekolah buka, kitaran bermula lagi....dan lagi! dan lagi!
Begitulah kitaran org yg yg bekerja...
selagi bergelar pekerja...
tapi kan, manusia nie mcm2..
yg tak bekerja nak cari kerja...
yg ada kerja tak nak kerja...
yg tak kerja2 pun ada jgk...
Post a Comment