Sunday, July 5, 2009

MENGHITUNG HARI

Setiap kali sang suria menjelma bermakna hari baru telah bermula....Begitu pantas masa belalu, sesaat pun tidak pernah leka. Hari ini kita telah berada di bulan Julai...ini bermakna sebulan 5 hari telah berlalu...Aku hanya berbaki sebulan 24 hari...takutnya!!! Tika ini, di kala ini hanya satu yang aku fikirkan biarlah aku diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari2 mendatang...

Aku sentiasa pujuk diri aku supaya yakin dengan ketentuan illahi, rezeki ada di mana2 dan bila2 masa kita akan diberi dan ditarik balik....

Aku bukannya takut untuk menerima hakikat siapa aku selepas tarikh berkenaan...tetapi aku takut tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu dalam masa terdekat nie...jumlah itu sikit bagi orang yang berduit dan banyak bagi orang yang tidak berduit. Hakikatnya hari ini, semuanya duit...

Aku bersyukur, walaupun siapa aku selepas ini....sekurang2nya aku masih punya kerjaya untuk menyara hidup sendiri....aku masih punya keluarga yang menyokong aku selama ini...aku masih punya kawan2 yang sanggup bersusah payah bersama dengan aku....aku sayang semua yang berada dibelakang aku....

Kegagalan semalam mengajar aku erti sebuah kehidupan...tidak semua yang kita impikan akan menjadi realiti. Jika itu yang ditentukan untuk aku, aku redha....Sekurang2nya aku telah berusaha buat yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak.

7 ulasan:

~Insan Biasa~ said...

aku pinjam kata bahasa blogger 'anak laut'

Kala purnama memancarkan pancaran indahnya……….
aku berdiri ditepian danau itu
Dari air jernihnya kulihat pantulan indahmu,
Saat membayangkan indahmu…
Mengapa ranting-ranting selalu saja datang jatuh memecah,
seandainya ranting itu adalah penderitaanku,
Semoga arusnya
akan membawa pergi dukaku
hingga nun jauh kesana,

eeeda said...

Aku selalu salah mentafsir maksud yang ingin disampaikan...tapi aku berusaha untuk mencari maksud yang tersirat di sebalik ranting2 itu...

Ticer Syah said...

what happen to u faridah oit.. i dun understand la...hehe..

apa pon smoga ko terus tabah.. that's all i can say.. is it about the naik mahkamah and turun mahkamah thing?
just curious..that's all :D

~Insan Biasa~ said...

Hei mek nie....opsyen bahasa tapi bukan orang bahasa...heheh

its just like this....meaning in my persepsi la kan...yang i understand...

kita memandang hidup (yg kita pernah pilih) tu dengan harapan ianya indah...dan memang kita nampak indah semoga kebahagiaan itu akan jadi milik kita.

Tapi dalam kita dok pandang indah dan harap indah tu....ada sahaja halangan dan dugaan yang memebri kita rasa sakit dan kesannya kita derita. Dan dengan itu derita itu mengganggu proses bahagia yang kita hampir kecapi.

semoga arus bawa pergi...maksudnya,
keadaan dan masa- peredaran waktu lah kiranya....akan bawak derita tu jauh dari kita...maka akhirnya harapan bahagia tu muncul lagi.

ceh...ada paham ka sayang....???
ekekekekk

p/s; tapi apapun setiap orang ada cara tersendiri bagaimana nak paham puisi. bergantung kepada pengalaman hidup masing2 la.

eeeda said...

Mama cute> Ha ah...bertahun lamanya..menjadi pengunjung yang setia...tp kini telah berakhir.

Insan Biasa> Apa pun ko memang punya kebolehan yg aku sendiri begitu kagum...sebab aku tak sehebat ko....

~Insan Biasa~ said...

oit! jangan cakap aku hebat la....belum tahap hebat lagi...hebat kalau aku ada buku sendiri..hebat kalau aku g mana2 orang minta tanda tangan...ekekekke. so sekrang semua tu cuma dalam mimpi jek ...wokey babeh....

eeeda said...

Hebat nie tak semestinya dah kuar buku....sekurang2nya ko ada jugak kelebihan yg tersendiri.....