Tahniah kepada semua Ajk Persatuan Penduduk Seri Pristana 2 (Mastana) kerana bekerja keras untuk memastikan apa yang dirancang dapat dijalan dengan baik. Sejak 2 minggu yang lepas Ajk telah membuka pondok di pintu masuk untuk memudahkan penduduk membayar yuran tahunan dan khidmat sekuriti.
Taman nie boleh dikatakan 90% nya Penduduk Melayu. Aku berharap sangat lah kita sebagai penduduk dapat memberi kerjasama yang baik. Walaupun aku kerja keluar pagi dan balik umah dah malam...tapi aku akan berusaha mengetahui perkembangan yang berlaku di taman.
Selalu kita dengar 'Katak di bawah tempurung' je yang tak tahu apa-apa. Aku pulak umpama burung yang terbang jauh.. keluar sarang seawal pagi dan balik ke sarang dah lewat malam. Perkembangan di luar aku tahu.. perkembangan di tempat sendiri tak tahu apa yang berlaku.
Nak join aktiviti Biro Wanita setiap minggu memang tak dapat. Aku ada banyak komitmen di luar. Terpaksa dahulu kan mana yang lebih perlu diutamakan. Ada kelapangan Insya Allah aku akan join.
Aku ada satu kisah, seorang bapa nie keluar dari 7-elevan tanpa memimpin anaknya. Anaknya dalam lingkungan 4-5 tahun. Keretanya pulak diparking di seberang jalan. Jadi anaknya melintas lah jalan nak ke kereta... datang sebuah kereta... kereta nie pun break sebab dah nampak dari jauh kanak-kanak melintas. Si bapa nie, buat selamber je lintas jalan. Tanpa rasa bersalah pun kepada anaknya dan tanpa mengucap apa-apa pun kepada pemandu kereta.
Aku hanya jadi pemerhati. Tapi jika berlaku kemalangan masa tu... mesti si bapa nie akan menyalahkan kereta..."bawa kereta tak ada mata ke?"
Aku nak beritahu, orang kita masyarakat kita nie... nak orang jaga keselamatannya... diri sendiri tak nak berusaha menjaga keselamatan diri dan juga keluarga. Penduduk lain bayar yuran... kita tak bayar tapi mendapat faedah yang sama... sebab kita tinggal di tempat yang sama... tak malu dengan orang lain pun... malu lah dengan diri sendiri...
Bagi aku orang yang tak tahu malu nie... orang yang tak ada maruah diri...
Sebab tu dia boleh buat sesuka hati ikut kepada sendiri...

0 ulasan:
Post a Comment