Thursday, April 23, 2009

CARILAH ILMU

Ilmu dan amal sepatutnya berjalan seiringan, namun ilmu kadang kala meninggalkan amal dan ada kalanya ilmu juga disingkirkan. Bertapa beruntungnya seseorang yang mempunyai ilmu dan mengamalkan dalam kehidupannya untuk kesejahteraan makhluk di muka bumi ini.

Jika hari ini kita sedar bahawa:
  • Mereka yang berilmu sebaris dgn org yg mempunyai fikiran serta dapat membezakan antara buruk dan baik, kebenaran dan kepalsuan.
  • Orang berilmu diterangi jalan ke syurga, memimpin mereka kepada kebahagiaan. Jesteru carilah ilmu semoga tersingkap pintu rahmat, tertutup lorong kehancuran.
  • Ilmu adalah kunci alam, alam adalah kunci mengenal Tuhan. Sebesar dan sebenar-benar ilmu yg tidak melewati batas Islam iaitu berpandukan al-quran dan hadis, bersendikan iman.
  • Jika ilmu tidak diterjemahkan tidak mungkin dapat merubah suasana sedia ada. Kita perlukan kesedaran ketika membuka lembaran ilmu dan sejarah seperti yang pernah ditegaskan pemikir Mesir, Dr. Muhammad Imarah.
Sumber : Berita Harian 20/04/09

0 ulasan: