Thursday, April 16, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH 2

Setelah seminggu berkampung di sekolahku.....dah tentulah ramai guru yang kena observe. Boleh dikatakan puratanya 2 kali seorang, tapi ada juga yang kena 3 kali. Selama ini, hari2 yang dilalui begitu pantas berlalu. Tapi minggu nie aku rasakan lambat sangat. Apa pun hari ini cukup melegakan.

Semalam kami guru2 diberi peluang mendengar dapatan sepanjang nazir membuat penilaian daripada pelbagai aspek. Aspek pengajaran dan pembelajaran diberi keutamaan untuk dibincangkan supaya dapat diperbaiki pada masa akan datang. Perubahan ini penting untuk meningkatkan lagi prestasi murid2. Aku dengar ceta nak datang lagi. Ya lah....nak tengok ada perubahan ke tak.....bagus2 datang selalu....aku suka je....banyak sebenarnya yang aku belajar....apa yang penting kita buat keja kita. Kor bisnes kita mengajar...tanda buku dan objektif p&p tercapai...dan p&p dapat menyeronokkkan murid......

Hasil daripada kajian didapati hampir 20% guru mengalami masalah stres. Jadi sebagai pendidik cuba elakkan daripada tergolong dalam kalangan tersebut....buat mcm kau je....kita buat yang wajib dulu.....yang sampingan ikut kemampuan....aku jenis tak suka paksa diri.....bukan apa kesihan lah...diri sendiri dulu sebelum kita kesihan kat orang lain.....betul tak????

Seramai 76 orang guru yang dicerap. Termasuklah guru besar, pk2 dan semua guru. Tak ada seorang pun yang terkecuali. Aspek yang dinilai iaitu p&p secara keseluruhan seramai 10 orang dapat cemerlang..seramai 24 orang berada di tahap harapan...40 orang tahap sederhana dan seramai 2 orang berada pada tahap lemah. Tahniah juga kpd keng kawan yang dapat cemerlang...teruskan supaya menjadi ikutan rakan2 yang lain. Mereka yang lemah cuba perbaiki dan cari jalan penyelesaian yg terbaik....don't give up.....be happy...hidup br ceria....muda sokmo....

Perwatakan sebagai seoraong guru sebanyak 91.31%.....tahap baik lah kan....ada ciri2 sebagai seorang guru.....boleh dikatakan semua guru bergayakan citra sebagai seorang guru memang dah ada kan....cuma pertingkatkan apa yang kurang je....Mungkin kita ari nie sentiasa sibuk dengan tugas pengkeranian tapi jangan lupa tanda buku.....ini lah peratus yang paling rendah....

Apa yang disarankan oleh Pn. Wahida Abdullah, supaya guru memeriksa kerja rumah secara konstruktif. Suruh murid buat pembetulan. Kalau tak sempat ambil masa semak bersama-sama dengan muri. Tapi janganlah selalu sgt. Nanti p&p tak jalan dok semak buku je....RPT mesti mengikut takwin sekolah dan ikut kelas sendiri dan mesti dihabiskan di akhir tahun. Di akhir pengajaran dan pembelajaran mesti catatkan implikasi dan buat penilaian. Penilaian mestilah yang boleh dinilai.

Cikgu jangan sesekali memberi peneguhan yang negative kepada murid2. Ramai guru kurang memberi penekanan mengenai set induksi dan penting guru memberi peneguhan dalam penutupan. Sekiranya murid seronok semasa p&p cikgu...itu dikira p &p yang berjaya. Pentadbir juga perlu mencerap guru2nya.

Ari nie perjumpaan jemaah nazir bersama dengan pentadbir pula. Lepas nie kami kena pasang telinga le....mesti kena punya kena bancuh punya nie... Apa pun jika semua orang menerima teguran dengan hati yang terbuka...tidak perlu menyalahkan sesiapa pun.... sebaliknya cari jalan untuk menyelesaikan dengan cara yang terbaik. Siapa pun jangan tunjuk kelemahan kita kepada orang lain. Ini kerana akan menjatuhkan maruah kita sendiri. Bagi aku... kita mengajar seperti biasa, tak perlu berlakon hanya di depan orang yang datang mencerap. Aku bukan lah seorang guru yang hipokrit....ari biasa aku mengajar mcm tu...nazir cerap pun mcm tu...GB cerap pun mcm tu....terpulang lah...penilaian masing2 kan.....



Antara dapatan yang dapat aku kongsikan bersama dengan rakan2 yg boleh dikatakan rata2 di kalangan guru. Apa salahnya berkongsi pengalaman untuk kebaikan bersama.
Guru yang baik, adalah guru yang mampu memberikan yang terbaik kepada anak muridnya.

4 ulasan:

izman said...

susah gak ye kerja cikgu. ingat senang... he.3x

su said...

pssss....sape yang cemerlang tu

eeeda said...

bukan senang nak senang...izman.

su nak tahu ke sapa yg cemerlang tu...
K.az,
Hafiz,
wan haninah,
abg mon,
ada lg yg lain......
terkini ada yg gemilang sorang.

Nur Ashana Azman said...

ermm...klu ade nasihat yg berguna utk sye..