Wednesday, April 15, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

Sepanjang aku berkhidmat sebagai seorang guru inilah kali pertama aku mengalami situasi mendebarkan. Tahun ini merupakan tahun yang ke-10 aku mengajar.... Cuak betul, sekolah aku bagaikan dibanjiri dengan insan yang berkot hitam segak mata memandang, tetapi hati kecil ku bagaikan sentiasa berdebar-debar ketakutan. Semua orang tidak dapat mengelak atau terlepas daripada dipantau...mana tidaknya seramai 25 orang jemaah nazir negeri dan kementerian berkampung selama seminggu.

Bermula pada hari Isnin 13/04 sehinggalah Jumaat 17/04. Secara kebetulan pada hari Isnin aku kurang sihat kerana mc. So ari selasa baru aku datang ke sekolah. Pelbagai andaian mengatakan aku takutkan nazir la.... Jauh di sudut hati, aku tidak takut kerana semua org akan mengalaminya. Bukan aku seorang saja.
Pada hari selasa seperti yang aku jangkakan, aku akan di observe...bkn satu mata pelajaran....tetapi 2 subjek lagi....Kebetulan kelas pertama aku pada waktu kedua selama 1 jam B.Malaysia dan naik rehat Matematik 1jam....Masak aku ari tu......puh komen memang panjang berjeler le.....perkara yang paling aku tak boleh lupakan...aku ada buat satu kesalahan yang besar.....benda yang selalu kita buat...jadi kita lupa yang di depan kita ada penilai yang sedang memerhati pengajaran kita. Tak pe lah aku ambil sebagai pengajaran dan perbaiki pada masa akan datang.

Perkara kedua menjadi isu kerana opsyen pertama aku Mate tetapi mengajar dan menjadi KP B.Melayu. Data dalam emis yang diprint untuk jemaah nazir memang hanya memperlihatkan opysen matematik sahaja. Pada dasarnya aku mempunyai 2 opsyen. Jenuh le PK aku menjawab.....tak pe lah tu tugas dia....Ceta aku sebagai KP....syok sendiri je buat mesyuarat...maklumlah first time kan.....aku sedikit pun tak anggap tegurannya untuk band aku tetapi lebih kepada penambahbaikan.

Ada baiknya juga jika sekolah dipantau sebegini. Banyak perkara kita akan belajar.

5 ulasan:

su said...

kena serang garuda...hihi
kebaikannya ada lah jugak kan...guru2 betul2 buat keja ..hihi
(ni ada jerk kene tempeleng)
tgk keadaan di sekolah bagus jerk..aman damai..dari murid sampai lah kepada cikgu2nye memang cemerlang...huh cemerlang sungguh..
nazir tu siap tgk data emis lagi ker???
kuang kuang kuang

mohd nor a.k.a saintis said...

kalau aku kena mcm tu jawabnya dah lama sasau dah. tak pun buat2 gila. apapun tahniah buat ko sebab berjaya membuatkan pengunjung kampung tu `tenang`

~Insan Biasa~ said...

oit apa kesalah besar yang ko buat tu...meh la kongsi...supaya kitaorang boleh perbaiki..kot2 aku pun ade buat ke....apa erk?

eeeda said...

Sebenarnya kita tak perlu takut dgn nazir...kalau kita buat keja kita...orang yang takut tu...cuma org yang tak buat keja dia...atau memang tak pernah buat langsung....

su said...

tapi ape pun kak farid...banyak input yang membina daripada nazir2 yang datang tu kan..hehe lepas ni KP kenelah cikgu lama yg berpengalaman...takdelah bagi kat orang baru jer kan..hihi(ni mau kene lesing)...hihi