Thursday, February 17, 2011

TAK PANDAI MEMASAK JADI ALASAN

Tetiba hari nie aku tergerak untuk menulis tentang sesuatu yang pernah diingatkan oleh rakan sekerja. Ketika tu, aku leka mengajar tuisyen anak kawan di siber didik selepas waktu sekolah. Tak lama pun. Selalunya dalam sejam je.

Datang sorang rakan aku nie... menegur. Mamat nie memang suka menyakat pun... kekadang malas aku nak layan. Depan baik... belakang mengutuk aku.... aku tahu, En. Zul dah pecah rahsia.

"Kak... ko nie pandai, rajin.... tapi sayang...."
Kenapa pulak? Nak marah ada anak murid kat depan. Kontrol lah konon. Walau pun dalam hati dah membara nie... tak sabar nak tunggu ayat sambungannya.

"Duduk ajar anak orang. Tak teringin ke nak ada anak sendiri... perturunkan apa yang akak ada tu..."
Sebenarnya apa yang dia cakap tu betul. Tapi, aku ada je jawapannya.

"Malas lah nak fikir. Hidup sorang lagi senang. Tak payah nak fikir pasal makan orang. Sekarang akak nak makan... pe kedai... oder je, selesai masalah. Kalau malas keluar tak payah makan"

Nie jawapan yang selalu aku beri bila orang tanya pasal kahwin. Sebenarnya aku nie tak pandai masak... tak suka masak... dan memang tak masak lah. Balik kampung pun aku tak pernah masak kat umah mak aku. Pendek kata, siapa yang berkawan dengan aku berbelas tahun pun ... tak pernah makan masakan aku. Betul tak kekawan????

"Akak tak nak kawin sebab tak pandai masak ke? kalau sebab memasak jadi alasan... saya sanggup ajar akak masak. Cakap je nak masak apa, saya ajar. Bukan susah sangat pun memasak nie"

Dalam hati malu pulak cikgu laki nak ajar aku masak nie. Tapi cikgu nie memang pandai masak pun. Perkhemahan kat sekolah dia yang masak. Orangnya memang rajin masuk dapur pun.

Sebab tu lah kat umah aku nie tak ada dapur. So siapa datang ke rumah, ada alasan nak ajak makan luar he he he he.

Tak pandai boleh belajar...
Tak minat susah orang nak ajar...

2 ulasan:

~Insan Biasa~ said...

tak pernah makan makanan yg ko masak satu hal.

Tapi tak kisah pun....cuma kadang2 teringin nak masak2 kat rumah ko..

hehehe

eeeda said...

Tu lah, perkara pertama yang ditanya... bila nak beli dapur??? ha ha ha ha....