Sejarahnya bermula pada tahun 2010... tahun yang betul-betul menguji kesabaran aku... pada awal tahun berkenaan aku terpaksa berpindah masuk ke rumah sendiri yang jaraknya lebih kurang 17km dari tempat kerja.
Bila dah duduk jauh nie, sudah pasti perbelanjaan aku meningkat... dulu pergi kerja jalan kaki je... maklum lah kuarters sebelas sekolah... sekarang terpaksa pergi kerja dengan kereta... mana nak cari duit untuk minyak kereta... penyelenggaraan kereta dan sebagainya.
Masa tu memang perit... aku ada 2 kad kredit... semua maksima penggunaan untuk isi minyak... bulanan aku bayar minima. Jadi nak tak nak... aku terpaksa cari duit lebih untuk tampung kos sara hidup... aku ada kemahiran mengajar... aku cari tuisyen persendirian... sekurang-kurangnya dapat juga menampung perbelanjaan aku.
Rezeki aku... nie lah first job yang aku dapat... mengajar 2 orang anak keluarga cina di kawasan elite Sungai Buloh. Aku mengajar sekali seminggu... 4 kali je sebulan... sekali datang aku akan mengajar selama 3 jam. Sebab kelasnya asing... pada awalnya aku akan ajar adiknya yang darjah 3 dan kemudian abangnya yang bersekolah di sekolah antarabangsa. Sejam aku dibayar RM40.
Buku latihan untuk tahun nie |
Setiap tahun hampir berbelas buah buku latihan akan dibeli oleh ibunya sebagai latihan... semua buku berkenaan akan dibuatnya sehingga habis. Pada awalnya, aku rasa macam tak mampu nak habiskan... rupanya tanggapan aku salah... jika ada kerajinan... apa pun akan menjadi kenyataan. Dari darjah 4 sampai sekarang lebih 100 karangan yang ditulisnya semasa tuisyen. Sampai dia baca tajuk je dah tahu... tajuk karangan berkenaan pernah buat atau pun tak.
Latihan |
Pemahaman dia akan buat sendiri pada masa terluang... aku datang mengajar Bahasa Melayu penulisan sambil tu semak pemahaman... aku cuma akan terangkan soalan yang salah sahaja. Dia rajin mencari makna perkataan... kalau tengok di atas tu... tulisan berwarna pink adalah perkataan yang dia tidak tahu... dia akan cari makna dan mencatat di sebelah. Kamus besta akan sentiasa bersamanya.
Aku ajar anak murid nie dari dia darjah 3 sampai sekarang dah darjah 6... seronok aku tengok perkembangannya... aku dah macam kawan dia. Seorang murid yang sangat rajin. Bahasa Melayunya sangat bagus. Sekarang di bersekolah di SJK (c)... aku dimaklumkan oleh ibunya lepas UPSR nie dia akan menyambung pelajarannya di sekolah swasta.
Aku rasa dia dah mampu buat yang terbaik... tapi dia merasakan dia masih belum bersedia... satu lagi perangai murid nie... sentiasa nak yang pertama dalam kelas... kalau ada murid lain yang tinggi daripada dia... mula lah tunjuk muka sedih.
Sesiapa pun akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang... janji rajin berusaha tanpa mengenal jemu... dan membuat latihan secara berterusan... serta bersedia dari awal lagi.
2 ulasan:
seronok dapat anak murid yg rajin belajar..kalau budak Melayu belajar Bahasa Inggeris mcm tu kan bagus..kamus sentiasa ada disisi..
Tapi tu lah... sedih tengok anak melayu kita... buat kelas tambahan percuma pun puas kena kejar... kena kepong baru datang...
sy yang berada di sekolah takut... apa akan jadi 10 thn akan datang kepada bangsa kita... belajar dah tak boleh paksa... nak denda, jadi satu kesalahan.. silap2 cikgu didakwa...
Mereka yg ada kesedaran akan terus ke depan... yang tiada akan ketinggalan di belakang.
Post a Comment