Beberapa contoh pasangan artis perempuan di negara kita yang berkahwin kali kedua dengan lelaki yang lebih muda...dan... masih bujang tu... dan... perbezaan umur mereka amat ketara... lebih 10 tahun...
Persoalannya????
1. Bahagia ke???
Ramai je yang bahagia... tapi ada jugak yang bergelora... adat lah tu asam garam rumah tangga... sikit-sikit gaduh tu memang ada... yang penting tahu cara menyelesaikannya.. yang kahwin sama umur atau yang lebih tua pun ada gak yang bercerai-berai.
2. Apa orang sekeliling akan kata???
Kalau nak fikir orang sekeliling mana ada yang tak berkata-kata.. mulut orang akan bercakap... ikut apa yang dia rasa nak cakap... tak berkahwin pun orang akan bercakap... berkahwin di Thailand pun orang akan bercakap... tapi bawa anak orang ke hulu ke hilir tak ada pulak orang bercakap...
3. Nanti tak ada zuriat sendiri???
Zuriat tu kan rezeki daripada Allah s.w.t. Orang kahwin muda pun ada yang tak ada anak... orang kahwin berbelas tahun pun ada yang tak dikurniakan zuriat... kalau dah rezeki umur berapa pun akan dapat jugak.
4. Kenapa tak cari yang sebaya ke??? atau yang lebih muda.. kerana perempuan nie cepat nampak tua???
Dah suka nak buat macam mana... he he he he... bukan tak boleh cari. Jodoh pertemuan ajal dan maut tu kan... bukan kita yang tentukan.
Sebenarnya ada kisah disebalik entry kali nie... pada 15 Ramadhan... aku terima satu panggilan... dari seseorang nie... memang sebelum nie dia ada jugak call tanya khabar... kali nie dia call, beriya-iya nak jumpa... so aku pun bersetujulah nak jumpa selepas solat tarawih di tempat tinggal aku... dia pun sanggup datang... ok lah.
Pada mulanya aku ingat dia saja nak jumpa sebab dah lama tak jumpa... kebetulan sekarang bulan puasa dia sedang bercuti... kalau tak dia belajar di Terengganu.
Aku memang tak sangka... dia seberani tu... boleh bercakap mengenai soal hati... terkedu aku seketika... padahal dia tu aku anggap adik-adik je... dia panggil aku selama nie pun 'cikgu'.. bila dia dah mula... so aku pun beri lah soalan cepu emas seperti di atas... dan itu lah jawapan daripadanya...
Budak nie... he he he ... kan marah pulak dia aku panggil budak... padahal ada je orang muda lagi daripada dia dah kahwin... umur dia 25 tahun... tapi kalau tengok orangnya tak macam 25 tahun pun... macam orang 30-an... sorang yang sangat matang baik berbicara mahupun tingkah laku... berbadan tegak... mempunyai jambang dan janggut yang panjang... tengok sekali ala-ala ustaz gitu... ayahnya memang seorang ustaz. Aku kenal dia 4 tahun yang lalu... ayahnya pun aku kenal.. ada jugak adiknya yang aku kenal.
Di akhir perbualan... aku minta dia fikirkan hasratnya tu... bukan tak nak bagi peluang... tapi dia ada banyak lagi peluang... dia masih muda... dan selayaknya dapat lebih baik. Takut nanti dia nak berjalan dengan aku pun segan... dia tu handsome ramai je kat luar tu yang akan terpikat dengan dia.
Aku memang tak sangka... selama nie dia mengikuti perkembangan aku melalui Fb... sering meninjau dari jauh kawasan rumah aku... apa yang ada kat depan rumah aku semua dia tahu... wah.. wah.. bukan main lagi anak ustaz nie... report kan kat ustaz baru tahu.
Dia sibuk dok beri beberapa contoh artis yang berkahwin dengan lelaki muda... masalahnya, artis tak sama dengan orang biasa.
5 ulasan:
Jodoh pertemuan dtg tanpa disangka..
aku rasa ko pun sama macam dia jugak...kena fikirkan pelawaannya tu...ko pun tak boleh tolak dia mentah2 hanya kerana dia muda....hajat datang dalam bulan ramadhan....ko pun aku harap sangat buat lah solat istikharah.....n rasanya ko pun boleh aplikasikan mesej yang pernah aku hantar kat wassp....tentang budak nak main pisau tu....kan....
dan......ko pun cuba2lah bagi peluang kat diri sendiri....kalau dia boleh beri kebahagiaan utk diri ko....ko perlu juga mencuba beri dia peluang untuk buktikan kata2 dia....
dia kena fikir panjang untuk menjadikan hajatnya nyata....
ko kena fikir panjang untuk tidak tutup hati pada dia....
Nohas:
Jodoh pertemuan tu kan rahsia Allah s.w.t. Kita pun tak tahu jodoh kita dengan siapa... hanya DIA je yang lebih mengetahuinya.
Anis:
Bukan tak nak bagi peluang... tapi biar lah... keadaan je yang menentukan... malas nak fikir...tentang nak jaga byk hati dan perasaan org... klu orang selesa dgn keadaan aku sekarang biarkan lah... penat dah fikir semua nie...
Post a Comment