Tuesday, July 7, 2009

TAHNIAH

Semalam telah diadakan mesyuarat Induk Kurikulum....biasalah antara yang dibincangkan lebih kepada peningkatan prestasi murid2. Biasalah kerja di mana pun mesti ada mesyuarat....lsuka ke tak kena lah hadir....lepas mesyuarat besar... yang bawah2 kena buat mesyuarat pulak.....hu hua lemah den...aku masih tak confident lagi nak bercakap kat depan nie... aku lebih suka duduk kat belakang je... menjadi pendengar dan melaksana, daripada jadi yang kat depan....dan mengarah....belum ada kemampuan...

Tapi di akhir mensyuarat Gb umumkan nama2 guru yang berkenaan untuk mengambil surat di pejabat....hu hu surat apa tu..... Ha surat APC le....tahniah kat keng kawan....segala teka teki dah pun terjawab....siapa mereka tu....

Cikgu Kamis
Cikgu Mokthar
Cikgu Normala
Cikgu Wan
Cikgu Hasmiada
Hajjah Zakiah
Cikgu Hasliza

Tahniah kepada keng kawan yang dapat APC tahun nie....

5 ulasan:

~ShiMa~ said...

Ehh..ehh...tak selaras ke APC seluruh negara. Pasal sekolah aku bulan 4 aritu dah tahu dah sape penerimanya.

su said...

ha ah selangor paling lambat

eeeda said...

Mungkin tak kot....wilayah dah berzaman tahu penerimanya...lain kawasan lain pemerintah...

sayha said...

selangor memang selalu lambat. akak kat kedah dah lama tau. Anyway, tahniah buat semua rakan yg dapat APC. Kak Wan and Kak mala bila nak belanja akak makan, farid tolong tanya sat...

eeeda said...

Akak, jgn tak caya kak wan belanja saya and keng kawan makan kari kepala ikan lagi....nanti sy tanya kat dia ye.....